Ahlan Wasahlan.. Dah baca? Bacalah dengan mata hati, bukan membuta tuli. Syukran, Singgah lagi..^^

29 Feb 2016

Nak Move On Tapi kemain Payah?


“Nak Move on tapi kemain payah.”

Cuba kalian muhasabah diri, atau check atau dalam bahasa melayunya adalah semak. Semak kenapa? Sebab? Punca susah nak move on atau erti kata lain, berhijrah, ataupun berubah, ataupun Aiman Banna kata Henshin. Saya bukanlah sesiapa untuk describe mengenai ini, tapi ini berdasarkan pemerhatian yang telah saya buat secara tak sengaja. Opss! Saya yakin ramai diantara kalian memang nak berubah kearah kebaikan. Ada juga menyatakan hasrat nak pakai tudung labuh, nak jadi muslimah sejati. Tapi, hari demi hari tiada apa pun yang berubah? Sama je? Cakap tak serupa bikin ke?

Ehhh takk.. Mereka yang cakap begitu bukanlah cakap tak serupa bikin, mereka memang berhasrat nak berubah. Tapi mereka jadikan 1001 alasan tu penghalang mereka nak berubah. Mereka? Hm, ‘Mereka’ tu termasuk saya sekali lah.

Kenapa kemain payah nak berubah?

Baik, kita teruskan kepada kenapa kemain payah nak berubah. Mesti ada sebab kan? Tak kan lah suka suki je cakap payah. So apakah halangan kita nak berubah, berhijrah, move on atau Aiman Banna kata Henshin. Ceyy.. dari tadi ulang benda sama. Ok! Ok! Ok! Sebenarnya ada banyak penghalang yang buat kita kemain payah nak move on. Tapi saya nak tekankan 4 perkara ni atau empat alasan yang menjadi penghalang kita nak move on.

1. Sebab bercinta atau masih berhubung dengan ajnabi.
Well, ini banyak berlaku ya. Banyak. Macam mana nak berubah kalau kita masih bergelumang dengan maksiat? Macam mana nak berubah kalau masih tak menjaga ikhtilat. Sudah terang lagi jelas firman Allah “wala taqrabuzzina” dan jangan kamu dekati zina. Nak berubah kena lah ikut apa Allah suruh dan tinggal apa yang Allah larang. Saya rasa, rasa je eh, ataupun agak-agak je.. Yang ada hasrat nak berubah ni mesti ada beli buku tarbiah sentap, henshin, henshin muslimah, infiru. Ke takda? Okay takpa, tapi memang sudah banyak dijelaskan mengenai ayat “La taqrabuzzina” tapi kenapa hati masih berdegil. Ok Muhasabah , Check dan semak.

2. Salah pilih kawan
Kenapa pula saya kata salah pilih kawan adalah penghalang? Baiklah, ada ja yang nak berubah dan mereka takda buah hati jantung, limpa, paru-paru dan tulang rusuk ni. Tapi still kemain payah nak berubah. Salah satunya sebab salah pilih kawan. Come on, kalau kita kawan dengan yang langsung tak memberi manfaat kepada kita, why kita nak ikut cara dia? Kalau kita still nak berkawan dengan orang yang ajak kita “Wey, jom gi karoke”, “Wey jom lepak-lepak”, “Wey jom overnight”, “Wey jom teman aku dating” sampai bila-bila kita mundur dan mengundur, atau mungkin boleh kecundang. Kalau kita tak salah pilih kawan, dan berkawan pula dengan orang yang selalu ajak “Jom solat”, “jom mengaji”, “Jom pi usrah” . Jadi kita akan terdorong dengan perkara2 yang baik. Bukan kata jangan kawan dengan kawan yang kurang mendorong kita kearah kebaikan, tapi saya cuma nak awak berhati-hati apabila berkawan. Maaf kalau saya salah tapi cuba kalian semak ye atau tidak.

3. Masih tak puas nak enjoy
Aduhduh.. Ini pun masalah juga. Nak berubah tapi masih nak enjoy. Yelah bila dah berubah, Dah pakai tudung labuh, dah bertutup litup, mana boleh nak ‘huhahuha’, mana boleh lagi nak masuk pusat karoke. Nak kena jaga itu ini, sat gi orang kata “Tudung je labuh, pakai je tudung, tapi perangai tuttttt”. Konon taknak lah mencemarkan nama muslimah. 
Aduhh, wake up, nak berubah kan? Ofcoz kena tinggalkan perkara yang lagha. Semestinya dan sepastinya kena tinggalkan. Dan, bila dah berubah, bukannya 100%  kena duduk terperap dalam rumah 24 hours. Ada cara dan aktiviti yang lebih bermanfaat daripada enjoy yang nothing. Jelas? okay muhasabah.

4. Tak layak nak move on atau tiada keyakinan
Bangkittttt!!! Apa yang tak layaknya? You know kan Allah itu maha pengampun, atau dalam bahasa arabnya “Allahughofur”. Nak berubah bukan nilai layak tak layak, nak berubah kena jadi layak. ‘Rasa’ tak layak tu hanya mainan perasaan, hanya alasan, hanya bisikan syaitan. Tak pun bisikan manusia? Ek? Sudahlahh.. Manusia yang iri hati hati tidak akan berhenti nak mengata. Nak kutuk kita berubah?
“Wahhh ustazah dah kau sekarang”. You need to proud orang gelar awak ustazah daripada orang gelar awak jahiliah. So what? Ada masalah ke digelar ustazah, digelar muslimah? Hina ke gelaran tu daripada gelaran jahiliah?? Haa.. cuba fikir fikir dan renung-renungkan.
****
Sekarang ada lagi tak alasan untuk kita berubah?  nak atau taknak, pilihan ditangan kita sendiri. Keputusan sendiri.  Kalau boleh kita taknaklah ‘Cakap tak serupa bikin’.

Akhir sekali, Kesimpulan yang nak saya rungkaikan adalah. Jihad! Jihadlah! Jihad melawan nafsu. Dan 4 penghalang tu kalau kita tinggalkan inshaAllah tak susah, tak payah, tak rumit pun nak move on, berhijrah, berubah ataupun Aiman Banna kata Henshin. Memang nak move on ada perkara yang kita perlu buat, dan ada perkara yang kita perlu tinggalkan. Jika benar-benar nak berubah, bukan hanya tanam azam tapi buat sehingga kita benar-benar ikhlas nak berubah kerana Allah. Sekian sahaja. Maaf jika ada kekhilafan. Wallahua'lam.
 
© THIS IS YOURS!