Ahlan Wasahlan.. Dah baca? Bacalah dengan mata hati, bukan membuta tuli. Syukran, Singgah lagi..^^

11 Feb 2016

Sahabat Khianat ??


"Kau tak sakit hati ke ?"

"Kenapa ?"

"Dia sahabat kau kot"

"So ?"

"Weyy.. Dia dah khianat kau lahh"

"Biarlah dia"

********
"Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.” [Hadis riwayat Muslim]

Sahabat. Bila kita gelar dia sahabat, kita anggap dia sahabat. Kita naik taraf dia dalam hidup kita menjadi sahabat kita. Kita dah janji nak sahabat fillah abadan abada. Ya tahu, luka kat hati tu memang dalam, tapi jangan sampai tertanam. Isbir isbir... Kenapa dengan perkara yang remeh temeh, even soal perasaan/hati kita nak bertelagah sampai nak putus ukhuwah? Banyak cara yang lebih munasabah untuk menyelesaikan masalah. Haa kan macam dah berpantun. Eh? Buang lah rasa negatif tu jauh jauh. Marah-marah nak pergi mana? Pi mai pi mai tang tu je. Nak bermusuh dengan sahabat? Wey, sahabat kot. Khianat tak khianat. Sahabatttt. Dia TERRRbuat satu kesalahan je, iaitu khianat. Selama ni dia baik je kan. Dah dah. Jangan sampai putus ukhuwah. Aku tak kata untuk kalian terus percaya, percaya dan percaya si sahabat tu walaupun sudah di khianati, dan aku tak pula nak kata kalian jangan  percaya sahabat khianat tu lagi. Cuma aku nasihatkan hati-hati memilih sahabat. Oi Nabilah pesan pada diri sendiri k ^^''

“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya. ” [Hadis riwayat Abu Daud].

Haa.. Mengata orang ehh. Jangan lupa, kita pun jangan jadi sahabat pengkhianat. jadilah sahabat yang baik kepada teman2 kita. wallahua'lam

Sekian.
 
© THIS IS YOURS!