Ahlan Wasahlan.. Dah baca? Bacalah dengan mata hati, bukan membuta tuli. Syukran, Singgah lagi..^^

9 Dec 2016

"Aku nak berubah, tapi.."

"Kenapa susah sangat nak berubah?"

Baiklah, sebelum ini saya ada kongsi berkenaan tajuk yang lebih kurang sama (Nak Move On Tapi Kemain Payah), tapi kali ini, ada sikit kelainan dari segi point dan penyampaian.

Boleh dikatakan majoriti yang luah dekat saya. "Aku nak berubah, tapi..." tettt... Kenapa mesti ada tapi? dan tapi tapi itu adalah...

1. tapi aku sayang pakwa aku
2. tapi aku kesian kat pakwa aku
3. tapi aku taknak dia kecil hati aku tinggalkan dia
4. aku tak bersedia nak tutup aurat dengan sempurna
5. tapi nanti lah..

Saya cuba merungkaikan tapi tapi kalian ini.

Saya faham, nak berubah menjadi baik atau menjadi lebih baik, bukanlah mudah. Baiklah, saya nak tanya, kalian yang berkehendak nak berubah, tapi kenapa kalian sendiri yang letak alasan pada diri sendiri ? 

Jadi nak tahu kenapa susah sangat nak berubah?

Pertama, MALAS. Malas nak buat baik, malas nak solat. Dan kerana MALAS inilah yang menjadi niat kalian nak berubah tertangguh. Sampai bila nak tangguh? Saya pesan ni, peribahasa melayu ada mengatakan menyesal dahulu pendapatan menyesal dikemudian hari tidak berguna.

Surah An-Nisa' Ayat 18.
 “Dan taubat tidaklah itu diterima Allah dari mereka yang melakukan kejahatan (yang) hingga apabila datang ajal kepada seseorang di antara mereka, (barulah) dia mengatakan: “Sesungguhnya saya bertaubat sekarang”. Dan tidak (pula diterima taubat) orang-orang yang mati  di dalam kekafiran. Bagi mereka itu telah Kami sediakan azab yang pedih“.

Kedua, Cuba check balik, scan balik, ada tak larangan Allah yang kita tak tinggalkan lagi. Jadi, salah satu penghalang untuk kita berubah sebenarnya, MAKSIAT, Pakwa, Makwa, Girlfriend, Boyfriend buah hati, crush, IKHTILAT, COUPLE. Sebab apa susah? Sebab perkara haram kita still buat dan taknak tinggalkan, thats why susah benar nak berubah, susah nak kejar kebaikan. Ingat senang2 je ke syaitan ni nak lepaskan kita ?

Korban.
Kalau kalian benar2 nak berubah, memang perlukan pengorbanan, terutamanya tinggalkan larangan Allah, tinggalkan pakwa, makwa tu. tinggalkan je mereka. Kejar cinta Allah dulu. Tapi yang dah kahwin jangan pula tinggalkan suami atau isteri pula ya.
Ada yang mengadu, mereka couple, tapi sama2 nak buat baik, sama2 nak berubah. Dah macam couple islamik pulak? Baiklah. Saya nak ingatkan kalian, Tidak ada istilah lelaki dan perempuan yang bukan muhrim sama2 nak berubah, ingat mengingati ni, maksud saya yang couple ala2 islamik. Ini kira dah langgar syarat-syarat nak berubah, sebab tidak jaga ikhtilat(pergaulan). Pelik! Takkan nak kejar kebaikan sambil tu selitkan maksiat(larangan).

Surah An- An'am Ayat 54.
Tuhanmu telah menetapkan atas diri-Nya kasih sayang, (iaitu) bahwasanya barang siapa yang berbuat kejahatan di antara kamu lantaran kejahilan, kemudian ia bertaubat setelah mengerjakannya dan membaiki(amalan-amalannya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.

Ketiga, EGO. Sebab apa ego? Kalian dah baca post saya ni sampai habiskan? tapi kalian masih degil, masih sombong, masih taknak buat, masih taknak tinggalkan larangan Allah, masih malas, masih seperti dulu, Masih sama dan taknak move on. Jadi apa yang dapat saya bantu?? Jika kalian sendiri yang beri pelbagai alasan untuk berubah?

Jika kalian benar2, sungguh2 nak berubah.. InshaAllah, ada jalannya.. InshaAllah Allah permudahkan. Yang penting jangan putus asa.

Surah Al- Baqarah ayat 222.
Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertaubat dan menyukai orang yang mensucikan diri“.

 
© THIS IS YOURS!