Ahlan Wasahlan.. Dah baca? Bacalah dengan mata hati, bukan membuta tuli. Syukran, Singgah lagi..^^

10 Jun 2016

Cik Muslimah Niqabis

"Awak"

"Saya?"

"Ya, awak yang berpurdah tu. Sini jap"

"Ya saya?"

"Maaf, boleh saya tegur sikit?"

"InshaAllah boleh.."

"Saya dulu macam awak.."

"Hah?"

"Masa mula-mula saya pakai purdah, saya letak Display Picture(DP) saya pakai purdah, secara dekat, saya upload gambar posing sana sini pakai purdah/niqab, saya edit letak qoutes sikit. Bagi nampak ala-ala muslimah, ala-ala islamik"

"Err.."

"Tapi lepas tu , masa saya scroll news feed Facebook saya, saya terbaca status seorang hamba Allah ni, 'Kalau tidak mahu dipandang, kenapa upload gambar? Kalau tidak mahu menunjuk kenapa ditunjuk? Kalau tidak mahu diperhatikan kenapa menarik perhatian?'. Lalu saya terfikir sejenak. Saya rasa tertegur. Saya rasa nak jadi Muslimah niqabis bukanlah dengan upload gambar , edit gambar yang saya pakai purdah. Saya tak rasa apa yang saya buat itu adalah sikap seorang muslimah. Sepatutnya saya bermujahadah . Sepatutnya saya tak tunjuk. Saya pun terfikir lagi, memang takda function dan manfaat pun saya buat semua tu. Malah memalukan diri sendiri dan mengundang fitnah terhadap pakaian ini. Rasa macam bodohnyaa masa tu.".

-Tertunduk tanpa kata-

"Saya tahu awak baru sahaja nak berpurdah dan beristiqomah. Mungkin awak tak tahu. Mungkin tiada yang nak tegur awak. Maaf ya jika teguran saya ni buat awak kecil hati , saya taknak awak ulang kesilapan yang saya pernah buat. Saya dulu terkapai-kapai mencari teguran. Alhamdulillah. Teguran itu sekarang menjadi peganggan saya. Pakaian ini sungguh saya cakap dipandang mulia dan tinggi . Saya taknak satu hari nanti pakaian ini yang menjadi fitnah. Saya taknak satu hari nanti nilai pakaian ini dipandang rendah, saya taknak satu hari nanti orang tak respect kepada muslimah. Ini hanya kerana sikap2 segelintir muslimah yang masih ego. Kalau kita tak hentikan tabiat ini, mungkin akan menjadi ikutan tanpa hayat."
****
Moga perkongsian ini bermanfaat

Kadang-kadang kita dah rasa kita cukup indah memakai pakaian ini, hingga kita terlupa yang akhlak kita tak seindah pakaian. Tiap-tiap hari ada sahaja debat mengenai Muslimah Niqabis, itu tak kena, ini tak kena, warna itu tak kena, warna ini tak kena. Upload gambar macam tu tak kena, macam ni pun tak kena. Last-last, bergaduh sesama sendiri, bergaduh sesama muslimah. Bergaduh sesama islam. Sampai bila? Inikah akhlak yang harus kita tonjolkan? Wahai akhowat sekalian, tidak guna hanya indah pada pakaian, tapi tiada qudwah yang kita nak tunjukkan.apa yang aku kongsikan ini adalah sedikit teguran dan nasihat. Aku harap para pembaca menerima dengan hati yang terbuka. Aku juga salah seorang niqabis. Islah nafsi wad'u ghairak(Perbaiki diri dan serulah orang lain). Aku dulu juga pernah melalui zaman mula2 aku memakai niqab, aku pernah buat aku yang beberapa niqabis pernah buat. Dan aku bernasib baik kerana aku tidak lama hanyut dengan kebanggaan memakai secebis kain ini. Aku tersalah ikut contoh niqabis yang aku stalk. Maklumlah masa tu baru lagi. Jadi, Mari kita muhasabah diri sama-sama. Sekian :)

No comments:

 
© THIS IS YOURS!