Ahlan Wasahlan.. Dah baca? Bacalah dengan mata hati, bukan membuta tuli. Syukran, Singgah lagi..^^

22 Nov 2015

Cerpen Pendek: Ainur dan Hana

Assalamualaikum.. Dakwah itu bukan terlalu mudah dan bukan juga terlalu sukar. Mudah atau sukar, kita adalah khalifah Allah dimuka bumi ini. Jangan sesekali putus asa apabila kita menjalankan tugas dan tangungjawab sebagai khalifah. Berikutan kisah Ainur dan Hana sahabat sebilik juga sebenarnya kisah ini diadaptasi daripada kisah seorang hamba Allah.


“Hana.. jom solat.. maghrib dah ni.. Tinggalkan lah dulu cerita tu..”ajak Ainur.

“Solat lah dulu..”jawab Hana tanpa memandang wajah Ainur. Hana masih leka, bergelak ketawa seorang diri dengan drama korea nya.

Dari Ainur solat maghrib, sehinggalah Ainur habis membaca satu juzuk Al-quran. Hana masih leka dengan movie korea di laptopnya. Sudah banyak kali Ainur mengigatkan Hana untuk solat, tapi Hana seolah tidak mengendahkannya. Sehingga ke isyak. Begitu hari-hari yang seterusnya.. Kadang-kadang Ainur berasa sedih, namun apa yang Ainur mampu lakukan hanyalah berdoa kepada yang maha esa.

Setiap hari Ainur pasti mengajak Hana solat bersama tapi jawapan Hana tetap sama.. Kadang-kadang Ainur rasa mahu berhenti untuk memperingati roomate nya itu untuk solat tapi Ainur teringat kisah Rasulullah S.A.W dalam kerja dakwah baginda, nak dibandingkan ujian baginda Rasulullah S.A.W dengan ujian yang Ainur lalui sekarang sangat berbeza, Rasulullah di hina, di caci dan bermacam dugaan lagi tetapi baginda tetap menyebarkan dakwah tanpa sedikit pun rasa putus asa. Setiap perkara yang baik, pasti Allah permudahkan, yakin dan percaya dengan Allah.

Sehinggalah satu hari, Hana di timpa ujian. Hana sangat kecewa dengan keputusan ujian midtermnya.. Seminggu Hana bersedih.. Hana tidak mahu berkongsi masalahnya dengan Ainur, namun Ainur tahu.. Roomatenya itu dalam kesedihan.. Ainur cuba memberi kata-kata semangat kepada Hana..

“Hana, Jangan bersedih, Allah tu sentiasa ada dengan kita.. kalau kau tak mahu cerita dengan aku, tak apa, tapi ingat, Allah itu tahu apa yang kita lalui, apa yang kita simpan.. Berdoalah kepada Allah. Allah maha mendengar”

**beberapa hari kemudian**

Ainur ternampak Hana duduk termenung ditasik.. Ainur datang menghampiri Hana lalu menyapa dengan salam.

“Assalamualaikum.. Apa yang kau menungkan ni Hana, kau ada masalah ke?”

“Waalaikumussalam.. Hmm. Tak bukan. Entah, aku tak tahu lah..”

“Okay aku dah tahu dah, meh cerita kat aku. Apa yang terbelunggu dikepala kau tu. Tengok kau ni manjang termenung je.. Ce cerita”

“Aku.. Aku.. nak berubah tapi, aku tak kuat, setiap kali aku nak berubah, ada je yang menjatuhkan semangat aku.. Aku maluu” Jawab Hana dan terus tertunduk.

Ainur memegang bahu sahabatnya..

“Alhamdulillah kau ada rasa nak berubah, aku senang mendengarnya. Kau patut bersyukur Hana, kau terpilih.. Allah sayangkan kau. Mana lebih penting, penilaian orang ke penilaian Allah?”

“Tapi.. Aku tak kuat Ainur..” Mata Hana mula begenang dengan air mata.

“Hana, Setiap kebaikkan yang kita nak lakukan pasti Allah permudahkan, yang penting lillahi ta’ala.. Kau jangan risau, pasti ada jalan.. Sabar… Carilah Allah, Allah akan bersama kita. Percayalah..”

“Tapi..” belum sempat Hana menghabiskan kata-katanya, Ainur telah memberi sebuah buku kepada Hana..

“Buku apa ni?”Tanya Hana..

“Nak berubah ni ada benda yang kita kena tinggalkan dan ada benda yang kita kena buat secara istiqomah”Ainur melemparkan senyuman.

“Apa maksud kau? Aku tak faham..”

“Kau baca buku ini dulu, inshaAllah, engkau akan tahu dan akan faham..” Ainur memegang bahu Hana lalu beredar dari situ..

“Tarbiyah sentap” bisik Hana dalam hati. Hana tidak tahu apa isi dalam buku itu, namun dia tahu mungkin isinya sedikit sebanyak membantu dia untuk meneruskan niatnya untuk berubah..

**2 Bulan kemudian, cuti semester**

Bipp(Whatsapp masuk)

Hanaa?? bisik Ainur dalam hati..

Hana: Assalamualaikum Ainur.. Terima kasih”

Ainur: Waalaikumussalam Hana, untuk apa?

Hana: Untuk segalanya..

Ainur: Segalanya?

Hana: Buku yang engkau beri dua bulan lepas.. Aku dah faham maksud kau.. Alhamdulillah, aku rasa tenang sangat sekarang ni.. Aku tak tahu macam mana nak cakap tapi ketenangan ni hanya Allah sahaja yang tahu.. Aku tak kisah dah orang nak memeperlekehkan benda baik yang aku buat, yang penting niat aku nak mencari keredhaanNya. Terima kasih Ainur..

Ainur: Allahu, Alhamdulillah… Ainur, hidayah itu milik Allah, Allah yang memegang setiap hati hamba-hambanya.. Terima kasih lah kepada Allah.. Aku hanya makhluk Allah yang serba kekurangan..

Hana: Baiklah, terima kasih ingatkan aku J

Ainur: Keep istiqomah sayang.. Dan jangan futur

Hana: InshaAllah, doakan aku.. dah masuk isyak ni.. nanti ada masa aku whatsapp kau lagi. Terima kasih sahabat.. Assalamualaikum

Ainur: Baiklah, inshaAllah, waalaikumussalam.. J

Allahuu… Ainur terus menangis dan sujud syukur..

'Sahabat. Kerja dakwah ini memang susah. Tapi, syurga Allah itu mahal harganya. Untuk dapat sesuatu yang mahal harganya, perlu berusaha. Perlukan keringat. Perlukan pengorbanan.

Andai dakwah ini perlukan airmata, biar air mata itu mengalir.

Andai dakwah ini perlukan pengorbanan, korbanlah.

Andai dakwah ini perlukan kekuatan, pohonlah pada Allah.

Andai dakwah ini sukar, bersatulah.

Apa sahaja yang dakwah ini perlukan, berikanlah. Kerna inilah tugas kita.'-akuislam.com-

Terima kasih kerana membaca. Maaf atas penggunaan bahasa yang teruk..
 
© THIS IS YOURS!