Ahlan Wasahlan.. Dah baca? Bacalah dengan mata hati, bukan membuta tuli. Syukran, Singgah lagi..^^

15 Nov 2015

Unknown Title

Assalamualaikum.. sambil mendengar alunan muzik yang mensyahdukan jiwa, aku melakar idea di dalam kepala, masih lagi aku memikir topik apa yang mahu aku kongsikan dalam penulisan aku pada hari ini. Setelah sekian lama aku menyepi kini aku cuba gagahkan diri untuk menaip kembali dengan sisa semangat yang ada.. Allahu, sudah hampir enam bulan aku menghilang.. Dan semestinya otak aku masih lagi beku kerana sudah lama tidak mengasah penulisan aku. Kekok dan kaku.. Hmm... 
Seperti biasa, aku menaip melalui hati.. sebut pasal hati... hmm, selama enam bulan aku menghilang.. Aku banyak di uji dengan hati, hati dan hati.. Kesakitan dan keperitan hati, kesabaran, kelukaan, kekecewaan.. Namun, apa yang aku perlu ingatkan diri aku.. Allah ada bersama.. Tidak banyak aku mahu huraikan mengenai ujian hati itu, cukup sekadar berkongsi perasaan yang aku sebutkan tadi. Rasanya kalian juga mengerti rasa2 itu, jadi semua orang mesti faham bagaimana rasa apabila hati kita disakiti, peritnya rasa hati itu, menahan sabar dan kadangkala tahap kesabaran hilang, kelukaan hati.. biasalah, demi menjaga hati orang lain, hati kita sendiri terluka, kekecewaan.. apabila kita meletakan satu pengharapan yang tinggi, tapi bukan rezeki kita untuk memiliki, Allah mengetahui segalanya. Apa pun yang penting, keimanan dan ketabahan harus ada dalam diri. Jangan sesekali hanya pandang kelemahan dalam diri  tanpa mencari kelebihan yang ada pada diri. Akhir kata, belajarlah untuk memahami isi hati sendiri, jangan anggap ujian hati itu satu kesedihan yang tidak dapat diubati dan jangan risau, Allah itu ada dan sentiasa bersama kita, Allah tahu apa yang kita perlukan. wa Allahu'alam.
 
© THIS IS YOURS!