Ahlan Wasahlan.. Dah baca? Bacalah dengan mata hati, bukan membuta tuli. Syukran, Singgah lagi..^^

28 May 2015

Cerpen: Pahit Manis Hijrahku

Salahkah aku berhijrah? memakai tudung labuh dari sebelumnya? Mengapa aku dipinggirkan selepas penghijrahan aku?

"Ehh.. kau dah pakai tudung labuh, kau dah pakai niqab.. kau tak boleh join kita orang.. Kau mana boleh main itu ini dah, kau mana boleh aktif sangat, kau kena jaga attitude kau sebagai wanita muslimah.. Kalau main bola jaring ke, bola baling ke, nanti kau kena jerit2.. tak sesuai.."kata seorang sahabat aku,

Tapi.. Itu hobi aku.. Aku memang seorang yang aktif, tapi apabila aku berhijrah semuanya dikata terbatas :(

Saat mereka sedang gelak ketawa, aku datang.. Kononnya nak join..

"Wey wey, ustazah mari.. shhhhutt"
Hmm.. Adakah apabila aku pakai seperti ini, aku sudah tidak boleh bergaul dengan mereka, adakah aku berpakaian sebegini aku tidak boleh gelak ketawa bersama mereka..? Tertanya tanya, asing benarkah aku? Aku tak minta di sanjung, aku tidak minta untuk digelar ustazah.. Aku mahu kehidupan aku seperti dulu.. Bergembira dengan mereka, bergelak ketawa dengan mereka, berkongsi cerita.. Namun, sekarang.. segalanya telah berubah.. Ya Allah, peritnya, sakitnya apabila dipinggirkan.. Adakah langkah aku untuk berhijrah ini salah??

Setiap malam aku berdoa kepada yag maha esa, agar aku diberi kekuatan untuk mengharungi ujian yakni tarbiyah daripadaNya.

Aku sayang sahabat2 aku, namun sekarang aku dipinggirkan oleh mereka kerana aku berpakaian muslimah? Hinakah pakaian aku? Hmm.. Sejak daripada itu, aku banyak berdiam diri dan aku sendiri mengasingkan diri aku daripada mereka.. Masa itu sedihh.. Sedihhh.. Tiada siapa yang mahu mendengar luahan isi hati aku.. Masa itu aku hanya ada Allah.. Allah sahajalah tempat aku meluah rasa, menangis, bercerita segala apa yang terjadi pada diri aku.. Aku percaya, Allah itu maha mendengar dan maha mengetahui segala isi hati aku.. Hampir setiap malam dalam solat aku menangis, bercerita pekara yang sama kepada Allah, berdoa untuk diberi kekuatan.. Berdoa agar sahabat2 aku kembali di sisiku semula dan kembali di sisi Allah juga. Alllahurobb.. Air mata bergelinangan.. Tidak mampu ku tahan lagi, tidak mampu aku menahan sebak di dada, tidak mampu aku mengawal air mata, tidak mampu lagi untuk ku menahan tangisan yang selama ini aku simpan. Lalu, tangisan aku semakin kuatt, risau didengari housemate.. Aku menekup muka aku dengan kedua belah tanganku... Astaghfirullahalazim.. Teresak-esak aku mengucapkan istighfar.. 

Keesokan harinya, seperti biasa, aku pergi ke kelas bersorangan, makan sorang2, duduk sorang2.. Namun, apa yang aku dapat rasakan, walaupun aku jauh dengan kawan2, tapi aku dapat rasa bahawa diri aku dekatttt dengan Allah. Entah, semenjak daripada itu. Aku jadi tak kisah bila berseorangan diri.. Diri aku yang sebelum ini sedihh, muram kerana tiada sahabat di sisi, sudah menjadi tenang. Entah darimana aku dapat kekuatan itu pun juga aku tidak tahu, masa itu aku berfikir, mungkin aku sudah penat dengan apa yang sudah berlaku pada diriku. Lalu aku redha dan pasrah segalanya.. 

Aku ternampak, sahabat paling rapat aku juga housemate aku dengan seorang lelaki, berpegangan tangan, bermesraan.. Astaghfirullahalazim.. Aku sedih... Sedihh.. tidak tahu bagaimana untuk aku menasihatinya, sedangkan aku dengannya sudah pun jauhhh.. Hati aku perit.. pedihh, rasa seolah aku yang berdosa kerana membiarkan sahabat aku itu terus menerus melakukan maksiat.. Aku sayangkan dia, aku tidak mahu melihat dia terjunam kelembah maksiat... Ya Allah.. Kembalilah dia ke jalanMu semula ya Allah. Berilah aku kekuatan untuk aku mengahadapi semua ini ya Allah.. 

Aku mengambil sedikit masa untuk menegurnya mengenai hal kelmarin.. Namun, aku asyik berfikir ya Allah, layakkah aku untuk menasihatinya? Aku dulu juga pernah melalui zaman jahiliah sebelum berhijrah.. Layakkah aku? Namun atas ketidaksanggupan aku melihat sahabat aku yang semakin hanyut dibuai kemaksiatan, aku kuatkan diri untuk menasihatinya.

"Zaa.. Aku tanya sikit boleh?"

"Emm"jawab endah tak endah dengan soalan aku itu.

"Kau dah lama ke dengan lelaki tu?"

"Haih, dah nak mulalah dah tu ceramah diaaaa"sindir Izah..

"Zaa.. Aku bukan nak berceramah.. Tapi.."

"Tapi apa!!? Kau tak habis2 bebel kat aku pasal itu ini! Macam bagus! Poyo je lebih!! Bajet alim jee!!"terus Izah menghempas bukunya dan berlalu pergi meninggalkan aku sendiri di meja belajar.

Ya Allahh.. Mata aku mula berkaca, Sebolehnya aku mahu menahan air mata aku daripada mengalir, namun aku gagal menahannya.. Sedihh.. Tidak tahan aku menahan sebak di dada.. Macam bagus? Poyo? Bajet alim? Adakah itu aku sebenarnya? Salahkah tindakan aku untuk menasihati sahabatku? Adakah gelaran itu memang layak untukku? Kadang2 soalan yang bermain difikiran aku itu seolah aku mahu futur.. Tapi, Allah itu maha berkuasa.. DIA masih lagi memberi aku kekuatan untuk terus menegakkan agamaNya. Walaupun dimaki oleh sahabat sendiri, aku redha.. lalu aku terfikir lagi, Kenapa aku perlu futur? Sedangkan Rasulullah juga dimaki, dicaci malah lebih daripada itu, namun baginda tetap tabah dan sentiasa berdoa kepada Allah SWT. Jadi, sedikit, sebanyak.. Aku cuba untuk menjadikan Rasulullah SAW sebagai idola aku di medan dakwah. Walaupun aku tahu, aku tidak setabah dan sekuat baginda..

Namun, Allah itu maha mengetahui dan maha berkuasa, aku dihadirkan sahabat2 yang baik, yang aku kenali dalam sebuah kelab yang berunsurkan biah Solehah. Subahana Allah, aku tenang apabila bersama mereka.. Beriadah bersama.. Aku aktif semula dalam bersukan. Hijrahku bukan penghalang untuk aku lakukan semua itu. Banyak kata2 semangat dan ilmu yang dikongsikan daripada mereka. Aku sentiasa berzikir, bertadarus dan bermuhasabah diri. Mereka sangat mendorong aku untuk melakukan kebaikan dan memperbaiki diri.. Allahuu.. Semenjak daripada itu, hampir sebulan aku banyak menghabiskan masa aku di surau, tidur di surau, belajar di surau.. Tapi, apabila aku kerap berada di sana, saat aku tengah duduk termenung di surau selepas selesai solat maghrib di sana, ada seorang sahabat rakan surau aku bertanya soalan yang buat aku sentap seketika,"Maaf jika ana tanya, Enti duduk, tidur disurau ini, housemate tak kisah ke?"

Aku terdiam dan tertunduk, tidak tahu mahu menjawab soalannya itu.. Melihat reaksi aku sebegitu ukhty itu bertanya kembali,"Enti okay? enti ada masalah dengan housemate ke?"
Aku tidak sanggup untuk menipunya tetapi, aku takut mengaibkan housemate, aku menggeleng perlahan dan tidak sanggup bertentangan mata sewaktu aku menipu. Tapi reaksi ukhty itu tersenyum dengan jawapan isyarat 'body language' aku itu seakan tahu aku menipu. Dia mengusap bahuku, lalu ia berkata,"Jika ada masalah, ceritalah.. Jangan simpan.. Manalah tahu ana boleh tolong"
Ya Allah ukhty tu kata 'ceritalah'? Bergenang air mata aku. Aku sudah lama tidak bercerita tentang masalah aku kepada orang.. Aku rasa terharu dan di hargai. Rupanya masih ada lagi sahabat yang kisah pasal aku, yang sudi untuk bertegur sapa dengan aku, malah tidak memandang hina dengan pemakaian aku.. Aku tidak tahu untuk mengatakan apa lagi.. Hati aku terharu berbaur sebak.. Aku hanya menangis. Apabila ukhty itu terdengar esakan tangisan aku.. Dia pantas memeluk aku.. Subahana Allah.. Aku dapat rasakan aura ukhuwah itu.. Aku tidak pernah ada sahabat yang begitu, yang ada disaat aku sedih. Dahulu aku hanya ada sahabat untuk bergembira dan gelak ketawa sahaja. Terima kasih ya Allah.. Kau hadirkan seorang insan yang bernama sahabat disaat aku butuhkan nya. 
Aku melepaskan pelukkannya, lalu dengan nada yang tersedu-sedu, aku meluah segala apa yang aku rasa, segala apa yang aku pendam..

"Ana sudah lama perhatikan enti, enti selalu berseorangan, tak berkumpul dengan housemate dan kawan2 yang lain.. Lepas tu enti hanya duduk dan study di surau sahaja.. Hmm.. Bila kita lari daripada masalah.. Tidak akan selasai masalahnya. Malah mungkin bertambah rumit keadaannya. Dalam surah al-Baqarah ayat 153 Allah berfirman, Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan(Kepada Allah) dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah  beserta orang-orang yang sabar."pujuk ukhty itu apabila habis mendengar luahan hati aku.

"Jadi, apa yang perlu ana lakukan"tanyaku dengan nada yang perlahan sambil menentang mata ukhty itu.

"Ana bukanlah kaunsler, tapi.. harap ia dapat membantu.. hmm apa kata, enti balik ke hostel, enti selesaikan dengan cara baikk.. Sekurang kurangnya enti dah berusaha.. Haa.. setelah berusaha, berikhtiar, berdoa kemudian barulah bertawakal dan serah segalanya kepada Allah"jelas ukhty itu cuba mayakinkan aku. Benar katanya, jika kita lari daripada masalah, masalah tidak akan selesai.. Selama ini aku hanya berdiam diri dan putus asa daripada memperbaiki hubungan persahabatan aku dengan housemate dan kawan2 yang lain.

"Allahu, jazakillahu khiron kasiro"ucapku..

"Afwan ya ukhty, haa... dah azan, mari kita solat isyak.. Lepas itu ana harap enti pulang ke hostel dan selesaikan apa yang patut diselesaikan ya"
Kemudian, selepas selesai solat isyak, aku pulang ke hostel. Sebelum itu sempat lagi ukhty itu berpesan,"Haura', semoga Allah permudahkan segalanya"sambil memberikan senyuman.

Sampai aku di hostel. Suasana seperti biasa, riuh dengan gelak tawa. Namun apabila aku membuka pintu.. Riuh ketawa yang kedengaran tadi hilang, bagaikan seekor anak ayam disambar helang. Wajah mereka seolah memandang benci.. Ya Allah.. Aku kena kuat(dalam hati).. Aku membuka niqabku dan cuba melemparkan senyuman kepada mereka.. Wajah mereka sama.. Sama sahaja seperti tadi. aku tetap cuba hunudzon. Lalu, aku duduk menyertai mereka. Kali ini wajah mereka berubah kehairanan. Walaupun hati aku sebak, namun aku cuba tabah menahan air mata daripada keguguran. Lantas, ada suara dari seorang rakan housemate aku.
"Kau dah kenapa, balik rumah senyum2 dengan kitaorang? lepas tu duduk dengan kitaorang?"

Aku masih lagi tersenyum mendengar kata2 itu, "Aku rindu korang semua.. Rindu nak bual2, tengok movie sama2, cerita2.. gelak ketawa dengan korang.."

"Tahu pulak rindu, pergilah kawan dengan geng2 tudung labuh kau tu, bejimba kat surau sampai lupa yang kau ni ada housemate!!"

Ya Allahh.. Apabila kata2 itu dihemburkan kepada aku.. Aku terus menerus rasa bersalah.. Ya!! Salah aku! Salah Aku!! 

"Aku minta maaf.. Aku perlukan masa untuk cari ketenangan.. Aku tak pernah lupa korang.. Koranglah sahabat aku.. Aku sayang korang sangat2.. Aku nasihat bukan sebab aku nak tunjuk bagus alim atau apa, tapi sebab aku sayang koranglah aku tegur.. Ye aku pun sama sahaja macam korang dahulu.. Tapi sampai bila? Aku mahu kita sama2 ke syurga kelak. Aku tidak mahu di anggap sebagai sahabat yang mementingkan diri sendiri kerana membiarkan sahabat2 aku buat perkara yang dilarang oleh Allah." luahku, air mata mula bergenang.. Namun aku cuba tahan.. Mereka semua terdiam. Tetapi beberapa saat kemudian Izah tiba-tiba bersuara..

"Haura'... Aku... aku minta maaf juga.. Aku tahu ketinggian suara aku kat kau beberapa minggu yang lepas buat kau kecil hati. Memang betul cakap kau.. La taqrabuzzina.. Hmm.. Lelaki tidak boleh dipercayai.. Haris hanya suka dengan tubuh aku, bukan hati aku.. Selama ni aku sombong, tidak mahu dengar kata, aku hanya ikutkan perasaan.. Kerasnya hati aku.."terang Izah sambil menahan sebak. 
Keadaan yang tadinya sunyi kini dihiasi dengan tangisan seorang sahabat yang menyesal atas perbuatannya. Aku? Sebak aku semakin menjadi-jadi, sekali lagi air mata aku mengalir.. Lalu aku mendekati Izah dan memeluknya.. Rakan Housemate aku yang lain hanya memerhati kemudian tertunduk.. Secara luahnya aku bersuara,"Aku sayang korang, aku taknak sahabat aku masuk neraka, aku taknak ukhuwah kita tamat di dunia sahaja.."

Selepas mendengar luahan hati aku, rakan housemate aku yang lain datang mendekati aku dan memeluk aku dengan tangisan yang sangat halus.. Ya Allahh.. Hanya engkau sahaja yang mengetahui segala yang terbuku di hati ini.. Terima kasih ya Allah.. Terima kasih.. Pada malam itu aku dan housemate aku membanjiri rumah B3-07 dengan air mata, dengan tangisan yang sangat menyayat hati, dengan pelukkan kerinduan antara satu sama lain.. Alhamdulillah.. Allah telah makbulkan doa aku..

Semenjak kejadian malam itu, mereka semua sudah kembali seperti biasa dengan aku, malah mereka banyak bertanya dengan aku mengenai hal-hal agama.. Sedikit sebanyak aku berkongsi dan selebihnya aku meminta mereka untuk bertanya kepada yang lebih arif. Allahu, Izah sekarang sudah bertudung labuh. Alhamdulillah... Dia sangat menyesali apa yang pernah dilakukan sewaktu dia 'bercouple' dengan Haris. Terlalu banyak maksiat yang telah dibuat. Haris hampir merogolnya. Tetapi Allah itu maha berkuasa, Izah dapat melepaskan dirinya. Dia tidak bercerita hal ini kepada sesiapa kerana malu.

Ya Allah, terima kasih kerana engkau sentiasa berada dekat dengan aku. Engkaulah satu-satunya tuhanku. Engkau hadirkan seorang sahabat saat aku hilang keyakinan, engkau mendengar segala rintihan aku, engkau beri aku kekuatan untuk aku mengharunginya. Ternyata keputusan untuk berhijrah bukanlah satu langkah yang salah. Ia adalah langkah yang paling indah yang pernah aku lakukan.

Dari Amirul Mukminin, Abu Hafsh, Umar bin Khattab Radhiallahu ‘anhu berkata: Aku mendengar Rasulullah Sollallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
“Sesungguhnya amalan itu tergantung pada niatnya, dan sesungguhnya setiap orang akan mendapatkan apa yang ia niatkan. Barang siapa berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya (akan diterima) sebagai hijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, dan barangsiapa berhijrah kerana dunia yang dicari atau wanita yang hendak dinikahinya, maka ia akan mendapati apa yang ia tuju. (H.R Bukhari & Muslim)

-Close the book-

Tamat

Peringatan: Gelaran aku dalam cerpen ini bukan lah aku, akan tetapi cerpen ini dikarang oleh aku 100%.

*Idea di awal pagi.. Dapat ilham dari kisah hidup seseorang dan juga sedikit sebanyak mengenai kisah aku tetapi ia bukan 100% kisah benar. Hanya untuk pengajaran dan kesedaran kepada diri kita. Hijrah itu ada pahit manisnya.. Tetapi kita akan merasa manisnya Hijrah itu saat kita di uji, kerana masa itu, hubungan kita dengan Allah sangat dekat.. Dan Allah sentiasa berada di samping orang2 yang sabar dan beriman kepadaNya..

Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

 
© THIS IS YOURS!