Ahlan Wasahlan.. Dah baca? Bacalah dengan mata hati, bukan membuta tuli. Syukran, Singgah lagi..^^

25 May 2015

Pointer Semester Dua: 2.00 & 3.65??

Assalamualaikum, walaupun cuti semester.. Keadaan yang untuk merelaxkan minda tapi.. Jujurnya ada perkara yang sering menganggu mindaku.. Apakah? Hmm.. sampai terbawa-bawa ke mimpi di malam hari...
dua kali mimpi pula tu.. Ya Allah..

Mimpi Pertama:
"Nabilah, dah ambil result ke belum?"tanya seorang sahabat aku dengan membawa sehelai kertas result nya. "Belum lagi, kau dah ambil result?"tanya ku kembali..
"Dah, ini result aku"sambil melambai2 kertas putih yang dipegangnya itu kepada ku.
Hatiku penuh dengan kerisauan... Ya Allah, hanya Allah sahaja yang tahu.. Lalu, aku tanya kepada sahabatku "Result dah keluar ke?"
"Dah, pointer aku 2 point lebih je.. Hmm"
Aku tertunduk apabila mendengar keluhannya. Namun aku cuba memberi sedikit keyakinan dan kata2 semangat kepadanya.. Ya Allah bagaimana pula dengan result aku??
Berlari aku untuk mendapatkan result aku. Sehelai kertas putih telah diberikan kepadaku, namun.. apa yang aku lihat...
"Allahu 2.00 pointer aku?? Kenapa boleh jadi macam ini? Tak mungkin.. Mataku berkaca, hati aku seakan hancur.. kecewa.. Lalu aku masih tidak percaya, aku rasa ini semuanya mimpi.. Aku berkata dalam hati, "Ya Allah benarkah ini? Benarkah ya Allah? atau ini semua mimpi, Ya Allah, jika aku bermimpi bangunkanlah aku dari tidur dan buaian mimpi buruk ini ya Allah.." Aku memejam mataku untuk cuba kembali ke alam nyata.. Alhamdulillah.. Aku tersedar dari mimpi itu.. Ya Allah.. Astaghfirullahalazim.. Mimpi.. 
Allahu, Risau itu sering sahaja menyinggah ke dalam hati. Mungkin kerana terlalu memikir. Kerana terlalu memikir, aku mimpi sekali lagi mengenai result final examku. Mimpinya seakan sama tetapi....

Mimpi Kedua:
"Nabilah, dah ambil result ke belum?"tanya kakak ku, yang sering berharap adiknya ini mendapat dekan setiap kali semester.
"Dahh.."jawabku perlahan..
"Berapa pointer kau?"perasan ingin tahu kakak ku membuak-buak, manakala aku pula..
"Aku tak tengok lagi, aku takut.."Jawabku perlahan, terketar2 suara aku dek risaunya aku kecewa..
"Bak sini beri aku tengok dulu..", sepantas kilat kakak aku merampas kertas result itu dari tangan aku. Dia memerhati setiap butir2 yang ada dalam kertas itu.. Aku hanya menunggu reaksinya untuk memberi tahu keputusan aku..
"Ya Allah, terer nya kau.. kalah aku.. Aku pun tak pernah dapat sraight A macam ni.. Tahniahh", khabar kakak ku kepadaku..
"Hah? Yeke, kau tipu...." Aku seolah tidak percaya adakah ini realiti atau fantasi..
"Nah, tengok lah sendiri kalau tak percaya.."kakak ku memberi kertas resultku itu kepadaku.. Perlahan aku mengambilnya.. Aku memerhati setiap butir yang ada. Laju mata aku memerhati setiap subjek. "A, A, A, A, A, B???"monolog aku sorang2.. ya Allah.. benarkah ini.. Pointer 3.65?? Ya Allahhh.. benarkah ini..?? Ya Allah, jangan lah ini mimpi ya Allah.. Aku tidak mahu kembali ke alam nyata. Kalau boleh aku mahu terus menerus berada di dalam kejayaan ini.. SubahanaAllah.. Aku kelu, tidak tahu tahu mahu berkata apa. Terus aku bersujud.. Berterima kasih kepada Allah.. Namun, setelah hati aku tenang... Aku terbangun dari mimpi.. Allah, mimpi rupanya.. Namun, walaupun ia sekadar mimpi tapi ia seakan memberi semangat kembali kepada aku. Mimpi yang pertama aku kecewa dengan result aku, aku mahu keluar dari mimpi tersebut, manakala mimpi yang kedua pula, aku memperolehi kejayaan atas usaha aku.. Dan kalau boleh aku mahu terus menerus berada dalam mimpi itu. Tapi kedua2 itu adalah mainan tidur sahaja.. Mungkin aku terlalu gementar atau memikirkan.. Allahu.. Apa2 pun keputusan akan datang nanti, ia atas usaha aku. Aku sudah berusaha, berikhtiar, berdoa dan selebihnya aku bertawakal. Aku serahnya segala kepada Allah.. 

Sekian sahaja. The End.
 
© THIS IS YOURS!