Ahlan Wasahlan.. Dah baca? Bacalah dengan mata hati, bukan membuta tuli. Syukran, Singgah lagi..^^

24 May 2015

Mencari Makna Sebenar: Isu Like=Suka=♥

Assalamualaikum, Baiklah terus kepada tajuk yang tertera.
Like=Suka=♥

Apa maksud equation tu? Baiklah, tajuk entry pada hari ini, aku ingin menghuraikan disebalik makna Like=Suka=♥ yang aku buat sendiri beberapa saat tadi. Japp.. Sebelum tu aku mahu kamu semua buang dalam fikiran daripada mentafsir maknanya adalah 'suka, cinta' yang berlainan jantina. Maksud equation itu adalah addmath apabila kamu menekan button Like=Suka=♥ di facebook, wechat, instagram dan sebagainya. Sebelum kamu menekan, adakah kamu membacanya terlebih dahulu? sebelum menekan like, adakah kamu berfikir dahulu? 

Kenapa ya aku bertanya begitu? Macam bagus je kan aku ni.. Tah apa2 tah tanya macam tu~~
Ok sebenarnya aku nak ajak kamu semua sama2 bermuhasabah diri lagi.. "Nabilah ni asyik cerita pasal muhasabah diri je, macam bagus je~" . Ok, terlebih dahulu aku minta maaf jika ada yang terasa, tersinggung dan tidak bersetuju dengan apa yang akan aku huraikan ini.
Bagi aku Like=Suka=♥ juga perkara yang perlu dititik beratkan. Kenapa ya aku kata begini? Kerana ia bersangkut paut dengan hati kita. HATI♥ kita.. Haa.. Nampak tak 'love' nya tu.. Kadang2, dengan hanya mengelike sahaja sudah menimbul fitnah, sudah membina titik hitam dihati kita. Bukan buruk kepada kita sahaja, malah kepada individu yang mengepost. Ok Aku bagi sedikit contoh,

Contoh 1
Di Instagram. Si Fulanah letak gambar dengan kawan lelakinya berdua sahaja. Belum kahwin pula tu.
Caption: @Fulanah: Happy dapat jumpa orang dalam gambar ni(lelaki) . Dialah kawan yang sentiasa teman aku, masa aku sedih disakiti..
@Fulanah, Tak guna punya perempuan. Curang!! @Fulan
!@#$%%^^&*(

Sudahh.. Bergaduh boypren, girlpren. Sudahnya?? Benda gini kamu patut like atau tidak? Ok takpa aku bagi jawapan..
TAK PATUT, sebab? Kalau kita like, maknanya suka, maknanya kita menggalakan mereka buat maksiat. Lagipun benda tu boleh menimbulkan fitnah.. Haih dan banyak lagi.

Contoh 2
Bagaimana pula like sampai membina titik hitam di hati kita?
Fulanah upload gambar tak cukup kain. Si Fulan like, pandang berkali-kali. Tak cukup dengan itu, left click, save image as.. Baru boleh tatap hari2.. *Parahhhhhhh~

Hmm.. Dengan hanya satu like je membuat kita like like like and more likes..

Aku nak bagi banyak lagi contoh, tapi aku rasa kamu semua yang terbaca entry aku ni dah besar-besar belaka.. Dah boleh fahamkan apa itu dosa?

Untuk status pula.. Allahhh.. Lagi2 status yang memang tak patut di like tapi masih di like oleh kaki like, aku tak tahu lah sama ada like membuta tuli atau memang like, atau apa pun aku tak pasti.

Contoh 3
Si Fulan post: Hari ni date dengan Fulanah. Terima kasih sayang.. Muah!! XOXOXO *Simile kiss*

Wajar ke tak wajar jika anda like status begini?

Hmm.. Gambar, status, moment yang tidak membawa apa2 kepada diri kita ni, ku sarankan, toksah like. Ia hanya mengundang kita dan individu yang meletakan status sebegitu lagi menjadi negetif terhadap attitude, personaliti sebagai seorang Muslim. Yaa.. hak mengelike, hak masing2.. Tapi lets us thinking... Dosa weyy dosa..... Malulah, malu lah, mungkin takda yang kisah apa yang kamu like, takda siapa manusianya pun pandang apa kamu like, tapi Yang Maha Melihat sedang memerhati setiap tingkah laku kita, setiap apa yang kita lakukan.

Dan aku sedihhh.. Status dakwah, status yang baik2.. Memang ada yang like tapi sayang seribu kali sayang!!! Ada yang tidak membaca dan memahami tapi hanya sekadar like.. Ini biasa yang kaki like buta tuli selalulah buat. 
Jadi, bebel punya bebel.. berbalik pada soalan yang mula2 aku tanya tadi.. Sebelum kamu menekan like, adakah kamu membacanya terlebih dahulu? sebelum menekan like, adakah kamu berfikir dahulu? Jadi dah jumpa jawapannya? sama ada kamu bacanya atau tidak atau berfikir ke tidak? Aku mahu kamu jawab sambil men'scroll' moment, facebook, intagram & lain2 kamu.. Kenapa aku suruh buat begitu? Sebabnya aku mahu kamu check.. check, adakah kamu ini golongan yang suka like membuta tuli, golongan yang suka like perkara yang tidak berfaedah, golongan yang mengalakkan orang lain bermaksiat, golongan yang hanya membaca tanpa mengelike, golongan yang berfikir sebelum like, golongan yang like perkara yang bermanfaat?

Ada orang persoalkan pendapat aku, "apalajadahnya kalau post tapi kita taknak like.."
Jadi aku tanya kembali, "apalahjadahnya post perkara yang tak patut di like?"

Pendek cerita, kita nak like sesuatu itu, tengok pada keadaan, status, moment, jika ia mendorong kita kepada kebaikan dan juga mendorong individu yang post itu juga ke arah kebaikan, maka silakan like. Tapi jika rasa "jika aku like, nanti mengundang keburukan" maka jangan like. Semua dah besar kan? Semua tahu mana ma'aruf(Kebaikan) mana munkar(Keburukan).

Aku ni jenis yang susah nak mengelike actually kalau post tu dari kawan aku dan aku rasa kalau aku like post tu ia tak beri kesan apa2 terhadap diri aku dan dia. Kedua, aku akan like post yang aku paham maknanya, ketiga post itu bermanfaat dan memberi sesuatu pengetahuan yang baru. Keempat, aku akan like kerana aku menyokong statementnya. Kelima, sebab aku suka orang tu, bukan suka2 yang 'itu' tapi entah, bila dia post statusnya mesti aku rasa suka.  Keenam, aku like saja2 tapi aku faham maknanya dan tidak memberi apa2 kesan jika aku like. Ketujuh, sebab ada orang hack Facebook, wechat, instagram aku tanpa pengetahuan aku. Thats mean bukan akulah yang like sebenarnya. Biasalah kawan2 aku..  Mereka nakal jugak macam aku.. huhu.

Sesungguhnya aku juga manusia yang sering melakukan kesilapan. Aku menulis hal ini sebab Ilham tiba2 datang semasa...tadi, aku nampak gambar sekumpulan ikhwah yang mengupdate gambarnya di facebook, aku kenal orangnya, dia melakukan perkara baik dalam gambar itu, menghadiri majlis ilmu.. Waktu aku nak tekan like, aku fikir dulu.. Baik buruknya terhadap diri aku dan individu itu apabila aku like gambarnya.. Jadi aku tak jadi like sebab........ Mungkin anda boleh jawab setelah apa yang telah aku huraikan dengan perkara di atas. Baiklah.. Natijahnya, kita nak like tu tengok2 lah juga, jangan pakai like je.. Sekian sahaja coretan aku pada hari ini. Semoga bermanfaat! Assalamualaikum.

Uji kefahaman:
Seorang Muslimah berpudah upload gambar.
Fulan: Wahh.. Cantiknya, indahnya ciptaan Allah.. Sesungguhnya yang tertutup itu indah(Dalam hati) lalu pantas tangannya mengelike gambar Muslimah itu.

Wajar atau tidak wajar?
Penilaian ditangan anda :)



 
© THIS IS YOURS!