Ahlan Wasahlan.. Dah baca? Bacalah dengan mata hati, bukan membuta tuli. Syukran, Singgah lagi..^^

23 May 2015

Muhasabah Diri: Bermanfaatkah Pada Cuti Semester Kita?

Assalamualaikum.. Dengan sedikit coretan untuk entry hari ini. Saja nak muhasabah diri, apakah aktiviti harian aku yang dilakukan semasa cuti sem, apakah aktiviti yang terbaik untuk cuti sem ini? Bila soalan ini bermain di benak fikiranku, Aku teringat kata2 yang masih aku simpan lagi hingga ke hari ini,"Semoga cuti ini di isi dengan perkara yang bermanfaat." Kata2 peringatan itu terus masuk ke dalam hati, dan bermacam2 perkara aku fikirkan aktiviti apa yang bermanfaat untuk cuti semester kali ini. Kerja part time? Hmm.. Ibu pula minta aku duduk dirumah tolong ibu, jadi aku batalkan hasrat aku untuk mencari kerja part time. Aku teringin sangat nak pergi belajar di pondok. Tapi.. Hmm.. bila teringat ibu minta tolong dan minta aku duduk dirumah, jadi hasrat nak belajar di pondok juga aku batalkan. Bermanfaat......(berfikir) Apa yang susah sangat nak fikir perkara yang bermanfaat, sdangkan begitu banyak perkara yang bermanfaat yang aku boleh lakukan. Jadi, bila aku fikir-fikir.. Hmm.. Aku banyak menghabiskan masa aku di hadapan laptop mancari segala apa yang aku ingin tahu. Aku mula aktif di blog semula. Aku cuba menulis apa yang aku mahu dan apa yang aku tahu. Hmm.. Bermanfaatkah semua itu ? Suatu hari Allah takdirkan, laptop aku hmm.. Patah(Sebab dah tua). Sekarang sedang dirawat di kedai. Jadi aku jarang dah online di laptop. Ini pun ada komputer dirumah. Rasa bosan sangat tanpa laptop. Lalu aku berfikir lagi, apakah perkara yang lagi bermanfaat selain daripada duduk meghadap laptop? Aku ternampak Al-Quran tafsir biru ku di atas meja. Lalu aku terfikir, mungkin aku boleh mengisi masa bosan aku ini dengan membaca al-Quran dan maknanya, menghafal ayat al-Quran ke, mungkin aku boleh buat sesuatu perkara yang lebih mendekatkan diri aku kepada Allah? Mungkin ada hikmahnya laptop aku patah, mungkin aku lekaa.. Walaupun aku tercari-cari perkara yang bermanfaat. Hmm.. Perkara yang lagi bermanfaat pastinya membaca al-Quran dari mengahadap laptop mencari bahan ilmiah. Hmm.. lalu, aku terfikir lagi, apa lagi yang aku mahu lakukan pada waktu cuti semester begini? Haa... Buku!!! Aku menghabiskan Voucer 1 Malaysia dengan membeli buku2 yang berkaitan dengan ummah dan sebagainya. Banyak aku beli, macam tamak pun ada(Hihi)Lepas pada itu aku hanya menelaah buku yang sudah ku beli itu. Banyak,.. Banyak perkara yang aku dapat.. Bermanfaat.. Allah.. Sungguh aku ini hamba yang hina.. Semoga apa yang aku lakukan ini tidak lari dari menjadi Hamba Allah. Bagaimana kamu semua mengisi masa cuti kamu? Kerja? Baca bahan ilmiah? menelaah buku? baca Al-Quran ? Menghadap laptop ? Kemas rumah ? Atau berwhatsap, berwechat, berfacebook dll sahaja? Sejujurnya, aku juga berwhatsapp, berwechat, berfacebook, bertwitter dan sebagainya.. Tapi apabila muhasabah diri balik, bermanfaat kah apa yang aku lakukan pada cuti semester kali ini. Dapat sesuatu yang baru atau tidak? Bukannya tak boleh berwhatsapp, berwechat semua tu, tapi luangkan masa sedikit untuk kita dapat sesuatu yang berguna dan bermanfaat untuk diri kita. Aku pun sama sahaja, tatkala degil itu selalu sahaja muncul dalam diri ;)
Jadi, penulisan aku kali ini hanya sekadar untuk kita sama2 bermuhasabah diri. Insha Allah sedikit sebanyak terdetik juga hati kita nak buat sesuatu yang bermanfaat masa cuti/masa lapan kita. Sekian untuk hari ini. Nah, mari kita buat aktiviti yang bermanfaat ! ^_^

Sahabat Solehah



Assalamualaikum, hari ini aku mahu berkongsi sedikit cerita yang 100% dikarang oleh aku, harap dapat sedikit pengajaran.. Baru sahaja berjinak-jinak untuk practise menulis cerpen..


Selepas balik daripada usrah, Nur terus duduk termenung disebuah meja bulat di asramanya. Awfiyah memerhati kelakuan aneh Nur, lalu cuba mendekati Nur.


"Nur...?" Sapa lembut Awfiyah apabila melihat Nur duduk sendirian di sebuah meja bulat.
Nur segera mengesat air matanya, lalu mengukirkan senyuman kepada Awfiyah..


"Nur, kau kenapa ni, mata merah2, kau menangis ya?"tanya Awfiyah sambil mengusap pelahan bahu Nur. Nur berdiam diri, terus membisu. Soalan Awfiyah dibiarkan.. Hatinya sebak, terlalu sebak.. Namun Awfiyah tidak berpuas hati dengan reaksi sahabatnya itu.. Dia bertanya kembali..


"Nur... Kenapa? Kalau ada masalah.. Ceritalah dekat aku.. Jangan senyap sahaja macam ni.."


Awfiyah memeluk tubuh kecil shabatnya itu.. Namun Nur masih membisu dan tertunduk.. Terdengar bunyi tangisan perlahan daripada suara Nur.. Nur menekup mukanya dengan kedua belah tangan. Awfiyah yang masih lagi tertanya-tanya kenapa Nur begitu sedih dan terus membisu tanpa kata, Awfiyah  memeluk Nur bagi menenangkan sahabatnya itu, lalu diberi sedikit kata-kata semangat kepada Nur,"Nur, La Tahzan wa la tahinu ya sodiqi, InaAllaha ma'ana.."


Setelah mendengar kata2 Awfiyah itu, perlahan Nur melepaskan pelukan Awfiyah, lalu mengangkat kepala, Nur memandang wajah Awfiyah yang sedang tersenyum. Wajah sahabatnya itu begitu tenang.. Kemudian itu, dengan perlahan barulah Nur bersuara, "Apa maknanya Awfiyah?"


 "Maksudnya... jangan bersedih dan jangan lemah sahabatku, sesungguhnya Allah bersama kita"Awfiyah tersenyum..


Nur terus tertunduk, mendengar kata-kata Awfiyah, hatinya menjadi sebak. Entah mengapa, hatinya tersentuh apabila mendengarnya.. "Awfiyah.. Aku banyak dosa, banyak sangat dosa.. Aku rasa diri aku ini hina sangat.." luah Nur sambil teresak-esak..


Sekali lagi Awfiyah tersenyum apabila mendengar luahan Awfiyah.. "Alhamdulillah.. Allah ketuk juga pintu hati kau.. Kau orang yang terpilih Nur, Allah sayangan kau.."


Nur pelik dengan kenyataan sahabatnya itu.. Kenapa Awfiyah tidak memarahinya apabila dia seperti menghina dirinya sendiri. Lalu Nur bertanya,"Kenapa kau berkata begitu?"


"Nur, Aku juga hamba yang hina. Banyak dosa, Hari2 aku buat dosa tanpa sedar. Nur, apabila kita rasa diri kita banyak dosa, dan kita rasa diri kita dah jauh dengan Allah, kemudian kita sedar bahawa kita banyak melakukan dosa, itu adalah satu hidayah yang Allah beri kepada kita. Semua orang yang rasa macam tu, maknanya dia masih ada iman lagi, hatinya tidak lagi mati. Dan apabila kita sedar, segeralah beristighfar, mohon ampun kepada Allah, lakukanlah solat taubat.. Sesungguhnya Allah itu maha pengampun."


Nur membisu, setiap kata2 Awfiyah sangat menyentuh hatinya, dia tidak tahu mengapa dia sebak sangat dengan kata2 Awfiyah. "Fiyah.. Kenapa kau datang dan nasihat aku macam ini?"


Awfiyah mengukirkan senyuman sekali lagi "Kerana engkau adalah sahabat, tak kan aku nak biarkan kau sorang2, sedih sorang2.. Sakit.. Sekurang kurangnya aku dapat tenangkan hati sahabat aku yang comel ini.." Awfiyah memcubit pipi Nur..


"Auww.. Sakitlah Fiyah.."jerit manja Nur.. Nur menunjukan memek muka kesakitan apabila pipinya dicubit oleh Awfiyah..


"Huhu, Alololo.. maaf.. Aku gurau ja, janganlah marah"Awfiyah mengusap pipi Nur.. Nur termenung sekali lagi..


"Nur Suhada.. Awok ni.. sedih lagi ke?"tanya Awfiyah.


Mata Nur berair, tetapi Nur cuba memberi sebuah senyuman kepada shabatnya Awfiyah. Awfiyah dari tadi tertanya-tanya mengapa Nur sedih dan menangis.


"Fiyah, kadang2 aku rasa diri aku ini tak layak untuk berkawan dengan sahabat baik macam kau, dengan group2 tudung labuh tu.. Aku rasa rendah diri sangat.. Ilmu agama aku tak macam kau, tak macam mereka.. Kau tiap2 hari aku nampak, bangun malam buat solat sunat, kau tak pernah tinggal Solat, tak pernah tinggal Al-Quran, kau rajin buat semua tu, aku ni dengan dunia aku sahaja.. Kadang2 kau ajak pun aku tak mahu ikut.. Aku tak mampu jadi macam kau Awfiyah.. Teruknya aku.."


"Ya Allah Nur.. Siapa kata kau tak layak? Engkau patut beruntung tau sebab dipilih untuk join group usrah, ceramah2 agama.. Siapa kata kau tak mampu buat semua tu? Engkau mampu Nur, malah kau boleh buat lebih daripada aku, cuma nak dengan tak nak sahaja, pilihan itu ditangan kita.. Aku ni juga banyak kekurangan.. "Awfiyah menggengam tangan sahabatnya itu.


Hati Nur pedih.. sebak.. Terharu dengan kata2 semangat sahabatnya itu.. Sahabatnya itu baik, solehah, merendah diri.. Ya Allah.. Siapa yang bershabat dengannya pasti rasa tenang bila dengar kata-kata semangatnya.


"Terima kasih Awfiyah, bukan senang nak cari sahabat macm kau.. Kau sangat memahami aku.. Fiya.. Aku nak berubah, aku nak ikut jalan tarbiyah.. kau tolonglah aku ya?"


"MashaAllah, Alhamdulillah.. Gembira aku mendengarnya.. Aku juga serba kekurangan ilmu, masih lagi cuba istiqomah dalam melakukan kebaikan, tapi Insha Allah Nur, aku akan bantu kau dengan apa yang termampu.. selebihnya aku serah kepada Allah. Doa banyak2 ya sayang.. Kau kena kuat. Solat jangan tinggal, iman kena jaga, kena update niat selalu.. Apa2 masalah Mengadulah dengan Allah.. Allah itu maha mendengar, aku ni hanya sandaran sementara sahaja" Awfiyah menambah lagi kata-kata semangatnya.


Nur senang mendengar kata-kata .."Baiklah sahabatku ... Betul lah orang cakap, saat kita nak berubah untuk lebih dekat denganNya, Allah akan hadirkan orang2 Soleh dan solehah untuk bantu kita.. Terima kasih sangat2.. Kaulah sahabat.. aku sayang kau <3 "


"Allahu Nur, terima kasih kepada Allah, bukan aku.. Aku pun sayaaaaang kau. Nanti di akhirat, kalau aku hampir dicampakkan ke neraka, kau tariklah aku, aku teringin nak ke syurga.. Nanti boleh kita sama2 masuk syurga ya." sambil memberi senyuman yang ikhlas.

"Allah, seharusnya kau yang kena tarik aku ke syurga Fiya.."

"Tidak Nur, kita tidak layak untuk menentukan sama ada kita ke syurga atau ke neraka, semua itu bergantung kepada amalan kita, hubngan kita dengan Allah, hubungan kita dengan manusia" Jelas Awfiyah.


"Oh.. Macam tu..."


"Haa... Macam tu lah, jadi sekarang ni kau sedih lagi tak?"perli Awfiyah apabila melihat Nur mula kelihatan tenang dan tidak sedih.


"Tak dahh.."jawab Nur tersengih malu-malu.


"Kenapa tak?"nada Awfiyah bertukar menjadi tegas, sengaja mengusik sahabatnya tu.


"Sebab aku ada Allah, aku ada sahabat macam kau Fiyah :'). Syukur Alhamdulillah.." Jelas Nur sambil tersenyum. jujur.


"Haa... Macam tulah senyum Nur.. Nanti menangis jangan lupa bagi tahu aku tau, nanti aku bawa tisu, sapu tangan segala bagai untuk kau" Gurau Awfiyah.


"Fiyaaaa..." Nur menolak bahu Awfiyah perlahan menggunakan bahunya..



"Huhu.. Gurau sahaja.. Hah, Sudah lah Nur, tengok jam dah pukul berapa.. Nak Maghrib dah. Nyamok duk gigit2 aku je dari tadi ni.."



"Ha'ah lah.. dah 6.30 petang dah. Fiya.. Apalah salah sedekah sikit darah kau tu ke nyamuk.. Kesian dia lapar.. :P ... Fiyaa.. Terima kasih sahabat.. Aku sayang kauuu!! :')"

"Ha'ah, yelah.. Nanti sahabat kau ni kena denggi cemana? Aku pun sayang kau lillahita'ala.. Ingat tau.. Kita sama2 berusaha untuk mengecapi kebahagian di akhirat nanti. Pegang amar ma'aruf, nahi mungkar.. Nanti inshaAllah kita boleh masuk syurga sama2.." Nur hanya tersenyum mendengar kata2 Awfiyah..

"Dah jom masuk rumah. nak maghrib, syaitan berkeliaran.." Awfiyah menarik tangan sahabatnya.

"Fiyaa.. sakitlah.. pelahan lah sikit.." rengek Nur apabila Fiya menarik tangan Nur.

"Cepat2.. nanti momok gigit kang.."

"Haha.. Fiyaa.. sabarlah.."

"Cepatlahh.. Haa... tinggal je lah kau kat sini..." ugut Awfiyah dengan nada bergurau sambil melepaskan tangan Nur dan berlari menuju ke pintu rumah asrama mereka.

"Alaa.. Fiyaa.. tunggu lahhh!!" Nur berlari mendapatkan Awfiyah..

Awfiyah berhenti, lalu pusing semula mendapatkan tangan Nur dan menariknya bawa ke pintu rumah.

"Dah jom masuk rumah.."kata Awfiyah

"Haha... jom2" Kemudian mereka berdua masuk kedalam rumah.


-The End-



*Saat kita sendirian, dahagakan tarbiyah, dan ingin berubah.. Allah hadirkan seorang teman untuk kita kuat mengikuti tarbiyah.. Allah bantu kita saat kita susah, Allah akan permudahkan urusan kita.. Berdoalah kepada Allah, minta kepadaNya.. Kerana DIA lah tuhan pentadbir sekian Alam*



Note: Maaf jika penulisan tidak terlalu bagus, jalan cerita yang tidak menarik dan kurang sesuai mungkin.

 
© THIS IS YOURS!