Ahlan Wasahlan.. Dah baca? Bacalah dengan mata hati, bukan membuta tuli. Syukran, Singgah lagi..^^

21 May 2015

Sudah Setahun Ukhuwah Kita :')

 Coretan aku pada hari ini, Selama ini, aku tidak menyepi, cuma ada cerpan yang sedang aku tulis dan belum boleh aku publish kan. Tapi hari ini aku publish tentang tarikh pada hari ini, demi menginggati setahun sudah aku berukhuwah dengan pelajar di UNITI.

21 Mei 2014, masih segar lagi di ingatan aku. Masih ingatkah lagi sahabat UNITI semua? Hari ini, 21 mei 2015, sudah setahun genapnya aku berada di dunia IPT, Allahu.. singkat sungguh masa. Teringat lagi aku saat2 pertama kalinya aku menjejak kaki di UNITI. Teringat saat2 perkenalan aku dengan sahabat2 di UNITI. Dengan kawan2 pra dip, dengan roomate, dengan classmate, dengan lecturer. Mereka tu semuanya baik2 belaka, Alhamdulillah aku juga dapat housemate dan roomate yang baik, tidak lupa juga, sahabat2 yang baik. 21 Mei 2014, Tercetusnya pertemuan pertama aku dengan mereka. Sedar tak sedar juga, sudah setahun aku menjalinkan persahabatan dengan mereka semua. Jika aku coretkan segala apa yang terjadi saat pertama kalinya aku menjejaki kaki di UNITI, tidak cukup untuk aku berkarangan sahaja. satu muka surat tidak memadai apatah lagi lebih dari itu. Selama lebih kurang lima ke enam bulan aku di UNITI, banyak sangat kenangan, banyak sangat pengalaman. Perit, pedih, sedih, gembira , semuanya aku lalui. Sedar tak sedar hari ini genap setahun. Pantas sungguh masa itu berlalu. Tersenyum aku sendiri apabila teringat saat2 masa lalu itu sangattt manis. Kenangan yang sehingga kini aku tidak dapat lupakan. Kenangan yang sentiaaaasa bermain difikiran. Kadang2 bila teringat, aku tersenyum sendiri, kadang2 ketawa sendiri, dan tidak dinafikan kadang2 aku menangis sendirian juga. Allah.. Sayang, sayangnya aku dengan mereka. Insha Allah jika panjang umur , kita akan berjumpa di sem 3 lagi ya teman2. You always in my heart and my memories. insha allah juga jika diberi kesempatan, kita akan bertemu lagi di 21 mei 2016 akan datang,  semoga semuanya akan berjaya dengan apa yang di impikan. Terima kasih atas semuanya. Assalamualaikum sahabat2.


September 2014


August 2014


September 2014


 
© THIS IS YOURS!