Ahlan Wasahlan.. Dah baca? Bacalah dengan mata hati, bukan membuta tuli. Syukran, Singgah lagi..^^

14 Feb 2015

Mimpi Apakah?


Assalamualaikum, Allahu, sudah lama aku tidak bertandang disni.. Busy tak terkata.. btw, aku mahu kongsikan satu cerita yang aku sendiri pun tak tahu kenapa dan mengapa aku mimpi begini. waallahua'lam.

Aku berlari tanpa hijab dikepala, ingin menerjah di bahagian blok sebelah, entah mengapa kelibatnya ada disitu, jantungku laju.. Dia lelaki.. Bagaimana dia boleh masuk ke sini. Ya Allah, hijabku, niqabku! Auratku tidak tertutup ketika itu, niqabku tidak ku pakai. Lalu, bagaimana ni? Larianku terhenti apabila lelaki itu menahanku. Aku terkedu dan kelu tanpa kata,
Lama kami bertentang mata, tiba2 dia bersuara,
"Saya ada benda nak bagi awak" sambil menenung aku(maklumlah rezeki)

Perasaan aku maluuu.. semalu, malunyaa.. Seorang lelaki berada di depanku dengan keadaan aku tidak berhijab dan berniqab.  Aku merasakan tidak selesa ketika itu. Ya Allah, hanya Allah sahaja yang tahu.. 

Dengan menundukkan pandangan, dengan nada suara yang sangat malu aku berkata,
"awak boleh tak tundukan pandangan awak, sayaaa.." kata-kataku terhenti. Terasa mahu lari ketika itu tapi, entah mengapa aku tidak lari..

"Yaa.. saya tahu, maafkan saya, saya cuma nak bagi ini" 
Aku yang dari tadi tunduk mengangkat kepala sedikit.. dia menghulurkan aku sekotak air ***.

"Untuk apa?"tanyaku.

"Ambil sahaja"sambil meghulurkan air kotak *** itu kepadaku.
aku teragak-agak nak mengambilnya.

"Lambatlah, ambil lah cepat"tegasnya kepadaku tiba-tiba.
Aku kelu tanpa kata, lantas saat aku mahu mengambil air kotak itu, dia menarik balik air kotak itu dari genggaman tanganku. Aku hairan.. Dari pandangan yang tertunduk, Aku memandang wajahnya.. memikirkan apa motif sebenarnya..
tiba-tiba dia cakap,
"Kejar saya untuk dapatkan air kotak ini"katanya.

"Hah??" aku kepelikan. Ya Allah.. aku tidak tahan menanggung malu, lalu aku berlari mencari tempat untuk sembunyi agar auratku dapat dilindungi. Tetapi dia terus mengejar aku dan mencari tempat persembunyian aku.

"Awakk..." dia menenung mataku seolah olah tidak rasa bersalah apabila melihat auratku. Ya Allah.. apa hubungan aku dengan dia sebenarnya? Suamiku kah? Jantungku laju tak terkawal. Perasaan aku bercampur baur.

Dia cuba mendekati aku, pandangan matanya sungguh banyak makna..
"err...awakk"aku bersuara.. Aku kaku, tiada ruang untuk aku bergerak..

Allahuakbar Allahuakbar..Azan subuh berkumandang. aku terbangun dari tidur dan buaian mimpi tadi.


Ya Allah.. Astaghfirullahalazim.. Mimpi.. Alhamdulillah mimpi.. Ya Allah.. aku tak sanggup auratku dilihat oleh ajnabi sesuka hati.. Lindungilah..

Sekian.
 
© THIS IS YOURS!