Ahlan Wasahlan.. Dah baca? Bacalah dengan mata hati, bukan membuta tuli. Syukran, Singgah lagi..^^

11 Jun 2015

Muhasabah Diri: Cinta & Jodoh?


Cinta .
"Jika cinta ada, pasti ada sayang, jika ada sayang rindu itu pastinya ada"

Apabila aku sedang berkata tentang cinta. Aku tidak mampu dan tidak layak untuk menghuraikan lebih lanjut mengenainya. Namun apa yang aku pasti cinta hakiki dan abadi itu adalah cinta milik Ilahi. Bukan kepada manusia. Aku bukan mahu mengata, namun aku sedar diri bahawa diri ini pernah terleka pada satu ketika.

Aku, seorang yang suka memerhati, keadaan ummah masa kini. Nauzubillahi min zalik. Cinta yang disanjung sanjung, bukan cinta kepada ilahi, malah cinta ajnabi. Ke manakah kehormatan diri seorang insan islami?

Namun, tidak dinafikan, mengakui bahawa diri ini pernah terjatuh dalam lubang cinta yang tidak diredhai. Barangkali, begitulah orang memandang hina terhadap seorang gadis yang mempunyai masa silam yang tak terlepas dari kekhilafan. Teringat kembali saat diri ini pernah khilaf sekhilaf khilafnya. Air mata berjurai-jurai membasahi pipi. Mohon pada ilahi, agar diri ini kembali semula kepada jalan yang diredhai. Saat itu, diri ini khuatir, sekhuatirnya.. Khuatir kalau-kalau dosa-dosa ini tidak diampunkan. Namun, apabila aku terdengar bacaan serta tafsirnya surah Az-Zumur ayat 53-54,
 "Katakanlah: “Wahai hamba-hambaKu yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepadaNya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi)."

Masya Allah.. Sungguh luluh hati ini. Seperti terkena panahan yang padu dan rasa perit tepat ke hati terus menyentap jiwa. Betapa Allah sayang kepada hambaNya. Allahughofur.. Allah maha pengampun. Lalu aku terfikir, mengapa kita harus mengagung-agungkan cinta manusia(ajnabi) sedangkan cinta Allah itu lagi tinggi. lagi bernilai dari segala-galanya. Masih ada lagi orang seperti aku yang dulu, hidup dalam lubang maksiat? Hmm.. Walau sebesar zarah sekalipun maksiat yang kita lakukan, namun ia tetap maksiat. Mengundang kepada kemungkaran. Allahurabbi. Aku meminta peliharalah diri ini. Soal jodoh aku berserah diri, cukuplah sebelum ini aku menzalimi diri sendiri. Menangis kerana cinta ikutkan hati, bercinta ikutkan hati.. Sedangkan ia tidak memberi sebuah kebahagiaan yang hakiki. Sedangkan ia adalah bisikan syaitan yang tersembunyi. Nasihatku untuk yang sedang membaca, carilah cinta yang maha tinggi, lagi abadi, iaitu cinta ilahi. Mulakan langkah untuk menghindari diri, dari terjebak dengan cinta syahwat. Bi idznillah.

Menunggu jodoh? Tidak salah untuk terus berdoa untuk mendapatkan jodoh yang baik dikalangan baik-baik. Namun ingatlah firman Allah S.W.T dalam surah an-Nur ayat 26, 
“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” 

Perbanyakkkan doa untuk memohon ampun kepada Allah SWT, perbanyakkan doa untuk kuat jihad melawan nafsu. Aku tahu diriku ini lemah, tatkala rindu, cinta dan sayang sering menyinggah. Namun, semoga kita semua qowiy meghadapi ujian Allah. :)

Ubah  rindu, cinta dan sayang itu kepada yang sepatutnya :)

Wallahua'lam


PESAN PADA HATI: JANGAN FUTUR



Futur? Perasaan itu tidak lari saat di hina dan dicaci. Air mata menjadi saksi atas tangisan yang memeritkan hati. Namun bila difikir, masakan aku mahu beralah dan kalah dengan sedikit tomahan dan cacian sebegini ujian? Dipandang hina atas kebolehan, namun apa yang aku cuba sampaikan bukan dengan kebolehan tapi kerana tanggungjawab sebagai insan yang bergelar islam juga khalifah dimuka bumi. Saat lontaran kata-kata perit yang menyentapkan jiwa, tipulah jika aku tidak mengalirkan air mata. Tapi ia bukan bermakna aku sudah futur. Malah seharusnya aku menganggap ia sebagai satu ujian untuk mentarbiyahkan diriku. Disamping itu, aku boleh mencari kekuatan jiwa untuk menghadapi hari demi hari dalam jalan dakwah ini. Begitu, hari berganti hari, masa silih berganti.. Masih lagi aku berdiri, mahupun batu gua menghimpap diri. Aku tolak ketepi, kemudian bangkit dan terus berjalan tanpa rasa sulit. Lalu, dengan diri yang kerdil ini aku menadah tangan meminta tambahan kekuatan qalbi. Saat itulah aku berasa Allah berada dekat di sisi.. 
Oleh itu, jangan sesekali berpaling daripada Allah sedangkan Allah tidak pernah zalim kepada kita. 

-Ukhty Nabilah-
 
© THIS IS YOURS!