Ahlan Wasahlan.. Dah baca? Bacalah dengan mata hati, bukan membuta tuli. Syukran, Singgah lagi..^^

23 May 2015

Muhasabah Diri: Bermanfaatkah Pada Cuti Semester Kita?

Assalamualaikum.. Dengan sedikit coretan untuk entry hari ini. Saja nak muhasabah diri, apakah aktiviti harian aku yang dilakukan semasa cuti sem, apakah aktiviti yang terbaik untuk cuti sem ini? Bila soalan ini bermain di benak fikiranku, Aku teringat kata2 yang masih aku simpan lagi hingga ke hari ini,"Semoga cuti ini di isi dengan perkara yang bermanfaat." Kata2 peringatan itu terus masuk ke dalam hati, dan bermacam2 perkara aku fikirkan aktiviti apa yang bermanfaat untuk cuti semester kali ini. Kerja part time? Hmm.. Ibu pula minta aku duduk dirumah tolong ibu, jadi aku batalkan hasrat aku untuk mencari kerja part time. Aku teringin sangat nak pergi belajar di pondok. Tapi.. Hmm.. bila teringat ibu minta tolong dan minta aku duduk dirumah, jadi hasrat nak belajar di pondok juga aku batalkan. Bermanfaat......(berfikir) Apa yang susah sangat nak fikir perkara yang bermanfaat, sdangkan begitu banyak perkara yang bermanfaat yang aku boleh lakukan. Jadi, bila aku fikir-fikir.. Hmm.. Aku banyak menghabiskan masa aku di hadapan laptop mancari segala apa yang aku ingin tahu. Aku mula aktif di blog semula. Aku cuba menulis apa yang aku mahu dan apa yang aku tahu. Hmm.. Bermanfaatkah semua itu ? Suatu hari Allah takdirkan, laptop aku hmm.. Patah(Sebab dah tua). Sekarang sedang dirawat di kedai. Jadi aku jarang dah online di laptop. Ini pun ada komputer dirumah. Rasa bosan sangat tanpa laptop. Lalu aku berfikir lagi, apakah perkara yang lagi bermanfaat selain daripada duduk meghadap laptop? Aku ternampak Al-Quran tafsir biru ku di atas meja. Lalu aku terfikir, mungkin aku boleh mengisi masa bosan aku ini dengan membaca al-Quran dan maknanya, menghafal ayat al-Quran ke, mungkin aku boleh buat sesuatu perkara yang lebih mendekatkan diri aku kepada Allah? Mungkin ada hikmahnya laptop aku patah, mungkin aku lekaa.. Walaupun aku tercari-cari perkara yang bermanfaat. Hmm.. Perkara yang lagi bermanfaat pastinya membaca al-Quran dari mengahadap laptop mencari bahan ilmiah. Hmm.. lalu, aku terfikir lagi, apa lagi yang aku mahu lakukan pada waktu cuti semester begini? Haa... Buku!!! Aku menghabiskan Voucer 1 Malaysia dengan membeli buku2 yang berkaitan dengan ummah dan sebagainya. Banyak aku beli, macam tamak pun ada(Hihi)Lepas pada itu aku hanya menelaah buku yang sudah ku beli itu. Banyak,.. Banyak perkara yang aku dapat.. Bermanfaat.. Allah.. Sungguh aku ini hamba yang hina.. Semoga apa yang aku lakukan ini tidak lari dari menjadi Hamba Allah. Bagaimana kamu semua mengisi masa cuti kamu? Kerja? Baca bahan ilmiah? menelaah buku? baca Al-Quran ? Menghadap laptop ? Kemas rumah ? Atau berwhatsap, berwechat, berfacebook dll sahaja? Sejujurnya, aku juga berwhatsapp, berwechat, berfacebook, bertwitter dan sebagainya.. Tapi apabila muhasabah diri balik, bermanfaat kah apa yang aku lakukan pada cuti semester kali ini. Dapat sesuatu yang baru atau tidak? Bukannya tak boleh berwhatsapp, berwechat semua tu, tapi luangkan masa sedikit untuk kita dapat sesuatu yang berguna dan bermanfaat untuk diri kita. Aku pun sama sahaja, tatkala degil itu selalu sahaja muncul dalam diri ;)
Jadi, penulisan aku kali ini hanya sekadar untuk kita sama2 bermuhasabah diri. Insha Allah sedikit sebanyak terdetik juga hati kita nak buat sesuatu yang bermanfaat masa cuti/masa lapan kita. Sekian untuk hari ini. Nah, mari kita buat aktiviti yang bermanfaat ! ^_^

No comments:

 
© THIS IS YOURS!