Ahlan Wasahlan.. Dah baca? Bacalah dengan mata hati, bukan membuta tuli. Syukran, Singgah lagi..^^

18 Feb 2015

Di Sebuah Kedai

Assalamualaikum.. Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk bernafas pada pagi ini...


Al-Kisahnya, DI SEBUAH KEDAI:
.
Kedai tu menarik perhatian aku , dengan alunan qasidah , zikir dan lagu nasyid . Allah , rasa tenang . lalu aku masuklah kedai itu seorang diri , kedai tu jual barang2 sunnah dan buku2 islamic , belek2 buku kat sana . Tengah asyik membaca dan membelek buku kat sana , tiba2 ada satu suara garau beri salam ,
.
"Assalamualaikum"
.
mana datangnya bunyi suara tu ? hmm ok abaikan(dalam hati)
.
"Assalamualaikum... Cari apa ?" Lagi sekali suara itu beri salam , aku pusing je , kojot aku ada seorang lelaki muda tampan berkopiah di kepala kat sebelah tetiba . astaghfirullahalazim . Tuan empunya kedai rupanya .
.
"Waalaikumussalam.. Err.. tengok2 sahaja" tertunduk.
.
"Tengok buku apa tu ?" , tanya dia lagi .
.
"Err.. buku ni.. err.." malas nak banyak cakap , aku tunjuk je la buku tu .
.
"Ohh.. enti duduk mana ? Seorang je ? tak jalan dengan umi abi" sambil meninjau ninjau kepalanya cari kut ada ibu ayah aku .
.
Eh sibuk nak tahu duduk mana pula . Dah tu tanya umi abi macam dah lama kenal aku pula dia ni . hah lawak pulak aku rasa . wekss(dalam hati)
.
"Err.. Assif.. err" sambil menundukkan sedikit kepala . Tak reti aku nak menjawab soalannya . Udah le lelaki , harap dia fahamlah maksud aku tuu.. maknanya aku takdapat nak jwb soalan dia tu.
.
Lepas tu dia bagi senyuman manis dekat aku . Gaya macam nak memulakan bicara lagi . Aku pun pelik je lah . Udah le sorang2 kat situ . Ingat drama islamic tu ke ape . macam Assalamualaikum cinta , waalaikumussalam rindu tu . HAHA . So , sebelum start drama baik aku beredar .
.
Aku buat2 pusing dulu jap satu kedai , sebab taknak lah tuan kedai terasa hati aku main keluar je lepas dia tegur aku , dia duk perhatikan aja aku . Kadang2 aku terpandang dia , dia cepat2 alih pandangan . alahai . So habis satu round aku tunduk tanda hormat then terus keluar tak beli pape . har har .
.
TETTT... udah2 ler nak baca cerita cinta konon2 islamic ni . haha .
.
"Nabilah ni spoil betul . Ingatkan cerita kau ni menarik , baru aku terfikir nak create novel cerita pasal kau ni . Tapi kau stopkan pula drama yang baru nak mula ni", katanya Mira .
.
"Aduhai sahabat , udah le , engkau jangan nak berangan lelebih heh . Then itu sepatutnya dan sepantasnya dilakukan right ? cegah . jangan melayan , berkopiah ke , bersereban ke , bersongkok ke , takda maknanya .. semua2 tu merosakkan iman kita tahu. Bukan boleh caya sangat , ala mula2 kenal , ayat nak manis je , nak baik je , nak indah je and bila nampak aku pakai mcm ni , nak 'ana enti' jee.. Alahai~~"
.
"Wuu.. ayat macam pernah terkena je sebelum ni"
.
"Eh kau ni.. aku cakap je .. supaya kita lebih berhati hati.."
*Lelaki lelaki , ndak tahu respect wanita even bertudung labuh , berpurdah atau berniqab . Sesuka hati je nak negur akhwat , Even lelaki berkopiah gitu . Btw tak semua pun mcm tu k . Husnudzon^^*
.
Sekian

14 Feb 2015

Mimpi Apakah?


Assalamualaikum, Allahu, sudah lama aku tidak bertandang disni.. Busy tak terkata.. btw, aku mahu kongsikan satu cerita yang aku sendiri pun tak tahu kenapa dan mengapa aku mimpi begini. waallahua'lam.

Aku berlari tanpa hijab dikepala, ingin menerjah di bahagian blok sebelah, entah mengapa kelibatnya ada disitu, jantungku laju.. Dia lelaki.. Bagaimana dia boleh masuk ke sini. Ya Allah, hijabku, niqabku! Auratku tidak tertutup ketika itu, niqabku tidak ku pakai. Lalu, bagaimana ni? Larianku terhenti apabila lelaki itu menahanku. Aku terkedu dan kelu tanpa kata,
Lama kami bertentang mata, tiba2 dia bersuara,
"Saya ada benda nak bagi awak" sambil menenung aku(maklumlah rezeki)

Perasaan aku maluuu.. semalu, malunyaa.. Seorang lelaki berada di depanku dengan keadaan aku tidak berhijab dan berniqab.  Aku merasakan tidak selesa ketika itu. Ya Allah, hanya Allah sahaja yang tahu.. 

Dengan menundukkan pandangan, dengan nada suara yang sangat malu aku berkata,
"awak boleh tak tundukan pandangan awak, sayaaa.." kata-kataku terhenti. Terasa mahu lari ketika itu tapi, entah mengapa aku tidak lari..

"Yaa.. saya tahu, maafkan saya, saya cuma nak bagi ini" 
Aku yang dari tadi tunduk mengangkat kepala sedikit.. dia menghulurkan aku sekotak air ***.

"Untuk apa?"tanyaku.

"Ambil sahaja"sambil meghulurkan air kotak *** itu kepadaku.
aku teragak-agak nak mengambilnya.

"Lambatlah, ambil lah cepat"tegasnya kepadaku tiba-tiba.
Aku kelu tanpa kata, lantas saat aku mahu mengambil air kotak itu, dia menarik balik air kotak itu dari genggaman tanganku. Aku hairan.. Dari pandangan yang tertunduk, Aku memandang wajahnya.. memikirkan apa motif sebenarnya..
tiba-tiba dia cakap,
"Kejar saya untuk dapatkan air kotak ini"katanya.

"Hah??" aku kepelikan. Ya Allah.. aku tidak tahan menanggung malu, lalu aku berlari mencari tempat untuk sembunyi agar auratku dapat dilindungi. Tetapi dia terus mengejar aku dan mencari tempat persembunyian aku.

"Awakk..." dia menenung mataku seolah olah tidak rasa bersalah apabila melihat auratku. Ya Allah.. apa hubungan aku dengan dia sebenarnya? Suamiku kah? Jantungku laju tak terkawal. Perasaan aku bercampur baur.

Dia cuba mendekati aku, pandangan matanya sungguh banyak makna..
"err...awakk"aku bersuara.. Aku kaku, tiada ruang untuk aku bergerak..

Allahuakbar Allahuakbar..Azan subuh berkumandang. aku terbangun dari tidur dan buaian mimpi tadi.


Ya Allah.. Astaghfirullahalazim.. Mimpi.. Alhamdulillah mimpi.. Ya Allah.. aku tak sanggup auratku dilihat oleh ajnabi sesuka hati.. Lindungilah..

Sekian.
 
© THIS IS YOURS!