Ahlan Wasahlan.. Dah baca? Bacalah dengan mata hati, bukan membuta tuli. Syukran, Singgah lagi..^^

8 Oct 2014

Di Sebalik Senyuman


8/10/12, 12.40 a.m

Bismillah. Assalamualaikum.. Terokai hati sendiri. Bertanya kepada sang hati. Hmm.. andai dapat aku bicarakan tentang hati.. Allah… Aku bukan tidak berusaha, aku sudah sedaya upaya untuk memahami dan menjaga. Aku cuba menerima segalanya.. Dan selebihnya aku serah padaMu ya Allah. Aku pasrah. Sudah terniat untuk menghentikan segalanya, aku penat. Aku sudah tak kuat. Tapi entah kenapa aku juga tidak mampu menghentikannya. Ya Allah.. Aku betul betul serah kepadaMu. Aku cuba membiarkan dan menjauhkan tapi… Hmm.. Aku tidak mahu bermain dengan api lagi. Cukuplah aku menyakiti hati sendiri. Membahagiakan tapi juga menyakitkan. Simpan dan terus simpan. Entah sampai bila, entah berapa lama. Seperti tidak berguna jika aku zahirkan. Simpan dalam doa. Senyuman dalam kesedihan jadi peneman. Menghiburkan hati manusia menjadi tabiat secara tiba, seronok tengok mereka tersenyum, juga menjadi penawar kedukaanku. Aku tidak mahu menyakiti hati sesiapa. Tapi apakan daya, aku juga manusia yang sering melakukan dosa, tidak terlepas melakukan kesalahan. Aku tidak mahu sakitku orang lain merasai, biar aku seorang diri. Ia lebih membahagiakan hati. Aku pasrah. Tidak mengapalah jika satu hati sahaja yang tersakiti, jangan dua, tiga atau lebihnya. Nahh.. sekarang aku sedang menanggung risikonya. Yaa.. aku terima dengan redha, jika ada permulaan pasti ada pengakhiran. Tidak mengapalah jika pengakhiran yang aku impikan tidak menjadi kenyataan, semuanya pasti ada hikmahnya. Allah lebih mengetahui apa yang tersirat. “Sabarlah wahai hati, Allah ada bersama. Sabarlah wahai air mata, jangan menangis lagi :’)” Mungkin aku boleh simpan dan tidak meluahkan seperti tiada apa yang berlaku, hanya ketawa, senyum, ketawa, senyum, tapi jeritan hati hanya Allah sahaja yang mengetahui. Ia lebih selesa menadah tangan, meluahkan kepada Allah yang maha mendengar, maha melihat, maha mengetahui dan memahami daripada meluahkan kepada manusia yang hanya mampu mendengar tapi tidak mampu mengerti. Aku tiada terdaya tapi dengan adanya Allah bersama, aku masih berdiri memijak bumi. Assalamualaikum.
 
© THIS IS YOURS!