Tiba aku di persisiran pantai,
Ku lihat pasir santai memutih,
Dalam kelam di hadapan matahari membenam,
Di sini aku menelusuri diri,
Mengkaji dan mencari,
Titik noda buku hidup ini,
Kutemui diriku alpa dan lupa,
Sebagai abdi kepada pencipta diri.
Bulan berdandan cahaya,
Aku menghampar sejadah tua,
Di tebing ombak bergelora,
Menghadap wajah ke kiblat Tuhan,
Dengan ribuan keinsafan,
Kulayarkan rayuan ke tengah samudera,
Moga dalam penerimaan-Nya.
Kembalilah aku ke jalan fitrah,
Tersedarlah jasadku dari kelalaian sudah.
Pernah terlalai dan terleka,
Dari mengunjungi,
Pintu rahmatNya yang terbuka,
Kerana terlalu mengikut kata,
Mengetuk pintu rahmatNya,
Agar wajahku disiram cahaya,
Agar hidupku dilimpahi kurnia,
Melalui pintu rahmat-Nya.