Ahlan Wasahlan.. Dah baca? Bacalah dengan mata hati, bukan membuta tuli. Syukran, Singgah lagi..^^

19 Nov 2014

Wanita Niqob/Purdah Upload Gambar

Assalamualaikum.. Hari ini aku berminat nak ulas pasal niqob ataupun pemakaian niqob. Melalui misi aku dan maklumat yang aku telah kumpul. Tapi tidak banyak sebab aku terpaksa hentikan misi mencari maklumat ini atas sebab tertentu. 
OK, biasalah, gadis muslimah, keinginan memakai niqob/purdah itu memang tentu ada sedikit sebanyak. Aku bukanlah seorang muslimah yang perfect, tapi aku sendiri juga melalui rasa yang sama dan memang aku sudah lama niat untuk memakainya, jadi apakah tujuan untuk aku memakai? Ok, Aku hanya berkongsi pengalaman, Since 2011, aku cuba2 memakai purdah. Tapi di sebabkan aku sekolah kerajaan, memang tak boleh lah nak pakai purdah atau niqob. Ok, lepas tu aku buka dan ada niat untuk memakai semula selepas habis sekolah. Namun, bila di teliti balik aku betulkan niat untuk memakainya, kerana apa? Malaysia bukannya seperti negara arab, panas dan berpasir. Jadi kenapa kita perlu pakai? Mengikut mazhab syafie, Islam menyuruh wanita menutup seluruh badannya kecuali muka dan tapak tangan.
Akan tetapi jika ada wanita merasakan bahawa jika dia tidak memakai niqob ianya akan menjadi lebih bahaya dan fitnah(manusia akan memandang kepadanya dengan syahwat), maka wajib baginya memakai niqab. Tetapi jika dia merasakan bahawa tiada masalah jika dia tidak memakai niqab, maka tidaklah menjadi dosa jika dia tidak memakai niqab sekalipun. Mereka boleh mengunakan sebahagian pendapat yang dipegang oleh ulama bermazhab Syafie yang mengatakan bahawa ianya merupakan Sunnah. Jadi sahabat sekalian, tujuan memakai niqob adalah untuk memelihara diri kita. Namun sekarang memakai niqob sudah menjadi trend untuk berselfie dan menunjuk-nunjuk.. Dan menambahkan fitnah. Allahuakbar, nauzubillah. Kebanyakkan lelaki juga mahukan seorang perempuan yang sempurna, yang bertutup.. Jadi itulah kesempatan wanita untuk menarik perhatian lelaki.. Lelaki yang buta hati sahaja yang memandang wanita berniqob yang selfie dan mengupload  gambarnya di laman sosial. Kira-kira 60% ke 70% wanita berniqob memaparkan dirinya di laman sosial. Dan ada juga yang seronok apabila ramai yang menambahnya sebagai rakan apabila dia mengubah Display Picture(DP)nya di facebook. Aku berani cakap, kerana aku sendiri sudah membuat kajian tentang ini. Dan tupp, Allah bagi jawapan terus menerus kepada aku. Aku tersentap apabila aku sedang menjalankan misi aku, aku terlupa sesuatu perkara yang aku sendiri melakukannya. Allah, aku hanya nak menguji. Cara aku salah kali.. Dan sekarang Acc facebook aku terpaksa ditutup sementara kerana aku menjadikan diriku mangsa kajian. Hee.. Hanya dengan menukar gambar memakai niqob, kita sudah pun hampir membawa diri kita ke maksiat. Ok, aku dah nampak apabila, lelaki yang berkopiah, bersereban yang ala2 ustaz mukanya tu mengambil kesempatan untuk chating dengan wanita berniqob.. Haih.. Itulah lelaki, tidak adanya nak menjaga ikhtilat. Tak hormat langsung dengan wanita niqobis. Kerana apa? kerana mereka sengaja, tahu sengaja menggatal, mengusha.. Kira-kira 80% yang memulakan chating dengan
"Assalamualaikum, kaifahaluki?"
"Syukran, approve, salam ukhuwah fillah"
Penggunaan bahasa arab pun bermula(Kononnya bermula ta'aruf dengan penggunaan bahasa arab) buatnya yang pakai niqob tu tak pandai bahasa arab? nak jawab apa bak hang? Parah nak pergi cari kamus bahasa arab, tak pun google translate..HAHA. Ingat perempuan berniqob/berpudah ini tahu semua tentang Islam? Dont judge Niqobis by its cover lah. Kadang2 mereka pakai dengan tujuan untuk menutup dan memeliharanya.. Ataupun suka-suka upload~ ataupun bersikap menunjuk-nunjuk. Ada seorang sahabat aku yang berniqob, tetapi dia masih memperbaiki dirinya, bertanya tentang hukum, penggunaan bahasa arab dalam pertuturan dan sebagainya dengan aku. Tapi aku juga sama je dengan dia, tiada bezanya, ilmu aku juga sama je. Jadi kami sama2 berkongsi ilmu dan mencari ilmu.
Ok, kembali balik pada upload gambar. Bila upload gambar dengan kawan2 atau family tu mungkin biasalah, ni gambar sorang2 duk buat peace lah, buat muka lah, handphone baru pun dia nak tunjuk sekali dengan mukanya yang berpurdah tu.. Allahu motif?? Gambar mengupload sana sini tak kira batas, Bak kata kakak saudara aku,"Akak menyampah tengok orang pakai purdah/niqob ni selfie lepas tu upload dekat laman sosial,,"
Hambikk.. Perkataan menyampah tu DEEP.. Patutnya sejuk je mata memandang, tapi kenapa menyampah pula ya? Ok, gambar ni pun sudah jelas jawapannya..



Iyaa.. memanglah kadang2 kita tiada niat untuk menunjuk-nunjuk tapi lebih baik kita elak kan tanggapan negetif orang terhadap perempuan berniqob/berpurdah. Aku mengulas tentang ini hanya niat untuk betulkan apa yang salah dan bukan salahkan apa yang betul. Dan tidaklah sempurna diri aku, aku juga pernah selfie pakai niqob/purdah even aku takda pun niat nak menunjuk-nunjuk, tapi bila fikir balik, kita pakai sebab nak mengelakkan fitnah, sekali je kita upload, kadang2 lelaki ni gatal.. Ambil gambar kita, then duk tenung gambar kita yang berniqob ni yedok?? #SilaTerasa Sudah lee jatuh zina mata kepada lelaki tersebut, dulu marah perempuan tak menutup aurat upload gambar, menambahkan dosa lelaki je kan, tapi sekarang? Haih.. Apa sahaja yang di namakan wanita, tidak boleh sesekali upload gambar yang boleh menimbulkan fitnah.
"Gambar yang macam mana tu? kita pakai tudung.. labuhh.. pakai niqob macam mana boleh jadi fitnah pula? Kan tutup semua tuuu..."
Jika kamu mempunyai niat yang betul untuk menjadi muslimah sejati, tidaklah kamu menunjuk-nunjuk dihadapan manusia.. Sikap menunjuk-nnjuk itu bukanlah sifat seorang wanita muslimah dan solehah. Jadi lah muslimah sejati dimata Allah, dan bukan di mata manusia..
Ni pasal status pula. Aku sedih, melihat status2 wanita berniqob mengunakan nama agama, Contoh:
"Hari ini ana dapat 300 friend request, maaf tidak sempat approve, busy dengan dakwah"
"Hari ini ana dah approve 200 friends request ada lagi 100 lebih yang ana belum accept, Apa-apa pun salam ukhuwah fillah kepada rakan baru"
Allah, Allah.. itukah ciri2 wanita muslimah?#FikirSendiri. Allah, lepas tu, haa ramailah yang meng'like', yelah ayat bunyi 'macam' Islamic lah sangat~ lepas tu yang ikhwah mulalah komen salam ukhuwah fillah juga.. Ada yang komen.."SubahanaAllah"
Astaghfirullahalazim.. Nak ucap subahanaAllah tak kena pada tempat, kononnya memberi komen yang positif.. Allahuakbar.. Nauzubillah.. Itulah yang boleh menggalakkan wanita niqobis tersebut lagi nak letak status2 yang begitu.. Kadang2 benda2 macam ni berjangkit.. bila seorang dah buat macam tu, pasti ada yang mengikut. Ok, ini aku memang tak buat cerita. WaAllahi aku memang baca status2 wanita niqobis ini.. Bukan seorang ke dua orang.. tapi kebanyakkan. Kadang2 aku terfikir, kenapa mereka macam tu? Allahu.. WAKE UP WAKE UP!!
Jadi, wanita bertudung labuh, wanita niqobis, wanita berpurdah, ayuh kita jadi  muslimah sejati dimata Allah dan bukan dimata manusia. Kita kalau buat baik, kita bagi tahu orang kita buat tu, buat ni(Perkara baik), itu namanya nak menunjuk2. kadang2 kita takda niat, kita sekadar berkongsi, tapi berhati-hatilah dalam pertuturan, kerana dengan pertuturan je, kita boleh kecundang. Allahualam.

Maaf jika pengulasan mungkin agak kasar untuk wanita yang berniqob suka selfie, aku hanya mahu kita sama2 betulkan niat.. Aku juga ada berselfie, tapi untuk penyimpanan diri sendiri. Pakai niqob/purdah bukan suka-suka, bukan saja2.. Ingat tu! Mari kita betulkan niat, tajdid niat.. Semoga memberi manfaat dan dapat muhasabah diri bersama.
Maaf tarbiyah sentap dari aku hamba Allah yang khilaf ini.. Assalamualaikum.

13 Nov 2014

Semester 1? The End!

Assalamualaikum. Alhamdulillah, aku telah sampai memijak di bumi Tampin. Terasa tangisan dan perpisahan tadi bagaikan mimpi, Mengimbas kembali sebelum aku meninggalkan Hostel C3-05, Pelukkan yang erat daripada sahabat-sahabat sudah cukup menzahirkan kesedihan dihati. Allahuakbar. "Siapa nak kejut kan aku solat subuh lepas ni.." kata Aiza sambil memeluk aku. Aiza seorang sahabat yang berhati lembut yang sedang mencuba memperbaiki dirinya. Allah.. Tidak dapat aku menahan air mata ini, sungguh dia pasti merindui gelagat aku. Pelukkan yang erat darinya membuat aku rasa tidak mahu meninggalkan mereka. Ya Allah! Mimpi apakah ini? Peritnya perpisahan. Badan aku terasa lemah, fikiranku melayang entah kemana, kesedihan menguasai diri, sungguh aku tidak dapat mengawalnya. Terasa mahu menutup mata dan tidak membuka mata lagi selamanya. Allah... Airmata mengalir lagi.. Tiada! tiada siapa memberi kata-kata semangat "jangan menangis" TIADA! Mana? Mana mereka? Mana!!? Allahh.. Aku perlukan semangat.. Aku perlukan semangat! Allahurobbi.. Allah.. Aku perlukan semangat.... :'((
Tiada.. Tiada jawapan dari sesiapa, tiada... Aku kehilangan segalanya. Ya Allah!!!!!! Aku hanya adaMU, Aku perlukan kekuatan.. Aku perlukan semangat... Ya Allah ya tuhanku... Allahuakbar...!! :'((
Mereka sudah tiada disisi, mereka hanya ada dalam hati, sungguhpun aku tahu, setiap pertemuan pasti ada perpisahan dan kadang kala perpisahan itu selamanya. Allah..
Terima kasih semua, terima kasih kerana telah mewarnai kehidupan aku di semester 1 dengan warna2 pelangi yang sungguh indah. Terima kasih ya Allah kerana mempertemukan aku dengan mereka. Dan aku redha, jika perpisahan ini adalah pengahkiran segalanya. Semoga aku tabah ya robb.. Salam alaik.

Selamat Tinggal Semester Satu


12/11/14

Bismillah.. Assalamualaikum.. Angin malam, Allah, dingin di hostel C3-05. Hati aku penuh dengan kesayuan, kesedihan dan tidak menentu. Fikiran aku pula bercelaru, sekejap aku ketawa, sekejap mataku berkaca. Sekejap aku tersenyum sekejap aku termenung. Laptopku tenung kosong, fikiran aku sungguh tidak menentu. Terlalu memikirkan besok aku akan berangkat pulang ke Tampin, meninggalkan segala kenangan aku semasa di semester pertama, Allah.. Tambahan lagi, aku harus berpisah dengan orang-orang yang aku sayang. Yang suka menyakiti aku, menyakat aku, kadang2 buat aku ketawa, kadang2 buat aku sedih, kadang2 buli aku, kadang tak layan aku. Allah, bunyi macam pahit, tapi di sebalik kepahitan itu menyimpan berjuta kemanisan yang tidak akan rasa manis lagi selepas ini. Ia hanya berlaku sekali. Allahuakbar, tidak dapat aku gambarkan kesedihan yang amat mendalam ini. Air mata juga tidak cukup pembuktian kesedihan aku. Cukup hanya Allah sahaja yang tahu. Menzahirkan kepada mereka juga tidak ada apa-apa. Akhirnya sama2 menangis, sama2 sedih. Pastinya mereka juga akan merindui aku kan? :’) Sepatutnya aku pulang ke Tampin pada hari Jumaat, tapi.. kerana hal yang tidak dapat di elakkan, aku terpaksa pulang awal, dan itu sangat menyedihkan hati aku. Sekali lagi aku menenung laptopku. Jariku semakin pelahan untuk menaip, bagaikan tiada kekuatan untuk aku teruskan menaip. Allahu.. Aku pejamkan mata seketika, mengetap bibir, lalu terasa basah di pipiku. Dahiku berkerut… Perlahan mulutku menyebut Allahuakbar. Ya! Aku menangis. Aku kalah lagi dengan air mata. Aku tunduk membisu, tidak tahu mengatakan apa lagi. Air mata semakin lebat membasahi pipi, tidak tahan aku dengan perpisahan ini. Bibirku tidak henti-henti menyebut nama Allah, menahan sebak di dada. Air mata tidak mahu berhenti, jari-jariku semakin lemah untuk menekan keyboard ini, keyboard ku juga sudah dibasahi dengan airmataku. Allahuu.. Sungguh aku tidak kuat, tapi keranaMu aku cuba menghadapinya dengan tenang.. Nabilah yang sebelum ini, bising, suka menyakat, mengada tapi malam ini senyap membisu. Bagaikan tiada aku di sini. Di manakah kekuatan yang aku boleh mencarinya ya Allah? Allahu.. sudah tiba masanya untuk aku mengucapkan selamat tinggal semester satu. Selamat tinggal Aiza, jujek, Nina, Atin, Lia and all. Tidak lupa juga kepada Hmm.. "Ghosts" yang selalu buat aku ketawa dan macam2 aku belajar darinya secara sedar ataupun tidak. Tiada manfaat untuk aku? Salah! Sangat salah! Susah nak di jelaskan tetapi biarlah hanya Allah sahaja yang tahu. Semoga awak semua bahagia fiddunya wal akhirah. Aku doakan semua Berjaya dan mengecapi impian-impian yang insyaAllah akan menjadi kenyataan. Yang penting sekali, aku tak akan pernah lupa mereka semua dan aku sayang mereka sangat sangat. Salam ukhuwah fillah diucapkan pada permulaan perkenalan, dan harap ukhuwah kita tidak pernah terputus walau sedetik. InsyaAllah. We are all we’ve got. Anytime boleh tuntut kari ayam. Semoga kita berjumpa lagi.
Mungkin kisah aku ini hanya semasa di semester satu. Mungkin di semester akan datang akan mempunyai cerita baru. Ataupun tiada kerana aku sudah di lenyapkan di dunia. Semoga semua panjang umur. Assalamualaikum.
 
© THIS IS YOURS!