Ahlan Wasahlan.. Dah baca? Bacalah dengan mata hati, bukan membuta tuli. Syukran, Singgah lagi..^^

1 Jul 2014

Puisi Layar Keinsafan


Layar keinsafan
Senja suram,
Tiba aku di persisiran pantai,
Ku lihat pasir santai memutih,
Dalam kelam di hadapan matahari membenam,
Di sini aku menelusuri diri,
Mengkaji dan mencari,
Titik noda buku hidup ini,
Kutemui diriku alpa dan lupa,
Sebagai abdi kepada pencipta diri.

Malam tiba,
Bulan berdandan cahaya,
Aku menghampar sejadah tua,
Di tebing ombak bergelora,
Menghadap wajah ke kiblat Tuhan,
Dengan ribuan keinsafan,
Kulayarkan rayuan ke tengah samudera,
Moga dalam penerimaan-Nya.

Kuserahkan jiwa pada sifat Rahim-Nya,
Kembalilah aku ke jalan fitrah,
Tersedarlah jasadku dari kelalaian sudah.

Sedar diri,
Pernah terlalai dan terleka,
Dari mengunjungi,
Pintu rahmatNya yang terbuka,
Kerana terlalu mengikut kata,

Ku cuba kembali,
Mengetuk pintu rahmatNya,
Agar wajahku disiram cahaya,
Agar hidupku dilimpahi kurnia,
Melalui pintu rahmat-Nya.



No comments:

 
© THIS IS YOURS!