Ahlan Wasahlan.. Dah baca? Bacalah dengan mata hati, bukan membuta tuli. Syukran, Singgah lagi..^^

1 Oct 2013

Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang-Nabilah

Assalamualaikum pembuka cerita. Memandangkan lagu Tegar-Aku yang dulu bukanlah yang sekarang semakin popular, jadi shaja aku cilok tittle nye, sodap pulak bunyi ea.. tapi skrg ni bukan lah nak cerita pasal lagu tu, muqadimah je baru.. 
Sebenarnya nak cerita pasal Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang. Tadi baru sahaja aku melihat gambar2 lamaku di komputer, Gambar2 yang di capture waktu itu aku masih di menengah rendah(Form 1,2,3).. Kadang2 aku jadi malu melihat gambar aku sendiri.. sangat tak matang, gedik! Dan mengikut nafsu.. buat muka pelik2.. kononnye comel.. ala2 korea.. HAHA.. Sekarang, bila aku tengok aku sendiri menyampah dengan aksi muka aku tu..  Itu baru aku tengok sendiri dah menyampah, cuba orang lain tengok, mesti kutuk habis.. Salah gunakan apa yang ada.. Hinanya aku dulu.. Tapi Alhamdulillah, pengalaman telah mengajar aku erti kedewasaan.. Sudah terhantuk baru nak tengadah macam tulah..  Semua ada kisah silam yang pahit bukan? Tu lahh.. bila aku perhatikan adik2 bawah umurku, atau pun org disekeliling aku, buat perkara yang pernah aku buat dulu, aku rasa mcm nak ketawa, tapi senyum sajelah... Kadang2 aku rasa sedang melihat diri aku sendiri yang dulu.. Teringat nostalgia lama.. Bercinta, gaduh2 sebab lelaki, berangkat2, bercouple. Aip! tapi tak pernah bersentuhan k.. Aihh!! Itu semua tak matang tahu! Tak kemana tu semua, bercouple skadar suka2?? Bukan nye ade niat nak kahwin ke ape, yelah umur baru separuh jagungkan, tak kan nak pkir pasal kawin.. Akhirnya single dan menanti jodoh yang datangnye dari Allah, iaitu Zauji.. Wakaka.. dan masa tu lah nak ingat kesalahan yang lalu..  Jadi kepada adik2 dan remaja2 yang kat luar sana, mungkin awak semua sedang menjalani kehidupan yang baru nak merasa alam remaja, so mmg gayat sikit lah.. Tu kadang2, aku sentiasa mengingati orang sekelilingku dan juga dalam masa yang sama, aku dapat faedahnya.. Sebab pa? sebabnya apabila kita menasihati orang, secara tidak langsung kita menasihati diri kita sendiri dan cuba cuba cuba untuk jadi yang terbaik. Aku mengingati mereka supaya mereka tidak menyesal di kemudian hari.. Dulu, tak dinafikan, aku dipengaruhi oleh orang sekeliling, apalagi kawan2 lahkan.. Bila tengok org tu buat macam tu mcm best je, aku pun ikot.. Dan terus hanyut, hanyut dan hanyut.. Bila aku teringat saat diri ku dahulu mudah hanyut, aku malu, gelak sorang dan terasa jugak diri ini hina dan tak sempurna.. Teringat status2 di FB.. Suka sangat post isi hati yang tak puas hati, perli2, yang sweet2 dgn tutt.. alohaii.. Gedik je bila aku ingat.. Yelah tu pun nak kecoh kat fabebook. Baik kita pergi ambil Al-Quran untuk tenangkan hati.. Dan klu boleh cuba elakkan.. Ok. Then, Bila perubahan yang baik semakin menghampiri aku, orang mula memuji, mula meletakkan aku ini baik, blablabla. Ada jugak yang mengutuk. Tahu tu.. Aku terima.. Redha.. Mengkin mereka tahu sikit2 kisah hidupku.”Kau pun dulu sama”.. Hmm..  Terima sahaja lah. Tapi bila diberi dengan pujian.. Allahuakbar.. Ujian lagi.. Setiap kali pujian itu diberi, hatiku mesti berkata2, “Aku tidak sebaik yang engkau sangka, aku penuh dengan kekurangan dan dosa, atau aku mungkin lebih teruk dari kau.” Bila adik2 dan orang sekeliling aku buat kesalahan, aku diam, tak berkata apa2 pun.. Aku hanya lihat dan biarkan ia berlaku dimataku.. Tapi disebalik itu aku berdoa kepada Allah, supaya Allah beri petunjuk kepada mereka, supaya mereka tidak hanyut seperti aku dulu.. Kita nak pandang keburukkan orang, nak kutuk keburukkan orang, sedangkan keburukkan sendiri kita tak perasaan.. Kita ni tak sempurna.. Ye.. mungkin kadang2 tu bahasa aku bila menasihati adik2 atau pun shabat2 aku agak kasar, mungkin menyakiti hati mereka.. Tapi aku bertegas bukanlah nak tunjuk yang aku ini baik, Cuma aku tak mahu mereka2 mengulangi sejarah silam aku.. Aku sayangkan mereka.. Mereka semua tak tahu apa yang dah aku lalui dulu.. Aku berani berkata dan bersuara kerana aku sudah pun laluinya. Bukan aku sengaja nak menonjolkan diri aku seperti orang alim, baik.. tidak sama sekali.. Aku sangat paham kepada mereka yang hangat bercinta, sebab aku dulu pun pernah merasa, tapi biarlah ia menjadi rahsia.. hanya aku dan Allah sahaja tahu apakah perasaan disebalik cinta kepada manusia itu.
Bila aku tersedar.. baru aku mengerti maksud nasihat ibu bapa, guru2 ku dahulu.. kenapa mereka melarang kita berbuat sesuatu yang mereka tak suka.. Dulu aku dengar nasihat mereka, aku cuba selami.. Tapi aku tetap hanyut jugak.. Bila dah diberi ujian baru aku paham apa maksud sebenar mereka semua.. Mereka makan garam dulu daripada kita.. So, dengarlah nasihat mereka. Yang baik kita ambil, yang kurang baik itu tolak ketepi..
Aku bercerita kisah silam hidup aku bukan lah nak bukak aib sendiri, tapi nak adik2 dan remaja2 semua jangan jadi macam aku.. Huhu.. bila dah rasa satu hari nanti, baru awak semua tahu betapa benarnya apa yang aku ckp ni.. Ni bukan cerita yang sahaja direka, tapi ini adalah kisah benar, tidak ditokok tambah macam dalam filem tu.. Biarlah cerita aku jadi pengajaran kat orang2 yang diluar sana agar tidak menjalani kehidupan kedewasaan yang sia2 dan lagha.. Siapa yang pernah datang dan pergi dalam hidup aku tu, dia tahu lah.. aku rasa nak ucapkan terima kasih jugak kat dia, dia dan dia, kerana kehadiran dia dan pemergian dia dalam hidup aku membuat aku berfikir lebih matang.. Mintak maaf klu ada yang terasa. Kehadiran dia bukanlah buruk bagi aku tapi aku anggap dia adalah sebagai ujian hidup aku..
Oleh itu kita harus merendahkan keegoan kita kepada diri sndiri, manusia, dan yang paling penting kepada Allah. Allahughofur. Allah itu maha pengampun.. Harap selepas pembaca membaca kisah ini, pintu hatinya terbuka untuk berubah, walaupun bukan sekarang, tapi insyaAllah satu hari nanti. Mungkin skrg mereka sekadar membaca dan memahami, tapi tidak menyelami setiap kisah ini.. Akhir kata, jangan lah hanyut. Dengan cinta. Jika kita tak paham makna cinta sebenar, jangan cuba2 nak try.. Ok.. Assalamualaikum.
"Do not be a perfect but try to be which a perfect."


 
© THIS IS YOURS!