Ahlan Wasahlan.. Dah baca? Bacalah dengan mata hati, bukan membuta tuli. Syukran, Singgah lagi..^^

12 Jan 2013

Cinta Islamik



Assalamualaikum.. Entry hari ini ana mahu berkongsi sesuatu yg menarik, lagi2 untuk para remaja sekalian, remaja yang sedang kesunyian, yang mahu kasih syg drpd seseorang lelaki/perempuan, maka di jadikan couple/cinta.. sedang asyik maksyuk bercinta, adakah kita tahu couple sebelum nikah itu haram?(Tahu) dan adakah kita sedar yg kita banyak melakukan maksiat?(Sedar)  Jadi kita jadikan istilah couple itu kepada Cinta Islamik? ade ke? wujud ke? Tanpa pegang tangan, saling ingat mengingati, dan kononnya banyak perkara positif yg diperolehi.. tapi sebenarnya itulah satu jalan permulaan untuk menuju ke lembah dunia yang penuh kemaksiatan tanpa kita sedar, tambah lagi dengan bisikan syaitan yg kita tak sedar.. Sama ada benar atau tidak ana taip ni, mari kita sama2 baca artikel di bawah.. Selamat membaca dan semoga memberi manfaat kepada semua..


Wujudkah Cinta Islamik Itu Dalam Islam?

COUPLE itu HARAM dalam Islam. Jadi kita tak bolehlah nak menghalalkana apa yang haram itu. Sudah menjadi naluri remaja untuk bercinta dan dicintai. Sudah menjadi kebiasaan mereka apabila mereka yang dilamun cinta ini menjadikan agama sebagai landasan bagi menghalalkan percintaan sebelum perkahwinan yang sudah terang-terangan haram dalam Islam.


Antara ayat-ayat yang kerap mereka ucapkan seandainya berbicara tentang cinta adalah:

'Ala, aku couple dengan dia sebab nak tolong dia berubah..'

'Kita couple je, tapi bukan buat maksiat pun..'

'Saya cintakan awak kerana ALLAH..'

Lelaki ni walau sejahat mana sekalipun, tapi bila nak cari isteri dan seterusnya jadi ibu untuk anak-anaknya, dia tetap nak pilih perempuan yang baik-baik. Takde dia nak pilih perempuan yang tak senonoh buat isteri, kan? Tapi untuk berseronok dan berfoya-foya, dia biasanya akan pilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahmat lelaki. Justeru itu jadilah anak gadis yang baik, sopan dan beragama kerana wanita yang beriman adalah untuk lelaki yang beriman juga. Ingat, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik, begitulah sebaliknya. Setiap manusia menginginkan pasangan yang baik dalam kehidupan ini. Justeru itulah, fenomena dalam masyarakat kita memperlihatkan kebanyakan wanita atau lelaki baik akan berumahtangga dengan pasangan yang baik juga dalam kehidupan mereka.

Di dalam al-Quran, Surah an-Nur- ayat 26, ALLAH berfirman yang bermaksud:

"Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat, laki-laki jahat untuk perempuan-perempuan jahat, perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik, laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dan tuduhan yang mereka (oarang-orang jahat) katakan, untuk mereka mendapat ampunan dan rezeki yang mulia."


"Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk." (Al-Israa': 32)

ALLAH menurunkan ayat ini kerana iman manusia ada turun naiknya, mungkin hari ini iman kita setebal tembok batu tapi mungkin keesokannya iman kita menjadi lebih nipis daripada kulit bawang. Bagaimana kita bisa menjamin kekuatan iman kita sedangkan kita mendekati zina? Bercinta atau lebih tepat ber'couple' sebelum adanya ikatan perkahwinan yang sah adalah landasan utama yang akan mendekatkan diri kita dengan zina. Bermula dengan perasaan sayang yang konon-konon berlandaskan agama, secara automatik perasaan rindu akan terbit. Rindu ini akan membelenggu minda dan menjadikan kita alpa.

'Macam mana nak cakap dengan dia ni? Aku sayang dia!'

'Kalau minta 'break', nanti dia sanggup tunggu aku ke?'

'Takpe kot, kami bukan macam pasangan lain, kami jaga pergaulan walaupun 'couple', ingatkan solat..'

'Kita couple ni kan sebab nak berubah sama-sama. Tak salah..'

Sahabat sayang, andai percintaan ini berjaya berakhir dengan pernikahan yang sah sekalipun ia terbina atas dasar maksiat. Kesannya? Nauzubillah! Hanya ALLAH sahaja yang mengetahui segala-galanya. Menolak cinta sebelum adanya pernikahan yang sah tidak bermakna kita perlu beserah 100% tanpa usaha. Usaha yang perlu kita lakukan adalah dengan menjadi hamba ALLAH yang terbaik dan sentiasa berdoa kepadaNYA. Jangan sibuk mencari je, diri tu harus "menjadi" terlebih dahulu. Sebagaimana janji ALLAH yang berbunyi, ALLAH menciptakan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Begitulah juga sebaliknya.

Firman ALLAH di dalam Surah An-Nur: "dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)." (Al-Nur 24 :26)

Ya, untuk sabar dan menolak sesuatu yang telah menjadi 'realiti kehidupan' ini memang pahit, tapi yakinlah bahawa buahnya sangat manis. InsyaALLAH. Ayuh! Kita sibukkan diri agar dapat kuatkan diri dan hati. Kita ubah prinsip, andai sebelum ini kita jadikan agama landasan untuk menghalalkan apa yang haram, sekarang kita jadikan agama sebagai landasan menolak untuk mengadakan hubungan percintaan sebelum pernikahan.

Kita abadikan doa ajaran Rasulullah ini dalam sujud, "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa" (Al-Furqan 25:74")

Ingatlah! Percintaan selepas adanya ikatan perkahwinan yang sah akan mendapat keberkatan ALLAH, mawaddah warahmah akan kekal subur dan sentiasa mekar dalam keberkatan. InsyaALLAH. Sedingin salju sakinah. :)

Sirru'alabarakatillah.

Sampai sini sahaja perkongsian untuk hari ni.. sama2 kita ingat mengingati antara satu sama lain.. Jika ana tersalah kata, terkasar bahasa, tersalah taip, mohon dimaafkan sesungguhnya ana hamba yang lemah dan tidak sempurna.. Yang baik itu datang dari Allah, dan yang buruk itu datang dari diri ana sendiri.. Assalamualaikum..

Sumber
 
© THIS IS YOURS!