Assalamualaikum pembuka cerita. Memandangkan lagu
Tegar-Aku yang dulu bukanlah yang sekarang semakin popular, jadi shaja aku
cilok tittle nye, sodap pulak bunyi ea.. tapi skrg ni bukan lah nak cerita
pasal lagu tu, muqadimah je baru..
Sebenarnya nak cerita pasal Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang. Tadi
baru sahaja aku melihat gambar2 lamaku di komputer, Gambar2 yang di capture
waktu itu aku masih di menengah rendah(Form 1,2,3).. Kadang2 aku jadi malu melihat gambar
aku sendiri.. sangat tak matang, gedik! Dan mengikut nafsu.. buat muka pelik2..
kononnye comel.. ala2 korea..
HAHA.. Sekarang, bila aku tengok aku sendiri menyampah dengan aksi muka aku
tu.. Itu baru aku tengok sendiri dah
menyampah, cuba
orang lain tengok, mesti kutuk habis.. Salah gunakan apa yang ada..
Hinanya aku dulu.. Tapi Alhamdulillah, pengalaman telah mengajar aku erti
kedewasaan.. Sudah terhantuk baru nak tengadah macam tulah.. Semua ada kisah silam yang pahit bukan? Tu
lahh.. bila aku perhatikan adik2 bawah umurku, atau pun org disekeliling aku, buat perkara yang pernah aku
buat dulu, aku rasa mcm nak ketawa, tapi senyum sajelah... Kadang2 aku rasa sedang
melihat diri aku sendiri yang dulu.. Teringat nostalgia lama.. Bercinta, gaduh2 sebab
lelaki, berangkat2, bercouple. Aip! tapi tak pernah bersentuhan k.. Aihh!! Itu semua
tak matang tahu! Tak kemana tu semua, bercouple skadar suka2?? Bukan nye ade
niat nak kahwin ke ape, yelah umur baru separuh jagungkan, tak kan nak pkir pasal kawin..
Akhirnya single dan menanti jodoh yang datangnye dari Allah, iaitu Zauji.. Wakaka..
dan masa tu lah nak ingat kesalahan yang lalu.. Jadi kepada adik2 dan remaja2 yang kat luar sana, mungkin awak semua
sedang menjalani kehidupan yang baru nak merasa alam remaja, so mmg gayat sikit
lah.. Tu kadang2, aku sentiasa mengingati orang sekelilingku dan juga dalam
masa yang sama, aku dapat faedahnya.. Sebab pa? sebabnya apabila kita menasihati orang,
secara tidak langsung kita menasihati diri kita sendiri dan cuba cuba
cuba
untuk jadi yang terbaik. Aku mengingati mereka supaya mereka tidak menyesal di
kemudian hari.. Dulu, tak dinafikan, aku dipengaruhi oleh orang sekeliling,
apalagi kawan2 lahkan.. Bila tengok org tu buat macam tu mcm best je, aku pun
ikot.. Dan terus hanyut, hanyut dan hanyut.. Bila aku teringat saat diri ku
dahulu mudah hanyut, aku malu, gelak sorang dan terasa jugak diri ini hina dan tak
sempurna.. Teringat status2 di FB.. Suka sangat post isi hati yang tak puas hati, perli2, yang sweet2 dgn tutt.. alohaii.. Gedik je bila aku ingat.. Yelah tu pun nak kecoh kat fabebook. Baik kita pergi ambil Al-Quran untuk tenangkan hati.. Dan klu boleh cuba elakkan.. Ok. Then, Bila perubahan yang baik semakin menghampiri aku, orang mula memuji,
mula meletakkan aku ini baik, blablabla. Ada
jugak yang mengutuk. Tahu tu.. Aku terima.. Redha.. Mengkin mereka tahu sikit2 kisah hidupku.”Kau pun
dulu sama”.. Hmm.. Terima sahaja lah.
Tapi bila diberi dengan pujian.. Allahuakbar.. Ujian lagi.. Setiap kali pujian
itu diberi, hatiku mesti berkata2, “Aku tidak sebaik yang engkau sangka, aku
penuh dengan kekurangan dan dosa, atau aku mungkin lebih teruk dari kau.” Bila
adik2 dan orang sekeliling aku buat kesalahan, aku diam, tak berkata apa2 pun.. Aku hanya lihat dan biarkan
ia berlaku dimataku.. Tapi disebalik itu aku berdoa kepada Allah, supaya Allah
beri petunjuk kepada mereka, supaya mereka tidak hanyut seperti aku dulu.. Kita nak pandang
keburukkan orang, nak kutuk keburukkan orang, sedangkan keburukkan sendiri kita
tak perasaan.. Kita ni tak sempurna.. Ye.. mungkin kadang2 tu bahasa aku bila
menasihati adik2 atau pun shabat2 aku agak kasar, mungkin menyakiti hati
mereka.. Tapi aku bertegas bukanlah nak tunjuk yang aku ini baik, Cuma aku tak
mahu mereka2 mengulangi sejarah silam aku.. Aku sayangkan mereka.. Mereka semua
tak tahu apa yang dah aku lalui dulu.. Aku berani berkata dan bersuara kerana
aku sudah pun laluinya. Bukan aku sengaja nak menonjolkan diri aku seperti
orang alim, baik.. tidak sama sekali.. Aku sangat paham kepada mereka yang
hangat bercinta, sebab aku dulu pun pernah merasa, tapi biarlah ia menjadi
rahsia.. hanya aku dan Allah sahaja tahu apakah perasaan disebalik cinta kepada
manusia itu.
Bila aku tersedar.. baru aku mengerti maksud nasihat ibu bapa, guru2 ku dahulu..
kenapa mereka melarang kita berbuat sesuatu yang mereka tak suka.. Dulu aku dengar
nasihat mereka, aku cuba
selami.. Tapi aku tetap hanyut jugak.. Bila dah diberi ujian baru aku paham
apa maksud sebenar mereka semua.. Mereka makan garam dulu daripada kita.. So,
dengarlah nasihat mereka. Yang baik kita ambil, yang kurang baik itu tolak
ketepi..
Aku bercerita kisah silam hidup aku bukan lah nak bukak aib sendiri, tapi nak
adik2 dan remaja2 semua jangan jadi macam aku.. Huhu.. bila dah rasa satu hari nanti,
baru awak semua tahu betapa benarnya apa yang aku ckp ni.. Ni bukan cerita
yang sahaja direka, tapi ini adalah kisah benar, tidak ditokok tambah macam
dalam filem tu.. Biarlah cerita aku jadi pengajaran kat orang2 yang diluar sana agar tidak menjalani
kehidupan kedewasaan yang sia2 dan lagha.. Siapa yang pernah datang dan pergi
dalam hidup aku tu, dia tahu lah.. aku rasa nak ucapkan terima kasih jugak kat
dia, dia dan dia, kerana kehadiran dia dan pemergian dia dalam hidup aku
membuat aku berfikir lebih matang.. Mintak maaf klu ada yang terasa. Kehadiran
dia bukanlah buruk bagi aku tapi aku anggap dia adalah sebagai ujian hidup
aku..
Oleh itu kita harus
merendahkan keegoan kita kepada diri sndiri, manusia, dan yang paling penting
kepada Allah. Allahughofur. Allah itu maha pengampun.. Harap selepas pembaca
membaca kisah ini, pintu hatinya terbuka untuk berubah, walaupun bukan
sekarang, tapi insyaAllah satu hari nanti. Mungkin skrg mereka sekadar membaca dan memahami, tapi tidak menyelami setiap kisah ini.. Akhir kata, jangan lah hanyut. Dengan cinta. Jika kita tak paham makna cinta sebenar, jangan cuba2 nak try.. Ok.. Assalamualaikum.
"Do not be a perfect but try to be which a perfect."