Astaghfirullahalazim.. Aku kembali kepada azam dan perinsip hidupku.. Sungguhpun hati ku sering bertanyakan tentang dia, namun, ku tepis dengan pemikiranku. Takut benar aku ia akan menjadi zina hati.. Nauzubillah.. Hebat betul jejaka itu, mampu menghanyutkan aku bermain dengan khayalan.. Sampai hampir2 ku lupa perinsip hidupku.. Ya, dia memang seorang lelaki yang baik! Semua wanita pasti terpegun apabila melihat peribadinya dan akhlaknya.. Dengan cara komunikasinya ala2 ustaz, MasyaAllah.. Beruntung benar yang memiliki hatinya(Isteri).. Aku tak akan berharap dengan perkara yang tidak pasti, namun aku sering berdoa, agar jodohku seperti lelaki itu atau yang lebih baik.. Allah itu maha adil, juga maha mengetahui, aku pasti.. Allah mengetahui segala isi hatiku, walaupun aku tidak mengungkap kepada lelaki itu, dia juga tidak pernah tahu, tetapi, Allah! Allah tuhanku tahu akan segalanya.. biarlah ia menjadi rahsia hatiku.. Aku tidak mahu sesekali mengotori hatinya, dia seorang lelaki yang baik, jadi, aku tidak mahu menjadi penghalang atas segala akhlak dan peribadinya yang baik. Aku hanya meluahkan perasaanku itu dalam doaku kepadaNya.. Allahurabbi..
"Ya Allah, jika dia untukku, maka kau dekatkanlah, jika dia bukan untukku, maka kau berikanlah yang lebih baik.. Sesungguhnya hanya engkau sahaja mengetahui segala takdirku.."
Hanya doa yang mampu aku lakukan. Selama-lamanya ku simpan perasaan ini, sehingga ketemu jodohku. Teringat akan pesanan ustazah, "Jika mahu jodoh yang baik, berdoalah dari sekarang.. Bukan lagi 2 bulan nak kahwin baru nak berdoa, begitu juga dalam pelajaran, jika mahu berjaya, berusaha dan berdoalah dari sekarang, insyaAllah.. kita akan berjaya.. takdir kita hanya Allah sahaja yang tahu.. Kita sebagai hambaNya hanya mampu berusaha dan berdoa.. Jadilah hamba yang terbaik di mataNya"
Ya! Pesanan ustazah itu sering kali hadir di fikiranku.. Jika mahu jodoh yang baik, kita juga mesti jadi baik kerana Allah ta'ala.. Seperti yang dikatakan di dalam surah An-Nur ayat 26..
"(lazimnya)perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia."
No comments:
Post a Comment