Ahlan Wasahlan.. Dah baca? Bacalah dengan mata hati, bukan membuta tuli. Syukran, Singgah lagi..^^

20 Jan 2013

Seandainya Dia Bukan Untukku



Ya Allah,
Bila dia bukan untuk ku,
Bila dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya.
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku.

Ya Allah,
Bila ini bukan masanya,
Bila ini belum saatnya,
Jarakkan kami.
Pisahkan kami.
Agar kami jauh dari dosa dan perkara sia-sia.
Agar kami tak mengundang murkaMU.
Agar kami dapat lebih menjaga hati..

#Di ambil dari sebuah blog..

Tidak Pernah Ku luahkan Kepadanya Melainkan Kepada Allah



Assalamualaikum.. (peristiwa di dalam kelas)sedang khusyuk aku belajar, tiba2 aku terlihat kelibat seorang jejaka melintasi di hadapan kelasku. Mata ku terus memandang ke arahnya, kekhusyukan aku hilang.. Astaghfirullahalazim.. apa yang aku buat ini..? Aku teringat kembali dia tiada lagi di sekolah itu.. Kelibat jejaka tadi itu bukan dia.. Hanya ketinggiannya yg sama.. Lagi pun mengapa aku harus memikirkan tentangnya sedangkan aku telah berazam tidak lagi memikirkan tentang dia atau mana2 lelaki.
Astaghfirullahalazim.. Aku kembali kepada azam dan perinsip hidupku.. Sungguhpun hati ku sering bertanyakan tentang dia, namun, ku tepis dengan pemikiranku. Takut benar aku ia akan menjadi zina hati.. Nauzubillah.. Hebat betul jejaka itu, mampu menghanyutkan aku bermain dengan khayalan.. Sampai hampir2 ku lupa perinsip hidupku.. Ya, dia memang seorang lelaki yang baik! Semua wanita pasti terpegun apabila melihat peribadinya dan akhlaknya.. Dengan cara komunikasinya ala2 ustaz, MasyaAllah.. Beruntung benar yang memiliki hatinya(Isteri).. Aku tak akan berharap dengan perkara yang tidak pasti, namun aku sering berdoa, agar jodohku seperti lelaki itu atau yang lebih baik.. Allah itu maha adil, juga maha mengetahui, aku pasti.. Allah mengetahui segala isi hatiku, walaupun aku tidak mengungkap kepada lelaki itu, dia juga tidak pernah tahu,  tetapi, Allah! Allah tuhanku tahu akan segalanya.. biarlah ia menjadi rahsia hatiku.. Aku tidak mahu sesekali mengotori hatinya, dia seorang lelaki yang baik, jadi, aku tidak mahu menjadi penghalang atas segala akhlak dan peribadinya yang baik. Aku hanya meluahkan perasaanku itu dalam doaku kepadaNya.. Allahurabbi..
"Ya Allah, jika dia untukku, maka kau dekatkanlah, jika dia bukan untukku, maka kau berikanlah yang lebih baik.. Sesungguhnya hanya engkau sahaja mengetahui segala takdirku.."


Hanya doa yang mampu aku lakukan. Selama-lamanya ku simpan perasaan ini, sehingga ketemu jodohku. Teringat akan pesanan ustazah, "Jika mahu jodoh yang baik, berdoalah dari sekarang.. Bukan lagi 2 bulan nak kahwin baru nak berdoa, begitu juga dalam pelajaran, jika mahu berjaya, berusaha dan berdoalah dari sekarang, insyaAllah.. kita akan berjaya.. takdir kita hanya Allah sahaja yang tahu.. Kita sebagai hambaNya hanya mampu berusaha dan berdoa.. Jadilah hamba yang terbaik di mataNya"
Ya! Pesanan ustazah itu sering kali hadir di fikiranku.. Jika mahu jodoh yang baik, kita juga mesti jadi baik kerana Allah ta'ala.. Seperti yang dikatakan di dalam surah An-Nur ayat 26..

"(lazimnya)perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia."



Aku tahu, setiap yang berlaku mesti ada hikmahnya.. Walaupun kehadirannya hanya sementara tersinggah di hatiku, namun.. ia menyedarkan aku supaya beringat-ingat dan menjaga imanku supaya tidak terjatuh hukum zina kecil/besar.. InsyaAllah, dengan izinNya.. Akan ku teguhkan imanku, menjaga hati, menjaga maruah, menjaga batas.. dan ingat, "amar makruf nahi mungkar".. Sekian sahaja coretan ku yang hanya menceritakan kisah aku meminati seseorang(lelaki) namun tidak pernah sesekali ku luahkan perasaanku kepadanya melainkan kepada Allah.. Itu yang terbaik bagiku.. Jadi kan pengajaran.. Ingat! jangan hanyut dalam belaian perasaan.. nauzubillah.. Assalamualaikum..

12 Jan 2013

Cinta Islamik



Assalamualaikum.. Entry hari ini ana mahu berkongsi sesuatu yg menarik, lagi2 untuk para remaja sekalian, remaja yang sedang kesunyian, yang mahu kasih syg drpd seseorang lelaki/perempuan, maka di jadikan couple/cinta.. sedang asyik maksyuk bercinta, adakah kita tahu couple sebelum nikah itu haram?(Tahu) dan adakah kita sedar yg kita banyak melakukan maksiat?(Sedar)  Jadi kita jadikan istilah couple itu kepada Cinta Islamik? ade ke? wujud ke? Tanpa pegang tangan, saling ingat mengingati, dan kononnya banyak perkara positif yg diperolehi.. tapi sebenarnya itulah satu jalan permulaan untuk menuju ke lembah dunia yang penuh kemaksiatan tanpa kita sedar, tambah lagi dengan bisikan syaitan yg kita tak sedar.. Sama ada benar atau tidak ana taip ni, mari kita sama2 baca artikel di bawah.. Selamat membaca dan semoga memberi manfaat kepada semua..


Wujudkah Cinta Islamik Itu Dalam Islam?

COUPLE itu HARAM dalam Islam. Jadi kita tak bolehlah nak menghalalkana apa yang haram itu. Sudah menjadi naluri remaja untuk bercinta dan dicintai. Sudah menjadi kebiasaan mereka apabila mereka yang dilamun cinta ini menjadikan agama sebagai landasan bagi menghalalkan percintaan sebelum perkahwinan yang sudah terang-terangan haram dalam Islam.


Antara ayat-ayat yang kerap mereka ucapkan seandainya berbicara tentang cinta adalah:

'Ala, aku couple dengan dia sebab nak tolong dia berubah..'

'Kita couple je, tapi bukan buat maksiat pun..'

'Saya cintakan awak kerana ALLAH..'

Lelaki ni walau sejahat mana sekalipun, tapi bila nak cari isteri dan seterusnya jadi ibu untuk anak-anaknya, dia tetap nak pilih perempuan yang baik-baik. Takde dia nak pilih perempuan yang tak senonoh buat isteri, kan? Tapi untuk berseronok dan berfoya-foya, dia biasanya akan pilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahmat lelaki. Justeru itu jadilah anak gadis yang baik, sopan dan beragama kerana wanita yang beriman adalah untuk lelaki yang beriman juga. Ingat, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik, begitulah sebaliknya. Setiap manusia menginginkan pasangan yang baik dalam kehidupan ini. Justeru itulah, fenomena dalam masyarakat kita memperlihatkan kebanyakan wanita atau lelaki baik akan berumahtangga dengan pasangan yang baik juga dalam kehidupan mereka.

Di dalam al-Quran, Surah an-Nur- ayat 26, ALLAH berfirman yang bermaksud:

"Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat, laki-laki jahat untuk perempuan-perempuan jahat, perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik, laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dan tuduhan yang mereka (oarang-orang jahat) katakan, untuk mereka mendapat ampunan dan rezeki yang mulia."


"Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk." (Al-Israa': 32)

ALLAH menurunkan ayat ini kerana iman manusia ada turun naiknya, mungkin hari ini iman kita setebal tembok batu tapi mungkin keesokannya iman kita menjadi lebih nipis daripada kulit bawang. Bagaimana kita bisa menjamin kekuatan iman kita sedangkan kita mendekati zina? Bercinta atau lebih tepat ber'couple' sebelum adanya ikatan perkahwinan yang sah adalah landasan utama yang akan mendekatkan diri kita dengan zina. Bermula dengan perasaan sayang yang konon-konon berlandaskan agama, secara automatik perasaan rindu akan terbit. Rindu ini akan membelenggu minda dan menjadikan kita alpa.

'Macam mana nak cakap dengan dia ni? Aku sayang dia!'

'Kalau minta 'break', nanti dia sanggup tunggu aku ke?'

'Takpe kot, kami bukan macam pasangan lain, kami jaga pergaulan walaupun 'couple', ingatkan solat..'

'Kita couple ni kan sebab nak berubah sama-sama. Tak salah..'

Sahabat sayang, andai percintaan ini berjaya berakhir dengan pernikahan yang sah sekalipun ia terbina atas dasar maksiat. Kesannya? Nauzubillah! Hanya ALLAH sahaja yang mengetahui segala-galanya. Menolak cinta sebelum adanya pernikahan yang sah tidak bermakna kita perlu beserah 100% tanpa usaha. Usaha yang perlu kita lakukan adalah dengan menjadi hamba ALLAH yang terbaik dan sentiasa berdoa kepadaNYA. Jangan sibuk mencari je, diri tu harus "menjadi" terlebih dahulu. Sebagaimana janji ALLAH yang berbunyi, ALLAH menciptakan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Begitulah juga sebaliknya.

Firman ALLAH di dalam Surah An-Nur: "dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)." (Al-Nur 24 :26)

Ya, untuk sabar dan menolak sesuatu yang telah menjadi 'realiti kehidupan' ini memang pahit, tapi yakinlah bahawa buahnya sangat manis. InsyaALLAH. Ayuh! Kita sibukkan diri agar dapat kuatkan diri dan hati. Kita ubah prinsip, andai sebelum ini kita jadikan agama landasan untuk menghalalkan apa yang haram, sekarang kita jadikan agama sebagai landasan menolak untuk mengadakan hubungan percintaan sebelum pernikahan.

Kita abadikan doa ajaran Rasulullah ini dalam sujud, "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa" (Al-Furqan 25:74")

Ingatlah! Percintaan selepas adanya ikatan perkahwinan yang sah akan mendapat keberkatan ALLAH, mawaddah warahmah akan kekal subur dan sentiasa mekar dalam keberkatan. InsyaALLAH. Sedingin salju sakinah. :)

Sirru'alabarakatillah.

Sampai sini sahaja perkongsian untuk hari ni.. sama2 kita ingat mengingati antara satu sama lain.. Jika ana tersalah kata, terkasar bahasa, tersalah taip, mohon dimaafkan sesungguhnya ana hamba yang lemah dan tidak sempurna.. Yang baik itu datang dari Allah, dan yang buruk itu datang dari diri ana sendiri.. Assalamualaikum..

Sumber

1 Jan 2013

Ready or Not For Tomorrow?


Assalamualaikum.. Aku melihat jam tepat pada 12.30tghr.. Perut ku terasa lapar namun keinginan untuk terus menaip membuatkan aku jadi tidak peduli akan kelaparanku. Tarikh pada hari ini 1 January 2013.  Terasa umur semakin meningkat, bila mengenangkan umurku sudah pun 17 tahun pada tahun ini lantas aku teringat pada tahun ini aku akan menduduki SPM. Allahurabbi, getaran di jiwa. Besok sesi persekolahan 2013 telah pun bermula. Segala persediaan utuk besok telah pun ku selesaikan, teringat homework Sejarah  yang diberi oleh Sir K. Supiah tidak kusiapkan. Ini bermakna aku tidak lagi bersedia untuk menduduki SPM pada tahun ini.. Walaubagaimanapun aku akan cuba untuk menyiapkan homework yg diberi Oleh Sir K.Supiah. Krukk~ Perut ku semakin mengoncang kelaparan, baru aku teringat kembali yang aku menahan lapar sejak dari pagi tadi kerana kesibukan membuat kerja rumah.. Dengan itu, ku akhiri coretanku dengan assalamualaikum.. 

"Nabilah.. Ibu dah masak ni.. Cepat makan..Jangan leka dengan facebook je"
Ibu aku dah panggil tu.. Jemput makan semua..  ;)




 
© THIS IS YOURS!