Ahlan Wasahlan.. Dah baca? Bacalah dengan mata hati, bukan membuta tuli. Syukran, Singgah lagi..^^

31 Dec 2012

InsyaAllah, Ku pegang Azam Ini


Assalamualaikum..  Lepas ni nak pergi study Sejarah with my friend Ain, nak pergi rumah dia ni.. sebelum tu new entry.. Maybe lepas ni jarang update dah.. Ok, This is my azam for 2013

♥Dah niat nak kurangkan berFacebook+Twitter
♥Siapkan kerja rumah yang cikgu bagi
♥Nak jadi baik dikalangan yang terbaik
♥Nak stay sekolah sampai petang
♥Bangun malam study, buat solat sunat
♥Target SPM bawah sikit drpd my sister, sbb dia lg pandai :P
♥Nak jaga hati supaya tak terlibat dengan maksiat, cinta/feeling

InsyaAllah. dengan izinNya akan ku pegang azam ku ini.. ya Allah, berilah aku kekuatan untuk menempuhi segala ujian dariMu. Tabahkan hatiku Ya Allah.. Amin..

Coretan Terakhirku Untuk Tahun 2012


Assalamualaikum, pengakhiran coretanku untuk tahun 2012.. dengan hati yang lara aku terus juga menaip.. Seperti hari2 yang sebelumnya, aku mesti mencerita, atau berkongsi apa2 jua yang aku ingin kan.

Aku masukkan email dan juga password fb ku, lalu ku tekan login. Apabila dibuka entah kenapa statusnya terlebih dahulu yang keluar. Selepas membacanya, entah mengapa aku rasa tidak senang, jantungku berdegup kencang, fikiranku juga tidak menentu. Badanku tiba2 kesejukkan.. Allahuakbar.. Aku merasakan sesuatu yang telah menghiris hatiku. Sakitnya Allah sahaja yang tahu.. dengan itu.. Aku teruskan menaip untuk berbicara tentang berakhirnya tahun 2012.. Selepas ini aku akan menempuhi peperangan yang besar bersama sahabat2 ku.. SPM 2013.. sudah bersediakah aku? aku menutup mata, menarik nafas, lalu aku hembus dengan pelahan sambil menyebut Allahuakbar, Astaghfirullahalazim.. Air mata yang hampir mengalir ku tahan. Tanganku yang semakin lemah untuk menaip ku paksa. Jantungku yang masih berdegup kencang ku tenangkan dengan zikir. Sudah tiba masanya aku bersedia untuk menempuhi segala ujian dan cabaran dariNya untuk tahun hadapan(2013). Biarlah 2012 menjadi memory yang tak akan kembali lagi. Aku akan menjadi senior, umurku juga sudah meningkat 17 tahun. Aku berharap kepada yang maha berkuasa, semoga tahun hadapan akan menjadi tahun yang cukup bermakna dan penuh barokah.. Semestinya aku mencipta satu azam dan prinsip hidupku untuk besok tahun hadapan.. andai ini coretan terakhirku, 10 jari kususun mohon maaf kepada semua.. Fikiranku semakin bercelaru.. Otak ku juga sudah buntu.. Oleh yang demikian, ku akhiri penulisanku dengan Assalamualaikum sahabatku..


-2013 Pahit manis kutelan jua-

26 Dec 2012

Nikmat Itu Datang Dari Mana?


Assalamualaikum.. Selamat petang.. burung berkicauan, tambah pula suara riuh kanak2 di luar rumah bermain.. Udara yang segar di tambah pula dengan angin sepoi2 bertiupan.. SubahanAllah. Allahuakbar.. Indahnya ciptaanNya.. Syukur Alhamdulillah aku hidup di bumiNya.. 


Dengan segala nikmat yang diberi olehNya.. MasyaAllah.. tak terkata.. melihat gunung yang tinggi, lautan biru yang luas, kehijauan pokok2 langit yang kelihatan indah... Allahuakbar.. Sungguh hebat ciptaanNya, tak terlawan dek manusia.. dan tak terkira segala nikmat yg diberi.. masyaAllah...

Itu lah betapa besarnya kuasaNya... Tapi masih lagi ada manusia yang tidak sedar akan segala nikmat itu datang dari Allah.. Manusia juga alpa akan kebesaranNya.. Manusia juga lupa dari mana dia datang, siapa dia.. dibuat dari apa, apakah panduannya, apakah tangungjawabnya yang digelar hamba Allah.. Jangan sampai kita lupa akan semua itu..  Nauzubillah.. syukuri lah segala nikmat yg dikurniakan olehNya..Kesimpulannya nikmat itu datang nya dari Allah.. Dalam surah an-Nahl:18. Dalam ayat tersebut Allah kata,"Sekiranya kamu cuba nak menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tak akan mampu mengiranya..."
Sampai sini sahaja untuk petang ni.. semoga coretan yang pendek ini dapat menyedarkan kita semua.. Assalamualaikum..


12 Dec 2012

Simpan Perasaan Itu


Assalamualaikum.. Cantik tarikh hari ini kan? 12.12.12.. Actually aku tak ingat pun tarikh hari ni kalau aku tak buka facebook. Tarikh hanya sekadar tarikh.. tak ada kesitimewaan apa pun. Hanya no yg cantik.. Ok, entry aku untuk hari ni pasal feeling sikit lah.. Korang penah suka pada seseorang then simpan dan pendam je.. Hmm.. memang sakit untuk menyimpan perasaan tu.. Tapi semua kerana Allah kan.. Aku ada lah jugak admire seseorang tu.. SubahanaAllah, dia seorang lelaki yang soleh.. Tapi aku tak rasa yang aku akan memelikinya.. Sebab perjalanan hidup masih lagi panjang untuk sampai ke alam perkahwinan.. Tapi kalau ada jodoh tak kemana kan.. Jadi aku simpan perasaan aku itu.. Ustazah aku pernah pesan.. "Jangan kita cinta syahwat, cintalah rohani" Tak salah kalau kita minat dia.. Tapi jangan lah sampai ke arah maksiat.. Alhamdulillah, skarang aku dah tak terlibat dengan cinta syahwat(cinta kepada lelaki ajnabi).. dulu aku pernah bercintan cintun ni.. tapi sekarang aku dah lama tinggalkan alam couple sebelum nikah tu.. Memang tak ada faedah.. Tapi, harap2 aku kekal dengan prinsip hidup aku ni.. InsyaAllah.. dan korang pun boleh kan? Jauhi couple.. And aku ada satu cerita yang aku ambil dr blog Cerita Ikazati, aku berminat dengan entry dia pasal pendam perasaan.. Dan aku setuju dengan penulisan entry dia tu.. Sangat great.. Aku copy and paste entry dia pasal kisah seorang gadis yang memendam perasaannya kepada lelaki sampai diketemukan jodohnya.. Berikut adalah kisahnya:
Si gadis itu menyukai seseorang,lalu dia mengatakan dan menceritakan kepada ibunya yang dia menyukai seseorang lelaki,akhirnya lelaki tersebut mengetahui,dan pada penghujungnya si gadis itu tidak dapat memiliki orang yang disukainya itu, kerana akhirnya lelaki tersebut bertemu jodoh dengan orang lain. Si gadis itu sungguh kecewa dan patah hati. Perkara tersebut berlaku berulang kali sehingga si gadis itu sedar,setiap kali dia menyukai seseorang dan orang tersebut mengetahui perkara tersebut,dia tidak akan memiliki orang tersebut.

Akhirnya,si gadis itu membuat keputusan muktamad, walaupun dia menyukai seseorang ,dia akan hanya memendam perasaan dan berdoa kepada Allah supaya hati jejaka tersebut menjadi miliknya dan berubah menjadi seorang insan yang berguna di dunia dan akhirat dan mampu menjadi imam yang baik untuk zaujahnya satu hari nanti,insyaAllah.

Ya,si gadis itu sudah menemui jejaka idamannya itu,namun disimpan perasaan itu hingga takdir yang menentukan segalanya. Jodoh pertemuan Allah tentukan.

Si gadis itu percaya pada satu perkara iaitu :

Carilah pasangan hidupmu, yang jikalau engkau melihatnya, engkau pasti akan teringat pada Allah, serta bercita-cita ke arah memperbaiki imanmu kepada Allah...

Akan tetapi, JANGANLAH engkau mencari pasangan hidupmu, yang jikalau engkau melihatnya, engkau pasti melupai Allah, dan engkau teringat akan nafsu kejahatan malah mengingatinya telah melalaikanmu dari bercita-cita memperbaiki imanmu.

Jadi, aku di sini, ingin menasihati gadis2 di luar sana.. Jagalah hatimu, jauhi zina yang dimulakan dengan zina2 kecil.. Tak apa lah kalau simpan perasaan itu sakit.. Asalkan maruah kita sebagai seorang perempuan terjaga. Hubungan kita dengan Allah tidak tejejas.. InsyaAllah satu hari bila sampai seru jodoh tu sampai.... Jangan risau lah.. Allah dah janjikan dalam Al-Quran sebahagian surah annur ayat 26: "perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik."

Sampai Sini sahaja entry aku untuk hari ini.. Assalamualaikum..

 
© THIS IS YOURS!