Ahlan Wasahlan.. Dah baca? Bacalah dengan mata hati, bukan membuta tuli. Syukran, Singgah lagi..^^

21 Nov 2012

13 Alasan Wanita Yang Tak Menutup Aurat?


Assalamualaikum. Kali ni aku nak post pasal aurat pula. Hanya copy and paste. Harap memberi manfaat kepada semua. :)
Pernah nasihat dan tegur kawan-kawan wanita anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka:-

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia”. Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, ” pakai tudung tak mestinya baik..bla…bla…bla…”

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam


Copy and Paste>SUMBER



20 Nov 2012

Mari Muhasabah Diri Bersama



Assalamualaikum, sahabat2, pembaca2 yang aku sayangi. Kali ni aku nak post pasal kehidupan wanita zaman sekarang. Ini juga pasal diri aku dan wanita2 di luar sana. Kadang2, kita berada di atas. kadang2 kita berada di bawah. dan kadang2 kita juga terlupa siapa diri kita, dari mana asal kita, dari mana kita di jadi kan. Aku hambaNya yang lemah lagi hina pun mempunyai banyak dosa dan kesalahan. Kita Tak pernah terlepas daripada melakukan kesalahan. Penipu besarlah aku jika aku kata aku tak pernah melakukan dosa. Apa2 pun, Allah itu maha pengampun. Allah itu lebih mengetahui segala yang terjadi. Terasa diri ni hina sangat bila mengenang dosa yang lalu. Ya Allah... :'( Kadang2 aku terfikir, adakah Allah akan mengampunkan dosa2 yang telah aku lakukan? Sedangkan aku tahu Allah itu maha pengampun. Besar sangat kah dosa aku tu? WaAllahualam. Tapi yang penting, kita sebagai manusia seharusnya bermuhasabahkan diri. Ingt balik dosa2 yang telah kita lakukan. Aku manusia yang tidak sempurna. Dan tiada siapa yang sempurna dalam dunia ni. Tapi kita selalu untuk mencuba menjadi yang terbaik kan? Kadang2 aku juga cemburu melihat gadis2 muslimah di luar sana, membuat aku ingin menjadi seperti mereka, terasa insaf di hati ini. Aku cuba untuk menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik, dan tidak mengharap kesempurnaan pada diri aku. Aku juga manusia biasa, malah insan yang lemah. Aku bukan nak mengharap kesempurnaan dalam hidup aku, tapi aku hanya nak yang terbaik untuk semua orang. sekilas aku teringat wanita2 pada zaman sekarang. MasyaAllah. Hilangnya malu, hilangnya fitrah seorang wanita. Tidak aku nafikan yang aku juga mugkin seperti mereka dahulu. Hilang rasa malu kepada Allah, kepada manusia. Astaghfirullahalazim.. Justeru itu, aku katakan aku tidak sempurna. Apabila aku melihat, wanita2 zaman sekarang, bertepuk bertampar, pegang sana sini, tak ingat batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Terasa sedih di hati, sbg seorang wanita, aku malu melihat kaum ku. :'( lagi2 orang yang terdekat dengan aku kan. apa yang aku dapat buat, doakan untuk mereka supaya diberi Hidayah atau petunjuk oleh Allah. Usaha ku untuk menegur telah pun aku lakukan dengan sebaik yang mungkin. Tapi mungkin hatinya belum terbuka, akalnya belum berfikir tentang malu seorang wanita. Setiap yang berlaku, mesti ada hikmahnya. Aku juga berhenti mencari seseorang yang sempurna dalam hidup aku. Kerana tiada manusia yang sempurna, tapi masih ada manusia yang terbaik untuk kehidupan kita. Pilih lah yang terbaik untuk diri kita, bukan kesempurnaan. Allah itu maha mengetahui. Mari bermuhasabah diri bersama temanku :'). Assalamualaikum.

Allah s.w.t berfirma, ertinya:
“Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”
[QS. Az-Zumar: 53]

Di dalam sohih Muslim tercatat : Firman Allah Ta'ala ( maksud ) : Sesiapa yang mendekatiKu sejengkal maka Aku akan mendekatinya sehasta. Dan sesiapa yang menghampiriKu sehasta maka aku kan menghampirinya sepemeluk dan sesiapa yang datang kepadaKu dalam keadaan berjalan maka Aku akan kepada dalam keadaan bersegera. Dan sesiapa menemuiKu(selepas mati) dengan dosanya sebesar bumi tetapi tidak syirik padaKu dengan sesuatu nescaya Aku akan menemuinya dalam keadaan mengampuni dosa sebesar bumi itu.

 
© THIS IS YOURS!