Ahlan Wasahlan.. Dah baca? Bacalah dengan mata hati, bukan membuta tuli. Syukran, Singgah lagi..^^

31 Dec 2012

InsyaAllah, Ku pegang Azam Ini


Assalamualaikum..  Lepas ni nak pergi study Sejarah with my friend Ain, nak pergi rumah dia ni.. sebelum tu new entry.. Maybe lepas ni jarang update dah.. Ok, This is my azam for 2013

♥Dah niat nak kurangkan berFacebook+Twitter
♥Siapkan kerja rumah yang cikgu bagi
♥Nak jadi baik dikalangan yang terbaik
♥Nak stay sekolah sampai petang
♥Bangun malam study, buat solat sunat
♥Target SPM bawah sikit drpd my sister, sbb dia lg pandai :P
♥Nak jaga hati supaya tak terlibat dengan maksiat, cinta/feeling

InsyaAllah. dengan izinNya akan ku pegang azam ku ini.. ya Allah, berilah aku kekuatan untuk menempuhi segala ujian dariMu. Tabahkan hatiku Ya Allah.. Amin..

Coretan Terakhirku Untuk Tahun 2012


Assalamualaikum, pengakhiran coretanku untuk tahun 2012.. dengan hati yang lara aku terus juga menaip.. Seperti hari2 yang sebelumnya, aku mesti mencerita, atau berkongsi apa2 jua yang aku ingin kan.

Aku masukkan email dan juga password fb ku, lalu ku tekan login. Apabila dibuka entah kenapa statusnya terlebih dahulu yang keluar. Selepas membacanya, entah mengapa aku rasa tidak senang, jantungku berdegup kencang, fikiranku juga tidak menentu. Badanku tiba2 kesejukkan.. Allahuakbar.. Aku merasakan sesuatu yang telah menghiris hatiku. Sakitnya Allah sahaja yang tahu.. dengan itu.. Aku teruskan menaip untuk berbicara tentang berakhirnya tahun 2012.. Selepas ini aku akan menempuhi peperangan yang besar bersama sahabat2 ku.. SPM 2013.. sudah bersediakah aku? aku menutup mata, menarik nafas, lalu aku hembus dengan pelahan sambil menyebut Allahuakbar, Astaghfirullahalazim.. Air mata yang hampir mengalir ku tahan. Tanganku yang semakin lemah untuk menaip ku paksa. Jantungku yang masih berdegup kencang ku tenangkan dengan zikir. Sudah tiba masanya aku bersedia untuk menempuhi segala ujian dan cabaran dariNya untuk tahun hadapan(2013). Biarlah 2012 menjadi memory yang tak akan kembali lagi. Aku akan menjadi senior, umurku juga sudah meningkat 17 tahun. Aku berharap kepada yang maha berkuasa, semoga tahun hadapan akan menjadi tahun yang cukup bermakna dan penuh barokah.. Semestinya aku mencipta satu azam dan prinsip hidupku untuk besok tahun hadapan.. andai ini coretan terakhirku, 10 jari kususun mohon maaf kepada semua.. Fikiranku semakin bercelaru.. Otak ku juga sudah buntu.. Oleh yang demikian, ku akhiri penulisanku dengan Assalamualaikum sahabatku..


-2013 Pahit manis kutelan jua-

26 Dec 2012

Nikmat Itu Datang Dari Mana?


Assalamualaikum.. Selamat petang.. burung berkicauan, tambah pula suara riuh kanak2 di luar rumah bermain.. Udara yang segar di tambah pula dengan angin sepoi2 bertiupan.. SubahanAllah. Allahuakbar.. Indahnya ciptaanNya.. Syukur Alhamdulillah aku hidup di bumiNya.. 


Dengan segala nikmat yang diberi olehNya.. MasyaAllah.. tak terkata.. melihat gunung yang tinggi, lautan biru yang luas, kehijauan pokok2 langit yang kelihatan indah... Allahuakbar.. Sungguh hebat ciptaanNya, tak terlawan dek manusia.. dan tak terkira segala nikmat yg diberi.. masyaAllah...

Itu lah betapa besarnya kuasaNya... Tapi masih lagi ada manusia yang tidak sedar akan segala nikmat itu datang dari Allah.. Manusia juga alpa akan kebesaranNya.. Manusia juga lupa dari mana dia datang, siapa dia.. dibuat dari apa, apakah panduannya, apakah tangungjawabnya yang digelar hamba Allah.. Jangan sampai kita lupa akan semua itu..  Nauzubillah.. syukuri lah segala nikmat yg dikurniakan olehNya..Kesimpulannya nikmat itu datang nya dari Allah.. Dalam surah an-Nahl:18. Dalam ayat tersebut Allah kata,"Sekiranya kamu cuba nak menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tak akan mampu mengiranya..."
Sampai sini sahaja untuk petang ni.. semoga coretan yang pendek ini dapat menyedarkan kita semua.. Assalamualaikum..


12 Dec 2012

Simpan Perasaan Itu


Assalamualaikum.. Cantik tarikh hari ini kan? 12.12.12.. Actually aku tak ingat pun tarikh hari ni kalau aku tak buka facebook. Tarikh hanya sekadar tarikh.. tak ada kesitimewaan apa pun. Hanya no yg cantik.. Ok, entry aku untuk hari ni pasal feeling sikit lah.. Korang penah suka pada seseorang then simpan dan pendam je.. Hmm.. memang sakit untuk menyimpan perasaan tu.. Tapi semua kerana Allah kan.. Aku ada lah jugak admire seseorang tu.. SubahanaAllah, dia seorang lelaki yang soleh.. Tapi aku tak rasa yang aku akan memelikinya.. Sebab perjalanan hidup masih lagi panjang untuk sampai ke alam perkahwinan.. Tapi kalau ada jodoh tak kemana kan.. Jadi aku simpan perasaan aku itu.. Ustazah aku pernah pesan.. "Jangan kita cinta syahwat, cintalah rohani" Tak salah kalau kita minat dia.. Tapi jangan lah sampai ke arah maksiat.. Alhamdulillah, skarang aku dah tak terlibat dengan cinta syahwat(cinta kepada lelaki ajnabi).. dulu aku pernah bercintan cintun ni.. tapi sekarang aku dah lama tinggalkan alam couple sebelum nikah tu.. Memang tak ada faedah.. Tapi, harap2 aku kekal dengan prinsip hidup aku ni.. InsyaAllah.. dan korang pun boleh kan? Jauhi couple.. And aku ada satu cerita yang aku ambil dr blog Cerita Ikazati, aku berminat dengan entry dia pasal pendam perasaan.. Dan aku setuju dengan penulisan entry dia tu.. Sangat great.. Aku copy and paste entry dia pasal kisah seorang gadis yang memendam perasaannya kepada lelaki sampai diketemukan jodohnya.. Berikut adalah kisahnya:
Si gadis itu menyukai seseorang,lalu dia mengatakan dan menceritakan kepada ibunya yang dia menyukai seseorang lelaki,akhirnya lelaki tersebut mengetahui,dan pada penghujungnya si gadis itu tidak dapat memiliki orang yang disukainya itu, kerana akhirnya lelaki tersebut bertemu jodoh dengan orang lain. Si gadis itu sungguh kecewa dan patah hati. Perkara tersebut berlaku berulang kali sehingga si gadis itu sedar,setiap kali dia menyukai seseorang dan orang tersebut mengetahui perkara tersebut,dia tidak akan memiliki orang tersebut.

Akhirnya,si gadis itu membuat keputusan muktamad, walaupun dia menyukai seseorang ,dia akan hanya memendam perasaan dan berdoa kepada Allah supaya hati jejaka tersebut menjadi miliknya dan berubah menjadi seorang insan yang berguna di dunia dan akhirat dan mampu menjadi imam yang baik untuk zaujahnya satu hari nanti,insyaAllah.

Ya,si gadis itu sudah menemui jejaka idamannya itu,namun disimpan perasaan itu hingga takdir yang menentukan segalanya. Jodoh pertemuan Allah tentukan.

Si gadis itu percaya pada satu perkara iaitu :

Carilah pasangan hidupmu, yang jikalau engkau melihatnya, engkau pasti akan teringat pada Allah, serta bercita-cita ke arah memperbaiki imanmu kepada Allah...

Akan tetapi, JANGANLAH engkau mencari pasangan hidupmu, yang jikalau engkau melihatnya, engkau pasti melupai Allah, dan engkau teringat akan nafsu kejahatan malah mengingatinya telah melalaikanmu dari bercita-cita memperbaiki imanmu.

Jadi, aku di sini, ingin menasihati gadis2 di luar sana.. Jagalah hatimu, jauhi zina yang dimulakan dengan zina2 kecil.. Tak apa lah kalau simpan perasaan itu sakit.. Asalkan maruah kita sebagai seorang perempuan terjaga. Hubungan kita dengan Allah tidak tejejas.. InsyaAllah satu hari bila sampai seru jodoh tu sampai.... Jangan risau lah.. Allah dah janjikan dalam Al-Quran sebahagian surah annur ayat 26: "perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik."

Sampai Sini sahaja entry aku untuk hari ini.. Assalamualaikum..

21 Nov 2012

13 Alasan Wanita Yang Tak Menutup Aurat?


Assalamualaikum. Kali ni aku nak post pasal aurat pula. Hanya copy and paste. Harap memberi manfaat kepada semua. :)
Pernah nasihat dan tegur kawan-kawan wanita anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka:-

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia”. Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, ” pakai tudung tak mestinya baik..bla…bla…bla…”

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam


Copy and Paste>SUMBER



20 Nov 2012

Mari Muhasabah Diri Bersama



Assalamualaikum, sahabat2, pembaca2 yang aku sayangi. Kali ni aku nak post pasal kehidupan wanita zaman sekarang. Ini juga pasal diri aku dan wanita2 di luar sana. Kadang2, kita berada di atas. kadang2 kita berada di bawah. dan kadang2 kita juga terlupa siapa diri kita, dari mana asal kita, dari mana kita di jadi kan. Aku hambaNya yang lemah lagi hina pun mempunyai banyak dosa dan kesalahan. Kita Tak pernah terlepas daripada melakukan kesalahan. Penipu besarlah aku jika aku kata aku tak pernah melakukan dosa. Apa2 pun, Allah itu maha pengampun. Allah itu lebih mengetahui segala yang terjadi. Terasa diri ni hina sangat bila mengenang dosa yang lalu. Ya Allah... :'( Kadang2 aku terfikir, adakah Allah akan mengampunkan dosa2 yang telah aku lakukan? Sedangkan aku tahu Allah itu maha pengampun. Besar sangat kah dosa aku tu? WaAllahualam. Tapi yang penting, kita sebagai manusia seharusnya bermuhasabahkan diri. Ingt balik dosa2 yang telah kita lakukan. Aku manusia yang tidak sempurna. Dan tiada siapa yang sempurna dalam dunia ni. Tapi kita selalu untuk mencuba menjadi yang terbaik kan? Kadang2 aku juga cemburu melihat gadis2 muslimah di luar sana, membuat aku ingin menjadi seperti mereka, terasa insaf di hati ini. Aku cuba untuk menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik, dan tidak mengharap kesempurnaan pada diri aku. Aku juga manusia biasa, malah insan yang lemah. Aku bukan nak mengharap kesempurnaan dalam hidup aku, tapi aku hanya nak yang terbaik untuk semua orang. sekilas aku teringat wanita2 pada zaman sekarang. MasyaAllah. Hilangnya malu, hilangnya fitrah seorang wanita. Tidak aku nafikan yang aku juga mugkin seperti mereka dahulu. Hilang rasa malu kepada Allah, kepada manusia. Astaghfirullahalazim.. Justeru itu, aku katakan aku tidak sempurna. Apabila aku melihat, wanita2 zaman sekarang, bertepuk bertampar, pegang sana sini, tak ingat batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Terasa sedih di hati, sbg seorang wanita, aku malu melihat kaum ku. :'( lagi2 orang yang terdekat dengan aku kan. apa yang aku dapat buat, doakan untuk mereka supaya diberi Hidayah atau petunjuk oleh Allah. Usaha ku untuk menegur telah pun aku lakukan dengan sebaik yang mungkin. Tapi mungkin hatinya belum terbuka, akalnya belum berfikir tentang malu seorang wanita. Setiap yang berlaku, mesti ada hikmahnya. Aku juga berhenti mencari seseorang yang sempurna dalam hidup aku. Kerana tiada manusia yang sempurna, tapi masih ada manusia yang terbaik untuk kehidupan kita. Pilih lah yang terbaik untuk diri kita, bukan kesempurnaan. Allah itu maha mengetahui. Mari bermuhasabah diri bersama temanku :'). Assalamualaikum.

Allah s.w.t berfirma, ertinya:
“Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”
[QS. Az-Zumar: 53]

Di dalam sohih Muslim tercatat : Firman Allah Ta'ala ( maksud ) : Sesiapa yang mendekatiKu sejengkal maka Aku akan mendekatinya sehasta. Dan sesiapa yang menghampiriKu sehasta maka aku kan menghampirinya sepemeluk dan sesiapa yang datang kepadaKu dalam keadaan berjalan maka Aku akan kepada dalam keadaan bersegera. Dan sesiapa menemuiKu(selepas mati) dengan dosanya sebesar bumi tetapi tidak syirik padaKu dengan sesuatu nescaya Aku akan menemuinya dalam keadaan mengampuni dosa sebesar bumi itu.

30 Oct 2012

Lawatan Ke Rumah Orang Tua2


Anyeong. Hari ni, sekolah aku ada lawatan ke rumah orang tua-tua(Rumah Seri Kenangan Cheng). Sememangnya aku dah lama nak pergi lawat rumah orang tua2, sejak aku tengok cerita Baitul Rahmat di TV1 masa bulan puasa tahun ni. Ya Allah.. tersentuh hati aku. Sayu dan sebak rasanya tengok orang tua2 kat sana. sedih. menitik air mata ni :'(. kenapa lah anak2 sanggup buat Ibu Bapa kandungnya mcm tu. Dulu kecik2, Mak ayah jaga. dah besar, bila mak ayah dah tua. Sampai hati diorang tak nak jaga mak ayah dorang? Hantar ke rumah orang tua2. suruh orang jaga? macam ni ke seorang anak membalas budi  Ibu bapa diorang yang sanggup berkorban apa saja untuk anak2 yang dicintai. Tapi anak2 balas macam ni? hishh.. Nauzubillah.. Anyway, time melawat2, atok2, nenek2, makcik pakcik kat sana, adalah atok dan makcik ni menceritakan sedikit sebanyak pasal diaorang.


Ok, now tak nampak gambar atok kat atas ni kan? ni nak cerita pasal atok ni sedikit sebanyak yg aku dapat take note. Ada juga atok2 yang jeles bila atok ni dikerumi oleh pelajar2 TSI. Atok lain kata apa tau"Oii.. sudah lah dengan cerita tipu tu..~"(jerit2)

Nama: Syamin bin Hurahim
Pada tahun 52 atok ni berhenti sekolah. Waktu sambutan kemerdekaan. Atok ni ada. Sebab nak tengok sampai terpijak taik lembu . Hobi atok ni mencangkul, iaitu bekebun lah tu.. adik beradik atok ni ramai yg berjaya. ada yang jadi nurse.. dulu masa zaman atuk ni, makan ubi keledek je..Kisah dan cerita riwayat hidup  atok ni ada dijadikan drama TV tajuk cerita tu, Sinaran Hari Raya. dah keluar masa raya kelima tahun ni. Atok ni juga dah banyak kali keluar surat khabar, dalam TV bagai.. Pada tahun 67-79 pule, atok ni berhenti kerja bawak kereta. Beliau juga, mempunyai 3 buah kereta dulu, bila ada  3 buah kereta, bini pun ada 3 orang. Atok tu cakap lah.. beliau juga mempunyai cucu berumur 22 tahun. Mak atok ni orang melayu, ayah dia pule orang jowo.. Tapi atok ni  tahu cakap Melayu je. Beliau dah tinggal di rumah orang tua2 ni selama 4 tahun. Atok ni cakap, "kat sini seronok je, makan sehari 6 kali". Tapi kita semua mesti tahu, walaupun atok ni cakap seronok, dalam hati dia mesti tersirat kesedihan dan keperitan yg dialami. kan? aku tersentuh bila atok ni cakap "Pegang cangkul, hilang segala duka." Paham tak maksud disitu? Amat mendalam kan? Maknanya, atok ni nak hilangkan kesedihannya dengan hanya mencangkul. bila sibuk kan diri dgn mncangkul, nanti lupa lah yang dia berada di situ(rumah org tua2) dan kesedihan2 dia tu. Dan atok ni ada pesanan kepada semua. :)
  • Selagi hidup kene solat, jangan tinggal
  • Buat solat sunat malam2
  • Muka tak payah pakai make up
  • Jaga diri dan mak ayah
  • kalau mak ayah marah2, jangan angkat kaki jalan
  • Jangan lawan mak ayah
Dan pantun dari atok, byk sbnrnya, tp aku dapat take satu je.

Anak itik terenang-renang,
Anak kunci di dalam perahu,
Atok disini terkenang kenang,
anak dirumah buat tak tahu.

 Tersentuh hati aku dengar pantun atok ni. Ok, begitulah pengakhiran temuramah kami bersama atok..sampai sini cerita atok ni, tipu atok tu, tipu lah aku. :)
Last amek gambar ngan atok ni. Heh atok mntak no tel aku pulak. HAHA. atok chill je tu.. hihi.



SORRY NO PICTURE

Seterusnya, Cerita pasal mokcik ni pulokk..


Nama: Minah Binti Yusup
Umur mokcik ni 65 tahun, kami panggil Mok sbab Mok ni biasa kan dirinya Mok. Orang kat rumah orang tua2 tu panggil Mok, Che minah atau Mok. Mok orang Kelantan. Dulu Mok berniaga, jual nasi klate dgn Nasik Kerabu. Ayah Mok ni sakit. Mok duduk kat rumah orang tua2 ni dah 4 tahun dah. Mok ni ada kakak, nama dia Siti Aishah, duduk kat Johor.. Ada juga yang duduk kat Putrajaya. Mok pandai urut, tengok lah kat gambar yang tertera. tu tengah mengurut lah tu. Pesanan beliau, belajar rajin2, jadi anak yang baik. :)


Macam2 ragam orang2 tua kat sana. Kalau tengok sendiri baru tahu lah macam mana. Tak terkata aku nak menceritakan. KUCING juga menjadi peneman kepada orang2 tua disini. Sampai sini shja lah pengalaman yang dapat aku kongsikan. Pesanan aku, hargailah ibu bapa kita. Sayangilah mereka, taat lah kepada mereka. kerana, dia lah satu2nya ibu bapa kita yang tak dapat ditukar ganti. :'(
Assalamualaikum.. :'(


10 Oct 2012

Exam Mood

Brr.. Lama tak update, sebulan lebih je..macam dah melupakan dunia blogger aku plak kan.. Bukan dah lupa, tapi tak tapi mood nak menaip tu tak ada.. Ehh tak bukan macam tu.. Hihi.. macam2 alasan aku bagi plak nanti. Sejak dah menjadi calon SPM 2013 ni, semakin sibuk. Haa.. ni mood final exam ni.. pun menaip jugak.. Terbaik tak? sebenarnya besok budak form 4 sekolah TSI cuti, tu aku rasa macam nak update.. Anyway, aku hope adik2 yang amek PMR ni berjaya.. Huhh.. hope jugak aku dapat jawab paper yang seterusnya. Aku tak sanggup menghadapi paper Addmath.. But i will try to do the best mark and make my teacher addmath happy. Sbb asal jumpa addmath je, muka aku lah muka budak failed addmath, tapi bukan aku sorang je lah dalam kelas tu.. kira asal budak failed addmath je budak 4Ibnu Sina lee tuu. Tapi ada jugak 2 ke 3 orang kawan aku yang boleh bwak addmath tapi nak drop addmath, maknanya tak sanggup lah tu kan? HIHI.. Tadi aku baru habis paper BM. Soalan? Boleh la.. Nak kata susah, tak, senang pun tak, tengah2 pun tak. (Blurrr). Tak sabor nak habis final exam ni, sebab mcm 2  aktiviti nak di buat.. Tapi.. takut kot tahun depan.. SPM.. kejap je, pejam celik, pejam celik. Dah beso dah aku.. Aku pun ingat aku budak 5 tahun lagi.. Hihi. huarghhh! agak tension di situ. pening lah nak baca banyak2 buku. 10 SUBJEK! Malam2 je aku kena bangun nak study. Siap minum kopi lagi nak tahan mata. besok pagi pegi sekolah tido.. Haha. Tapi takpelah..ramai geng kaki tido kat kelas tu.. Cikgu pun sangat memahami kelas 4Ibnu sina.. HAHA.. Ok lah. Besok jadual kat rumah nak study math, so, last update lah kot.. tengok mood.. Hihi.. Assalamualaikum..



30 May 2012

Nothing Happen~


Assalamualaikum semua!  Arghhh.. exited nye nak menaip... lama gila tak menaip, bersarang dah blog ni, almaklumlah.. busy.. tahun depan SPM~ haha, tak lama tau.. pejam celik, pejam celik, dah beso dah aku.. Hehe.. Ok, tajuk untuk post kali ni, baca lah kat atas nun tu... Huhu.. banyak sangat story pahit manis selama aku berumur 16 tahun ni.. Ya Allah... tahun ni aku lah manusia yang cepat lupa.. aku pun tak tahu kenapa.. Benda2 yang rameh temeh tu, aku mudah sangat lupa... HAHA.. tu yang aku senang sangat nak menghadapi masalah.. cewahh.. sebab aku sendiri lupa masalah aku..hoho.. Apa2 pun, itu lah yang aku nak, cepat lupa benda yang remeh temeh, tak nak menyusahkan hidup aku dan juga orang lain.. Maybe sbb aku berazam betul2 tahun ni, tak nak ingat kisah lama, nak bukak buku baru, hah! langsung aku lupa terus.. Bila orang ingat kan aku pasal masa aku Form 1,2 & 3.. hah! aku memang tak ingat.. aku lupa lahh... sebab semua tu dah jadi kisah silam, kenangan Form 1,2 & 3 memang banyak sangat gula2(manis).. tapi semua tu dah jadi masa silam.. Haha.. sekarang aku da bukak buku baru, so aku mulakannya dari awal tahun 2012..  Takde apa yang perlu aku katakan.. Cinta selepas nikah~ HAHA... Itu pun salah satu azam aku.. Hmm.. memang banyak dugaan.. Ada juga aku suka2 orang tu... Tapi.. tak lebih dari suka.. suka pun sebab dia baik, anak yang taat, ada peganggan agama.. Kacak? hah! Pelakon Asyraf Muslim lagi kacak :P bukan nak cakap dia tak kacak, boleh tahan lahh.. Tapi aku sikit pun tak pandang muka dia tu, aku suka sifat peribadi dia ja.. Muka dia kalau aku tertengok, SubahanaAllah.. macam ada aura/Nur... Haa.. orang macam tu memang2 lah ramai admire kan~ dan aku salah sorangnye.. Hehe..Dia tak sedar tu aku admire dia, sebab aku suka buat muka sardin je depan dia.. Sebab tak nak la nampak sangat aku berminat kat dia ekk? macam gedikk jeh.. HAHA.. Bila aku tengok girl2 kat sekolah tu, yang juga peminat dia.. Ya Allah.... tak tahu nak kata apalah, bukan jeles heh.. (aku takda hak nak jeles =.='') nampak sangat perigi mencari timba.. Ayoo.. Apa nak jadilah dengan wanita zaman sekarang.. ada tu aku tengok, Jadi baik sebab nak tackle lelaki macam tu.. ayoo... Berubah kerana Allah lah kakak..huhh~ aku kat sini diam aja lah.. HAHA.. aku takda kena mengena dalam hal dorang.. tak pelah.. hati ni aku simpan untuk suami aku.. PADA zaman sekolah ni hati aku tak ada untuk lelaki dah.. Stop. tumpukan pada SPM.. sebanarnya cerita aku minat2 SIDIA tu, takde benda pun.. aku just harap sangat lelaki lain mencontohi PERIBADI dia.. memang aku tabik spring lah kt dia.. Kata orang ada pakej lah.. HAHA.. saja share story.. nak baca, bacalah... kalau tak nak baca.. aku memang suka taip syok sendiri.. :P Asalkan aku dapat menaip.. hehe.. YA SUDAHLAH.. sampai sini sahaja ngomel aku.. dont worry be happy.. Aja-aja Fighting..Jihad Fisabilillah..Assalamualaikum.. :D


Lafaz yang tersimpan :P

=.=''

13 Jan 2012

Itulah Pilihan Dihati


Anyeong... Alhamdulillah... Aku dapat lagi menaip... Today, aku nak tulis entry bertajuk 'Itulah Pilihan Dihati'.. Haaa... Apa korang fikir ni? Bukan yang tuttut tu laa... Ni cerita pasal Addmath ngan Perinsip Akaun... Hari tu, aku agak kepeningan untuk memikirkan sama ada nak amek PSV  ngan tasawwur atau pun Addmath ngan Perinsip Akaun.. Mula2 aku belajar Addmath dengan keadaan yang sungguh tak selesa.. Sebab seramai 49 orang duk kat 4 Ibnu Sina tu.. Aku jadi pening.. Dah tu, Tak dapat nak fokus.. Duduk pun kat belakang, dengan takde mejanya... Bila dapat 1 soalan addmath.. aku terus jadi pening.. Aku fikir time tu, aku tak boleh nak bawak.. Sebab bila aku kira2, tak jumpa jawapan.. Menyirap je... Then aku bernekad tuk amek PSV dengan Tasawwur... Bila dalam kelas aku tu hanya 4 orang je amek PSV ngan Tasawwur.. Hati aku jadi berbolak balik.. Kawan2 pulak tanya, "kenapa tak amek addmath.. Bukan kau minat math ke?"
Aku jawab "Bukan tak nak, takot tak boleh bawak.." Lepas je aku jawab macam tu, aku fikir2 balik.. Better aku amek addmath, sebab aku memang minat math2 ni... Then itulah pilihan dihati.. Aku pun mula belajar addmath.. Dapat la homework cikgu bagi.. banyak lah jugak.. Dah tu, Math pun ada kerja, After buat Addmath aku buat math pulak.. lepas tu baru buat krja lain... Oneday tu, kerja sekolah memang banyak lah.. Balik jeh sekolah, aku terus bukak buku addmath. and buat Homework cikgu bagi tu.. Exited lak aku buat.. HAHA.. Aku buat addmath dulu sebab aku takot aku lupa apa yang aku belajar tadi..(aku ni seorang yang perlupa)  Then ada satu soalan tu aku tak tahu jawapan, rasa macam da fedup je ekk.. Tapi, bila aku cari2 balik.. Walaweyy..!! aku jumpa lah jawapan.. sejak tu, aku dah faham dah macam mana nak buat.. HAHA... Mungkin mula2 senang la.. nanti lama2 mesti susah.. Apa2 pun aku mesti aja-aja fighting!! Macam da suka je addmath.. Hehe.. Mesti ada hikmah nya kenapa aku pilih addmath kan.. Tapi... Aku tak suka P. Akaun la... Huhh.. Belum belajar lagi dah kata tak suka ek aku ni.. Pape un tunggu dan lihat jeh laa... Man jadda wajadda.. Tahu tak tu? yang amek arab tahu lah tu kot.. hehe.. Ok.. sampai sini sahaja.. Mulakan sesuatu yang sukar dengan katakan AKU BOLEH..InsyaAllah..Tata.. Assalamualaikum.. :)

Oh addmath dihatiku <3

2 Jan 2012

Send Massage Musibah Adalah Karut!


Anyeong... Ok.. hari ni aku nak buat entry yang bertajuk "Send Massage Musibah Karut Musibah" Aku da lama nak buat post pasal ni, cuma tak berkesempatan.. Malam tadi aku menerima massage di facebook.. selalu kat phone skarang dah tersebar kat facebook...Huhh..Selalu tak dapat massage macam ni,
"WEYH KOWG BACE PLIZZZZZZ PENTING..................
CERITE TERBARU TENTANG DAJJAL.........
Kepada semua yang bergelar umat islam,
hari ini pakar meteorogi bahagian rusia,
pukul 3 petang kemarin mendapati sesuatu bunyi ganjil lagi seperti yang NGAUMAN RAKSASA yang kedua kalinya dari bawah mantel bumi,
menurut para ulama itu suara DAJJAL yang berusaha naik ke bumi.Oleh itu kita disuruh sentiasa tidak berhenti azan & solat.
sesiapa yang membaca tolong sebarkan kepada 20 orang umat islam.
jangan dipermainkan LILLAHITA'ALA & DEMI ALLAH,ini AMARAN. .
N dalam waktu 12 jam tidak dikirim kamu akan mendapat musibah di benci orangx2,
akan sial sampai umur48..."


Cerita terbaru?? Aku banyak kali dapat massage ni masa kecik2..Ini jawapan kepada sesiapa yang percaya pada massage ni.. Ok, tak salah kalau nak sebar kan pasal tu.. Tapi betul ke kalau sebar2 kan ni..Korang main send je kan tanpa selidik...Betul tak? ok.. memang lah kita kena sentiasa tidak berhenti azan & solat.. Tu memang tak salah.. Betul tu, Tapi kenapa diakhir text ni berbunyi ugutan? Dah tu, korang takut, korang pun send? korang send sebab takut ke sebab nak bagi tahu pasal dajjal tu? Semua tu kerja Allah.. Apasal pulak orang yang mencipta massage ni nak ugut bagai? siap kata  jangan dipermainkan LILLAHITA'ALA & DEMI ALLAH.. Siapa yang main kan nama Allah sebenarnya ni????

Haaa.. ada tu hantar yang berbentuk nama ALLAH.. lepas tu tulis,
"Dengan Nama ALLAH saya bersumpah saya akan menyebarkannya, jika saya tidak menyebarkannya saya akan ditimpa musibah"

Macam-macam lah yang aku dapat.. Tu pun kawan2 aku send.. perghh.. menyirap jeh.. sampai memory phone aku full.. sampai 10 orang kawan aku, hantar massage yang sama je... 
Haa.. ada tu macam ni
"(blablabla)....Kalau kamu padam massage ini sebelum kamu hantarnya kepada 10 orang kamu akan ditimpa musibah dalam masa 1 jam"

Aku tak send kat sapa2 pun massage tu.. Aku delete je terus... sebab aku memang tak percaya semua tu, mana dia tahu yang kita akan dapat musibah dalam masa 1 jam? Dia tuhan ke? Ha? Tu saja nak buat orang takut lah tu, dah tu membazirkan keredit.. Jangan mainkan nama Allah dengan massage2 macam ni.. Aku tak ditimpa musibah pun.. Bahagia je hidup aku.. Allah kan ada... Buat apa kita takut ngan massage tu.. Musibah,  n macam2 lagi yang ditimpa oleh kita, tu semua dugaan ALLAH yang nak uji hambaNYA, bukan massage tu yang menyebabkan kita ditimpa musibah.. So, aku nak nasihat JANGAN PERCAYA pada massage2 macam ni.. Berfikiran MATANG lah sikit.. Dulu masa aku darjah 4 & 5, aku percaya jugak.. Aku tanya Akak aku, Ibu aku, Ayah aku... diorang cakap semua tu tak betul..tanya lah orang yang arif pasal ni.. so, aku tak lah send kat sesapa.. See.. mana ada musibah terjadi kat diri aku.. Kalau ada pun itu adalah satu dugaan dari Allah untuk menguji hambaNya... Bukan sebab massage tu.. Kan boleh jadi syirik bila kita percaya.. So, siapa yang mereka-reka massage ni, stop2 lah send kat orang.. Ko nak menduakan Allah ke? Yang si penerima massage ni? ko percaya? ko dah menduakan Allah.. ALLAH ialah tuhan kita, Allah maha mengetahui.. Bukan massage tu.. Sama ada penyampaian massage tu adalah tentang islam, aku tak percaya kalau diakhir text dia suruh kita send kat orang, kalau tak send dapat musibah.. Haihh....Dah berapa orang percaya dah ni? So, korang kalau terima massage macam ni.. DELETE je terus... dan kalau boleh nasihat lah, semua tu tak betul, dan kalau kita percaya, boleh jadi syirik... Astaghfirullahalazim... Huh.. sama ada di facebook, atau dilaman2 mana pun, ada massage macam ni, tak yah layan der... Agaknya dah tersebar di laman2 ni sebab orang tu tak de keredit, then dorang takut akan ditimpa musibah, so dorang copy massage tu dan send kat fb,myspace, tweeter, atau mana2 jeh lah.. fb lagi senang kan.. send jeh, tak yah guna kredit.. tapi, bila dah send kat orang tu, kalau orang tu percaya, dah jadi syirik.. so, dosa tu akan beterusan.. korang nak dosa ke? 10 orang korang hantar dan 10 orang tu hantar kepada 10 orang lagi.. dah berapa banyak dosa korang dapat? HENTIKAN massage macam ni..OK.. Kita ni hamba Allah.. makhluk yang dicipta olehNYA.. so, kita berdoa sahaja kepadaNYA.. Allah yang maha mengetahui segala2 nya, berdoalah padaNYA, mintak dijauhi musibah, sekiranya ada musibah menimpa diri, anggaplah itu satu ujian darinya, anggap lah Allah sayangkan kita, tu sebab lah Allah nak uji kita.. Ok.. sampai sini saja... Ingat.. dont believe it ok.. Aku pesan sekali lagi....JANGAN PERCAYA DENGAN MASSAGE KARUT NI!! Assalamualaikum.

Stop hantar massage karut!


 
© THIS IS YOURS!