Ahlan Wasahlan.. Dah baca? Bacalah dengan mata hati, bukan membuta tuli. Syukran, Singgah lagi..^^

8 Dec 2011

Penampilan Baru

This is a new Nabilah. So, what do you think? hehe
*just a moment!. Saja nak ubah.. supaya 'Nabilah' yang dulu takkan muncul lg, bila dah lupa sumua tu, baru aku jadi asal balik.. Ok? hehe.. But.. Aku teringin sangat nak jadi ..


InsyaAllah... Aku mmg berkeinginan nak pakai purdah <3

So, agak2 la kan.. nak jadi yang macam mana ek? tapi aku memang dari tahun lepas lagi(2010) nak sangat pakai purdah... But, aku tak lah baik pun.. nanti orang kata "bajet alim, pangai mcm hantu tapi pakai purdah."
Huhh... Tak kan nak tunggu aku jadi baik baru boleh pakai purdah? Aku da serik bersosial.. Semalam last aku bersosial.. HAHA.. Lepas ni, try tepis sume2 tuh.. aku tnye ibu aku, ibu aku kasi je, tapi tu lah.. Aku ni bukan nya baik, nobody perfect..
Aku pakai shwl sbb pengaruh, yela tengok org tu pakai cun jo ekh? HIHI.. tapi aku mmg nak pakai niqob~~~~~!
Ok ler.. sampai situ jehhh.. okeyh... Tata.. Assalamualaikum~

6 Dec 2011

Kesedihan itu hanya sementara






Anyeong semua... Tahu kah korang kesedihan tu hanya sementara? Jika berpanjangan pun kita mampu juga ketawa kan?

Saat kita menempuhi kedukaan, mungkin ada kalanya, kesedihan itu terus memanjat-manjat di dasar hati lantaran ada dugaan yang memedihkan dan mengusik ketenangan jiwa. Air mata seakan bersedia mahu keluar agar tidak terus berombak di kolam hati. Saat itu mungkin sabar tidak dikenali lagi. Dalam terharu, air mata tumpah juga, mengalir deras mengeringkan derita. Kemudian ada sedikit ketenangan mula menyusup membalut lara, sinar-sinar harapan menampakkan cahaya menyuluh jalan yang lebih bahagia. Keyakinan seakan tumbuh dari sokongan dan kesedaran, wajah mula tenang dan senyuman mudah terbentuk. Cerialah diri. Suka duka, sedih gembira bagaikan silih berganti. Wahai hati, ingatlah diri kita ini tidak hidup abadi. Esok, lusa, mana tahu kita akan mati. 

Haa...walau macam mana pun, air mata ini, akan keluar walaupun kesedihan hanya menonton ''Drama''.. HEHE.. Pun sementara gak kan? hehe.. Yang penting lepas ni aku tak bazir kan air mata dengan perkara2 yang tak tentu pasal.. Bengkak mata ni~? HAHA.. bengkak ke~~

Bohong la kalau aku kata aku tak sedih, tapi.. Bila pikir2 balik apa aku dapat? kan? Orang tu bahagieee~~~ je~~ aku? aku dah bahagia dahhh <3 Yela sejak2 dah jadi orang baru ni, bahagia lah kan? Aku tahu Allah sayang aku.. Tu yang DIA nak selamat kan aku daripada benda2 yang tak patut aku tangisi.. datang nya semangat dari kawan2, dan orang sekeliling aku.. Ya Allah... Dorang lah yang aku sayang, yang aku cintai <3 Aku sayang dorang, kalau diorang tak de, tak tahu lah apa jadi kat aku.. SAYANG!! Aja-aja Fighting!!!! taip2 jadi sebak pulak, sebab ingat kan semangat yang dorang bagi kat aku. Sayang betul rupenya dorang kat aku.. Hehe... Dorang lah penyeri hidup aku. Nak tahu sapa? Keluarga and kawan2 aku lahhh.. kan dah cakap tadi..HEHE.. Tak de dorang tak de la aku seceria macam ni.. :D

Dalam masa yang sama, aku cuba pikir2 balik.. Memang aku dah lama nak hidup macam ni.. I mean single la.. Tapi satu2 datang dalam hidup aku buat kacau.. HAHA.. Pastu buat aku melalak.. Aku pun satu, bengong. Gi mengatal2.. Yela... Masa mula2 tu taik lembu pun kita rasa coklatkan, Haa.. bila dah jadi camni baru nak sedar? Kah3.. lawok3.. Aku dah lama sedar, cuma tu lah.. tak berpeluang.. Ni haa.. ada peluang.. aku guna kan sebaik2 nya... Yehhh~

"Bila Allah mengambil orang yang kita sayang pergi dari hidup kita, bersyukurlah kerana Allah ingin menyingkirkan orang yang menjadi penghalang supaya kita mencintaiNYA"

Yehh.. betul kata "seseorang" tu.. Aku percaya Allah sayang aku. dan kejadian ni membuat aku lebih mengingati Allah.. sebelum ni mungkin aku agak terleka. ek? Huhu... Apa yang terjadi kat aku ni, ambil2 lah ikhtibar supaya tak terlibat langsung dalam percintan cintun an manusia.. Kan lebih baik kalau kita Mencintai Allah.. KEKAL ABADI SELAMANYA..Hihi.. <3

"Terima kasih Ya Allah.. kerana telah mengembalikan aku ke jalan yang benar"

Aja-aja fighting!! Hihi.. besok outing ngan kawan2.. wahhh.. seronok nya.. rindu dorang... Auw!! HAHA.. K lahh.... sampai sini je.. Ingat.. jangan sedih2 kalau ada benda yang tak patot kita sedih..(nasihat je) Lau tak nak dengar tak pe, sok2 kalau da kene batang hidung sendiri rasa lah pulakkk.. Aku dulu tak nak dengar nasihat orang lah jadi camni.. Haha. Pengalaman itu menyakitkan tapi ia adalah satu pengajaran yang kini buat aku tersedar dan makin membangkit dari mimpi yang hanyalah khayalan semata-mata.. OK.. Tata...Assalamualaikum....

Dan cinta ku hanyalah kepadaMU ya Allah
4ever <3






Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat :)

3 Dec 2011

Ketakutan

Hai semua, kabare?aku masih disni. sedang ketakutan, sedang diberlenggu masalah, sedang kesedihan, sedang menangis. Ada sesiapa boleh buat aku ketawa? aku perlu ketawa untuk menghilang kan semua ketakutan ni. PERLU! Actually aku tak mampu untuk menaip, tapi aku cuba jugak, huhh~ Apa sebab aku jadi camni ek? mungkin perlu di rahsiakan~ Mulai sekarang aku cuba tuk menjadi lebih ceria. Cerita sedih, happy dah aku tinggalkan semalam, DAH PUN AKU LUPAKAN. Salam perkenalan kawan. Aku dah lupa kisah yang dulu, dan dah bukak buku baru dah pun. Buku lama tu ada lagi aku simpan, tapi kejap lagi aku buang~ Aku dah lupa yang 'kau' pernah muncul dalam hidup aku dan dihati aku. Hari ni aku bangun tido aku dah terlupa apa yang terjadi kat aku. Amende yang terjadi weyh? aku tak ingat. HAHA. Aku gelak sorang2. bagus la tu. Nak pecah pale otak ni.. Tapi aku dah terlupa. Yang aku ingat. Aku nabilah, aku hamba Allah, aku umat Nabi Muhammad, aku ada keluarga yang sayang aku, aku ada kawan2 yang selalu sokong aku. TU JE. Hehe.. Start dari sini, aku adalah Nabilah yang terbaru punya~~ Haa... ape yang aku tulis di blog aku mksud aku entry2 yang dulu tu, mugkin adalah kenangan je. Aku dah lupa kan apa yang aku tulis, sbb start aku berbloger, start situ lah Memory suka duka aku yang SEPATUTNYA aku lupakan. 1 Muharam dah lepaskan? Tapi tak pe, aku berazam dari sekarang aku wanita yang mencintai Allah dan kekasihNya. What boy? Cinta aku tak de kat boy la,ada tu ada, tapi hanya untuk dia yang bergelar suami. Lambat lagi kan? baru je 15 taun, keputusan PMR pun belum keluar lagi. SPM pun tak lepas lagi, Haa...Ambik cinte lelaki tu, masuk dalam lubang jamban pastu tarik.. brushhhh~~~ campur ngan berak, busuk! HAHA. Huh? PMR. keputusan aku tah macam mana tah ni.. huhh.. takut jugak tu.. Alah.. setakat takut kena tinggalkan kat seseorang lelaki yg kita sayang ape barang weyh~~ HAHA.. Baik aku takut dengan Allah, takut kehilangan keluarga, takut kehilangan kengkawan. Tu lebih penting. 
"Eh tak la, dah lama pikir cuma tak berpeluang tuk buat semua tu"(Akal aku)
Jadi korang semua, jangan sesekali terlibat dengan cinta lelaki, atau perempuan. semua tu palsu, tak betul, cintailah tuhan kita Allah, cintailah nabi kita, cintailah para2 ulama' cintailah, family kita, cintailah kengawan yang menyayangi kita.. Itulah cinta yang sebenar nya. Betul cakap aku ni, percaya lah, kalau cinta dekat manusia ni apa yang korang dapat? cinta akhirat. Tau! Boleh je cinta dunia, tapi pikir la balik apo la korang dapat. hee.. Pape pun aku dah lupa dah semue tu, dah masuk dalam lubang jamban, dah tarik dah.. Hehe. aku tak kan jumpa lagi dah sume tu. Hehe..  Ok. semua. New Nabilah ni.. Jangan pikir aku Nabilah yang dulu lagi Ok? ok? ok? ehehe.. Assalamualaikum.. :) :)



29 Nov 2011

Harus Ada Ketabahan Di Hati




Setiap manusia perlu ada ketabahan di hati.. Betul? seandai nya kita terjatuh dan tak ada ketabahan tu, maka kita kalah.. Betul?
Ada orang yang mudah mengalah dan mudah menyerah dalam menghadapi tekanan hidup. Tapi ada juga sesetengah manusia yang begitu tabah menghadapi ujian hidup.. Hmm.. Aku rasa kalau aku tak tabah untuk menghadapi ujian dariNya, mesti aku dah lama terjatuh.. Atau pun mengambil tindakan yang tidak waras~ 
Mungkin sesuatu yang baik, atau pun yang buruk itu berlaku kat aku hanya untuk menguji, ketabahan, kesabaran dalam diri.. Dari situ aku belajar untuk besabar dan sentiasa tabah walauapapun yang berlaku.. Walaupun air mata ni sering di keluarkan, tapi bukan bermakna aku dah kalah. Sekurang-kurangnya aku cuba buat yang terbaik.. Air mata ni lah yang menjadi saksi atas ketabahan seseorang dan kekalahan seseorang.. Aku menangis, bukan untuk menunjukkan aku sedih.. Tapi cuba untuk tabah kan diri, dan cuba untuk tahan setahan tahan air mata ni, supaya tak keluar lagi.. Siapa yang tahu akan keperitan yang kita alami kan? Hanya Allah saje yang tahu.. Orang tahu? Awak, kamu, anda, kau, tahu?? Tak kan~~  Bagi aku menyembunyikan sesuatu yang menyakitkan dan memeritkan adalah cara yang terbaik supaya tidak ada pergaduhan antara satu sama lain.. Biar lah simpan di hati, dan menjadi rahsia sampai kita mati.. Sedih, kecewa, sakit, menangis, semua aku simpan elok2 kat hati ni, aku hanya mampu tersenyum bila ada sesuatu yang tidak aku ingini berlaku..(Buat2 tak tau) Aku mengalahhh.. Biar lah kalah, asalkan hati orang lain tak tercedera, Biarlah hati aku je yang terluka... Asalkan orang2 di sekeliling aku bahagia.. Ada satu hari tu, aku hampir terjatuh dan sifat tabah dalam diri makin pudar, tapi bila ingat semangat dari kengkawan, keluarga, dan org2 disekeliling aku.. aku cuba menjadi seorang yang lebih tabah.. And now, aku cuba tuk improve kan diri ni.. Aku da bersedia untuk mendengar dan melihat sesuatu yang baik atau buruk yang berlaku kat aku.. Btw, aku sentiasa membahagiakan seseorang tu walau siapa pun dia.. Bahagia bila tengok orang lain bahagia? tak gitu? Aku buat camtu, supaya hati ni tak terluka.. Bukankah perlu ada ketabahan dalam diri? Aku cuba berfikir positif tentang seseorang tu, walau pun hati ni sakittttt sangat... Aku takot, bila aku da pikir positif, orang2 tu pijak2 kepala aku.. Ni yang buat aku makin terjatuh... huhh... Btw, I will try to persevere.. :)
Untuk lebih tabah.. Aku selalu gunakan
"SMILE ALWAS" dalam diri aku.. :)
Korang tahu tak apa patut korang lakukan bila korang betul2 stress?
            Tips aku:
  • Sentiasa berfikiran positif
  • Sabar
  • Sentiasa tersenyum
  • Jangan fikir terlalu panjang
  • Isi masa lapang dengan perkara yang menghiburkan hati
  • Bercakap dengan seseorang yang boleh menghiburkan
  • Luah kan pada seseorang yang memahami
  • pergi kat satu tempat yang tade orang & jerit sepuas puas hati
  • Ingat Allah
  • Baca Al-Quran
Attention:
JANGAN MENAGIS, KERANA ITU LEBIH MENYAKITKAN!
JANGAN MENCUBA SESUATU YANG TIDAK WARAS!

Dugaan Menjadi mental kita kuat,
Masalah menjadikan kita berfikir,
Huru-hara menjadikan kita tabah :)

Ok..Rasenya tu je untuk hari ni..semoga korang menjalani hidup korang dengan lebih senyuman dan bahagia.. daaaa... :)




 
© THIS IS YOURS!