Ahlan Wasahlan.. Dah baca? Bacalah dengan mata hati, bukan membuta tuli. Syukran, Singgah lagi..^^

1 Jan 2022

Menjenguk Sempena Tahun 2022

Assalamualaikum... Ada orang tak ? Hello ? hello ? Testing !
Niat aku kembali hanya sekadar menjenguk blog yang sudah berhabuk. Namun, secara tidak langsung aku tertaip pula diruangan ini. Tiada apa yang mahu dikongsikan. Hanya sekadar melepaskan rasa rindu untuk menulis semula. Hari demi hari, masa semakin mencemburui, hingga kesempatan untuk diri sendiri bagai tiada erti. Terasa bumi berputar pantas.  Semakin dewasa, semakin masa berharga. Segalanya berubah sekelip mata. Pejam celik, kawan2 ku sudah berumah tangga, pejam celik, sahabat2 ku sudah beranak dua. Terasa bagai semalam hang out bersama. Huhu.
Selamat datang tahun 2022. Pastinya akan terbina azam2 baru..
InshaAllah.. Semoga tahun ini tahun yang lebih bermakna daripada tahun2 yang sebelumnya. Walaupun dunia sekarang diuji dengan wabak covid-19 yang telah meragut banyak nyawa, ditimpa pula dengan pelbagai bencana. Namun, Allah tetap beri peluang kepada yang masih bernyawa untuk kembali kepadaNya. Allah maha baik, kerana masih meminjamkan setiap helaan nafas sehingga ke hari ini. Walaubagaimanapun, segala yang dipinjamkan tidak kekal lama. Gunakanlah peluang yang Allah beri ini untuk bekalan kita di akhirat sana. Jadikan mengejar 'mardhotillah' sebagai salah satu azam pada tahun ini. Bukan hanya manusia semakin dewasa, dunia juga sudah semakin tua. Semoga kita semua dilindungi Allah dan berada di dalam dirahmatiNya.

Sekian menjenguk dan membebel.
Sabtu, 1 Januari 2022.
11.00PM.

8 Feb 2020

Episod Kesepian

Amaran!! Entry ini paling terpanjang kerana dikumpulkan 6 Episod 4 tahun. Maka, disarankan membaca ketika anda segar bugar dan curious. Kekesalan amat dikesali. Terima kasih. lols. HAHA.

First, Kehilangan.

Pada 18 September 2017. Secara rasmi aku telah berjaya mendapat segulung diploma di Hotel Marriott, Putrajaya. Alhamdulillah. Namun, itulah kali terakhir moments terakhir aku bersama sahabat seperjuangan yang dapat aku kutip. Sekaligus meninggalkan segala kenangan pahit manis perjalanan aku bersama teman sepanjang semester. Bukan sekali dua aku terpaksa menghadapi  perpisahan ini. Sudah pastinya ditemani air mata yang bergenang, berjurai membasahi pipi. Setiap kali kenangan itu diulang, melalui rakaman video atau perbualan di group whatsapp, setiap kali itulah aku merasakan sesuatu yang telah mencucuk-cucuk dadaku. Namun, mahu atau tidak, aku harus meneruskan perjalanan hidup aku dan terima kenyataan setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Selepas seminggu aku habis praktikal(Sebelum konvo), aku telah bekerja di sebuah tadika. Sesungguhnya, ini pengalaman pertama yang tidak pernah aku alami. Berkerja jauh dari family. Aku tidak pernah berjauhan dari Family. Terasa sepi. Dengan suasana baru yang sebelum ini tidak pernah aku alami. Mungkin oleh kerana itu, aku terasa begitu banyak kehilangan. Kehilangan orang sekeliling, kehilangan kawan-kawan, kehilangan suasana, kehilangan diri. Aku menjalani fasa perubahan hidup yang begitu mengejutkan. Aku tidak mampu mengawal emosi sedih. Namun, setiap kali sedih, aku cuba memberi semangat pada diri sendiri. Aku tidak mahu kongsikan lebih lanjut mengenai ini. Cukup dengan perkataan kehilangan ini sudah menunjukkan banyak makna. Termasuk kehilangan idea untuk aku menulis di blog. Kekangan masa yang sungguh tidak mengizinkan aku menapak dan menulis di sini. 

Mungkin bagi pembaca ia terlalu simple untuk aku merasa kehilangan. Tapi, bagi aku.. ia adalah satu pengalaman baru. Yang kebiasaannya orang kata, "mendewasakan". 

Next, tekanan.

Aku tidak mahu menghuraikan definisi tekanan. Aku pasti semua orang pernah menghadapi tekanan(Stress) yang berbeza. Tekanan yang aku hadapi adalah selepas merasa kehilangan, tekanan kerja, tekanan dari orang sekeliling. Aku tidak pernah menghadapi tekanan seteruk ini(Bagi aku). Ketika zaman belajar, aku mampu mengawal tekanan aku dengan tenang. Mungkin salah satunya aku mempunyai sahabat-sahabat yang memahami. Benarlah orang kata, stress belajar dan stress kerja sangat berbeza. Sehingga aku kerap sakit. Sampai berat aku turun dalam 5 kg. Dalam 5 bulan aku bekerja. Selepas itu aku kembali kepangkuan keluarga. Seperti biasa, aku mula mencari persekitaran yang baru. Mungkin aku terlalu berharap dapat membina kehidpuan baru dan apabila aku diuji dengan kegagalan aku menjadi kemurungan, hilang keyakinan diri. Dan mula dari sini aku tidak menyentuh blog aku. Namun, aku masih menjalani kehidupan aku seperti biasa. Kalau mahu diceritakann secara details punca stress memang terlalu banyak, namun ini salah satu yang dapat aku kongsikan.

Next, gangguan makhluk halus.

Pada Mei 2018,
Aku telah bekerja sebagai guru Taska, Alhamdulillah, aku merasakan satu semangat baru. Tetapi... Benarlah, Kita tidak akan selamanya akan duduk di zon selesa. Ujian datang silih berganti. Lepas satu, satu. Pada malam yang sunyi, aku merasakan perasaan yang hiba, penuh sebak, pilu, pedih, sedih. Sehinggakan aku tidak dapat lelapkan mata. Ketika ini seminggu sebelum cuti raya. Aku tidak tahu kenapa fikiranku hanya fikir tentang kematian aku. Sehingga kadang aku rasa takut nak drive. Takut accident dan mati. Dengan teman2 rapatku juga aku selalu bercakap tentang mati seolah aku nak pergi tidak lama lagi. Tapi ketika ini tidak ketara perasaan yang aku rasa. Ia berlaku ketika aku duduk bersendirian.

Selepas cuti raya(bulan Jun 2018), aku kembali bekerja, namun aku jatuh sakit. Kerap demam, kurang selera makan, resah gelisah cepat letih, mengantuk di siang hari, jantung berdebar, sesak nafas, kaki sejuk, tak boleh tidur malam(Insomnia). Biasanya jam 4 baru aku boleh lelapkan mata. Hal yang paling aneh, aku jadi takut untuk lakukan semua perkara, drive, pegang pisau, keluar rumah, makan. Haih, makan pun takut. Takut ada racun nanti mati. Tapi aku cuba lawan untuk teruskan hidup. Aku rasa sangat aneh perasaan ini. Aku mula merasakan diri aku seperti orang yang tidak normal. Lalu aku menggoogle tanda-tanda 100 hari kematian. Maka apa yang terjadi adalah aku rasa bertambah takut sebab tanda-tanda itu macam ada. Harhar. Tapi walaubagaimanapun, aku tetap menggoogle kot ada yang pernah alami perkara yang sama seperti aku. Setelah itu, nasib aku baik kerana akhirnya aku terjumpa satu web yang aku tak ingat linknya, ada yang pernah mengalami perkara yang sama seperti aku. Dikatakan dari sudut sains, apa yang aku alami ini adalah masalah psikologi. Aku tak ingat sebenarnya apa namanya. Tapi aku ingat ada perkataan psikologi disorder ke apa tah. Dari sudut islam, dalam blog tu juga dia nasihatkan untuk banyakkan berzikir bagi terhindar daripada bisikan2 syaitan yang ingin menyesatkan manusia. Ya Allah, keresahan dan kegelisahan itu berlaku sehingga menganggu rutin harian aku. Aku tiba-tiba rasa sebak, nak nangis dan resah. Dari sinilah aku terfikir untuk pergi membuat rawatan perubatan islam. Oleh sebab, aku dah banyak kali keluar masuk hospital kerana sakit yang pelbagai. Maka, aku pun berubat dengan darul ruqyah berdekatan di rumah aku. Masih segar di ingatan aku, itu pertama kali rawatan yang aku meraung. Yang meraung itu bukan aku. Tapi aku sedar apa yang berlaku. Ustaz nasihatkan, dinding diri, dan jika tak sembuh, ulang semula rawatan. Dan Alhamdulillah. Aku dah boleh positifkan yang selama ini aku rasa nak mati itu adalah gangguan dan aku kena lawan.

Next, tiroid.

Mengenai tiroid ini juga, aku tidak mahu menceritakan maknanya. InshaAllah aku akan cerita mengenai tiroid di entry lain. Pendekkan cerita, ujian yang seterusnya, pada August 2018, aku pergi hospital atas sebab sakit kepala yang teramat sangat, sehingga makan ubat pun tak reda. Masa saringan, pegawai perubatan tu check nadi, dan denyutan nadi aku 150. Pegawai itu terkejut, aku lagi lah takut, dah nak mati ke. Haa datang balik perasaan bukan2 tu. Selepas itu, doktor check jantung, x-tray, check air kencing, ambil darah. Terbaring lah aku di atas katil menunggu keputusan doktor. Dua hari lagi orang islam akan menyambut raya haji. Aku pula beraya di hospital. Doktor tak bagi balik sebab jantung aku laju 150 denyutan. Maka, buat pertama kalinya aku dimasukkan ke wad, beraya di hospital. Tambah pula,  dimasukkan air, dicucuk sana sini, disuapkan ubat-ubatan. Doktor suspek aku tiroid. 4 hari aku bermalam di Hospital. Selang seminggu selepas discharge. Appointment dengan doktor.. Maka, doktor telah mengesahkan aku mempunyai hypertiroid. Pada awalnya aku tidak faham penyakit aku ini, jadi aku banyakkan tanya dan pakcik google, kadang menggoogle juga mendatangkan kerisauan. Apa yang aku boleh kongsikan, pesakit tiroid ini complicated, aku yang bukan jenis mudah marah, jadi cepat marah. Selalu resah, dan macam-macam lagi. Bagi mereka yang tidak faham, agak sukar untuk memahamkan. And pesakit tiroid ni bagi aku perlukan supporter, sebab mudah murung.

Next, Kemurungan.

Jika dikaji semula, apa yang telah aku lalui, aku telah menghadapi kemurungan. Tidak disahkan oleh doktor pun. Namun, daripada tanda-tanda yang aku hadapi(Sebahagian aku tidak ceritakan). Aku hilang keyakinan, takut nak berhadapan dengan orang, suka bersendirian untuk melayan perasaan. Dan macam2 lagi lah. Kemurungan ini bagi aku tidaklah sampai aku nak bunuh diri, tapi perasaan useless tu sangat sangat sangat menghantui. Yelah, dah lah kita sakit, suka marah, lepastu rasa macam gagal jadi manusia yang baik. Mungkin itu hanyalah mainan perasaan.
Dont judge orang kemurungan takda iman !!  Sebab pelbagai punca yang boleh membuatkan seseorang itu kemurungan, sedangkan ia bersusah payah nak bangkit, minta dan berdoa pada Allah supaya diberi kekuatan. Tapi jika kalian judge orang kemurungan ini sebab takda iman tu tak patut sebab boleh jadi bunuh diri kalau tak mampu kawal emosi "useless". Dan ambil masa yang lama untuk bangkit. Aku ? Aku tak sedar pun bila aku dah kemurungan, tapi sebab aku sentiasa ada kesedaran untuk hidup seperti orang lain, maka aku sentiasa berusaha mencari sinaran baru. Maka, pelbagai usaha telah aku lakukan.

Next, mencari sinaran baru.
Pada tahun 2020. Aku ingin melakukan perubahan dalam hidup. Belajar positif pada diri sendiri dan persekitaran. Aku juga masih lagi belajar kawal emosi aku. Alhamdulillah bacaan tiroid aku dah normal. Mudah sedikit untuk aku kurangkan emosi marah. Lebih kurang 9 bulan(Sept 2018-Mei 2019) aku bergantung pada ubat untuk normalkan semula tiroid ini. Ramai juga supporter waktu aku sakit. Terima kasih SUPPORTER! Sekarang aku tak makan ubat tiroid dah. Berat pun dah bertambah.  Setelahapa yang berlaku, barulah aku tahu tanda2 anxiety disorder, panic atack yang membuatkan aku jadi tak tentu arah. Jumpa doktor? Perancangannya begitu, namun, aku belajar untuk bangkit sendiri, ubah mind set sendiri. Maka hari ini, aku bertaktih menaip semula. Salah satu usaha aku untuk terus bangkit dari kemurungan. Kalau nak diceritakan, panjang ceritanya. Bayangkan hampir 4 tahun aku tidak menulis. Pastinya pelbagai dugaan ujian, perkongsiaan yang aku perap dalam otak dan tak terluah dihujung jari ini. Bagi mereka yang mengenali aku. Terima kasih kerana masih memahami aku, keadaan aku. Bagi mereka yang tidak mengenali, dan telah menghukum aku, tidak apa, aku maafkan. Mungkin teguran Allah atas dosa aku, aku dihukum. Bagi mereka yang mengenali aku dan terasa perubahan sikap aku, aku mohon maaf. Sesungguhnya aku hanyalah manusia biasa yang tidak terlepas daripada kesalahan. Ujian kita berbeza. Apa-apa pun, doakan aku kuat ! Aamin.

Pengajaran.
Apa yang boleh kalian ambil dalam Episod kali ni ?

1. Dalam kehidupan kita, pasti akan ada kegagalan. Maka dengan itu bersedialah menghadapi sebarang kemungkinan untuk gagal. Sebab Allah akan beri apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu.
2. Kita semua tidak sempurna, kita mesti akan buat kesilapan, maka perbaikilah. Sesungguhnya Allah suka kepada hamba yang mendekatiNya.
3. Sentiasa kuat untuk menghadi ujian Allah kerana, setiap ujian pasti mengikut kemampuan kita, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya.
4. Lagi kita beriman, lagi kita diuji. Maka, makin kita nak jadi baik, makin syaitan nak jatuhkan kita. Dindinglah diri supaya syaitan laknatullah ini give up. Biar mereka give up, jangan kita.
5. Sentiasalah positif dengan setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya.
6. Jika sakit, dapatkan rawatan. Rawatan Hospital, rawatan tradisonal(Perubatan islam), Itu usaha kita, ikhtiar kita. Dengan izin Allah, moga kita diberi syifa'
7. Banyak lagi pengajaran yang kalian boleh cari, maka cari untuk baiki diri kita, bukan cari kesalahan orang lain untuk menjatuhkan orang itu.

Sehebat mana tarbiyah, sehebat mana pakaian, sehebat mana kita dipandang, namun tiada yang lebih hebat selain Allah. Kita(manusia) sangat kerdil. Ujian Allah itu sungguh hebat untuk orang2 yang hebat !
Jika hari ini kalian mengenali aku seperti mana aku, lusa mungkin aku bukan aku. Jika ini terjadi, bukan jauhi aku, pimpinlah aku agar aku seiring berjuang kembali denganmu.


Sekian.

Nabilahrahims, Tahun 2020

Assalamualaikum teman-teman yang aku kasihi. Mungkin sudah terlalu lama aku diam menyepi. Barangkali ramai follower juga sudah lari. Mungkin juga zaman sekarang ini bukan zaman blogger lagi ? Pasti kalian juga tidak ternanti lagi penulisan aku. Zaman telah banyak mengubah kita. Dari surat ke SMS, dari SMS ke facebook, dari facebook, ke wechat, whatsapp, telegram intagram dan sebagainya. Begitu juga kita. Minat juga sudah bertukar arah, mood juga berganti ubah. Emosi juga sudah tak tentu arah. Lagi-lagi kita manusia biasa yang hatinya berbolak balik. Jadi, aku..? untuk berkata berhenti menulis, mungkin tidak, untuk berkata meneruskan menulis, mungkin juga tidak, tapi untuk berkata menaip tuk tak tuk tak. Mungkin ya. Emm..

Kemana aku menghilang dari dunia blog ini ? Almost 4 years aku sepi di sini. Seperti kebiasaan orang ramai yang sering memberi alasan kesibukkan diri dan mengurus kehidupan serta masa yang membuatkan kita terpaksa meninggalkan beberapa perkara. Contohnya menulis di blog(aku lah tuu).
Aku menulis ni sambil mendengar  intrumen sedih untuk mengambil mood menulis. Sebelum ni jika aku menulis, intrumen ini lah menjadi rentak jiwa aku menjiwai penulisan aku. Sayu je bila menulis.

Aku akan kongsikan beberapa episod yang telah berlaku sepanjang kesepian aku di sini.

1. Kehilangan
2. Tekanan
3. Gangguan makhluk halus
4. Jatuh sakit(Tiroid)
5. Kemurungan
6. Mencari sinar baru

Memang menjadi lumrah hidup suka duka yang silih berganti, tangis dan tawa yang berirama. Itulah warna warni dalam kehidupan yang Allah hadiahkan kepada manusia untuk kita menjadi hambaNya yang twadhu'. Tiada yang lebih hebat dari Allah. Segala pahit manis yang kita lalui, adalah menyeru kita kembali kepada Allah. "Allah sayang kita, sebab itu Allah uji".
Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-ankabut, ayat 2-3,

“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: ‘Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya, Kami menguji orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahui-Nya orang yang berdusta."

Kerana kita adalah manusia-manusia yang dipilih oleh Allah untuk kita lagi dekat dengan Dia. Maka bersyukurlah wahai insan-insan yang terpilih, yang hatinya masih menyimpan nama Allah, masih takut kepada Allah, walaupun masih ada keegoan untuk menjalankan perintah, meninggalkan larangan Allah atau kembali kepada  Allah, tetapi Allah tidak melupakan kamu. Jangan berhenti berusaha, jangan berhenti berdoa, JANGAN!!!! Maaf, teremosi. Intrumental yang aku mainkan ini menjalankan tanggungjawabnya sehingga bergenang air mata ni. huhu(kesat air mata balik) 

Baiklah. Itu sahaja, untuk hari ini, selebihnya bacalah episod-episod yang telah aku senarai pendekkan. Maaf jika penggunaan bahasa tunggang terbalik. 4 tahun tinggalkan penulisan. Moga sampai setengah satu dua manfaat, Terima kasih menyinggah. 

Curi masa pada,
8 Februari 2020,
10.30 am.

27 Nov 2017

TAUBAT DI AKHIR WAKTU

Di dalam lena.
Aku terjaga,
Dikejutkan dengan mimpi  buaian fana.

MIMPI ?

Kelihatan huru hara,
Semua ketakutan,
Masing-masing menyelamatkan diri,
Tiada siapa peduli antara satu sama yang lain. "Nabilah, kau sahaja diberi peluang untuk bertaubat sebelum bumi ini hancur"

Suara yang entah datang dari mana.

Mengeletar satu badan.
Dalam keadaan yang sangat kelam kabut. Aku bergegas mengambil telekung. Membentang sejadah mengikut arah kiblat. Allahu.. Terlalu banyak dosa, terlalu sikit amalan. Terimakah Allah taubatku di saat akhir getir ini ?
Aku hanya diberi peluang untuk melakukan solat taubat 2 rakaat sahaja. Allahu, ketika itu, ikutkan hati ingin sahaja aku buat lebih daripada itu. Ingin sahaja aku tambah amalanku, ingin sahaja aku perbaiki segalanya. Tetapi sudah terlambat, aku cuma diberi peluang untuk solat taubat 2 rakaan sahaja. Allah, Allah. Ampuni dosa-dosaku, jauhilah aku dari nerakaMu.

Ketika aku solat, aku melelapkan mata. Aku berteka teki, syurga atau neraka untuk orang yang bertaubat diakhir waktu seperti aku ? Allahu.. Lalu aku tersedar dari mimpi yang menakutkan itu.

Astaghfirullahal'azim

Mimpi yang menghantui aku. Mungkin petunjuk, mungkin mainan tidur.
Lama aku mencari hikmah.

Rupa2 nya pada malam itu, dalam keadaan aku penat dengan aktiviti harian, Aku gagahkan diri menunaikan solat isyak yang sedikit terlewat dari waktunya lalu aku membaca Al-Quran. Aku terlena selepas membaca surah Al-Haqqah(Hari Kiamat)

Jujur aku tidak membaca tafsir surah tersebut ketika itu. Hanya dengan sepintas lalu aku membaca tajuk surah yang dibaca.

Begitulah al-kisahnya.
Suasana yang agak menakutkan, perasaan yang sungguh penuh kehambaan, aku kembali kepada Tuhan.

Kadang2 kita leka, kita rasa dunia ini kita punya,
Sehingga terlupa Sang Pencipta.
Moga kita semua dijauhkan daripada terlewat untuk bertaubat.

Adanya kita di dunia ini, untuk kita taat padaNya. Tapi kita dusta dengan nikmat Allah.
Bersyukurlah kerana kita masih ada lagi peluang untuk kembali kejalanNya.
Begitu pepatah mengatakan, "Menyesal kemudian tidak berguna"

Wallahua'lam.
.
Moga pembaca sentiasa berada dalam RahmatNya.

Coretan,
nabilahrahims
24.04.2017

 
© THIS IS YOURS!